Utusan Online - Sukan |
Posted: Tidak ada rombakan pertahananOleh FERZALFIE FAUZI
PETALING JAYA - Desakan agar pemain baru dibawa masuk di bahagian pertahanan tidak dilayan oleh ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal (gambar) yang masih percaya barisan sedia ada mampu menentang Singapura pada Khamis ini. Menurutnya, beliau masih yakin dengan pemain yang sedia ada walaupun ada yang memberi tekanan dan pendapat supaya memanggil pertahanan Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah berikutan kekalahan 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu. "Sejak saya menjadi jurulatih pada 2009 memang saya sering memanggil Norhafiz untuk menguatkan barisan pertahanan bagaimanapun semua orang kena faham kenapa saya tidak senaraikan dia, saya sedar akan pengalamannya," katanya selepas latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam. Jelas Rajagobal, Norhafiz sebelum ini mengalami kecederaan lutut, namun tidak adil baginya untuk menyenaraikan semula pemain itu kerana masa sudah suntuk berikutan pemain itu tidak banyak beraksi sejak kebelakangan ini. "Tidak mungkin dalam tempoh dua hari yang kita ada sebelum perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil saya boleh panggil dia dalam serta-merta, ia mampu memberi tekanan kepadanya, saya harap semua orang dapat memikirnya dengan teliti. "Buat masa sekarang ini kita kena fikirkan bagaimana menyiapkan pasukan sebaik mungkin dengan barisan pemain sedia ada. Dalam masa yang sama saya harap media tidak memainkan cerita negatif," katanya. Rajagobal berkata, ketika Indonesia tewas 0-3 kepada Malaysia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF tahun lalu, media di sana terus membangkitkan semangat rakyat agar memberi sokongan padu kepada pasukan kebangsaan mereka. "Saya harap media dapat memainkan peranan untuk membangkitkan semangat rakyat menjelang perlawanan kedua nanti, pemain juga amat memerlukan sokongan padu sekarang ini bagi mengubah kembali keputusan 5-3," katanya. Ujarnya, sebagai jurulatih memang beliau mahu pemain sedar tetapi setakat semalam tidak ada seorang pemain pun yang menunjukkan bahawa moral mereka semakin luntur, semuanya tetap bersemangat berlatih. "Saya lihat semua pemain berlatih dengan moral yang baik, mereka perlu sedar bahawa apa sahaja yang berlaku semuanya perlu difikir secara positif, kita tidak ada pilihan lain sebaliknya perlu menang untuk menewaskan Singapura Khamis ini. "Saya juga mengharapkan Aidil Zafuan Abd. Radzak dapat pulih 100 peratus, sementara itu dua pemain, Safee Sali dan Amirul Hadi Zainal hanya menjalani latihan di gimnasium kerana mengalami demam tetapi ia tidak terlalu serius," katanya. Rajagobal juga masih menimbang calon yang paling sesuai untuk menggantikan Safiq Rahim yang tidak dapat beraksi Khamis ini akibat menerima kad merah Sabtu lalu, jelasnya, tiga pemain dikenal pasti untuk posisi tersebut. "Kita masih ada tiga pemain untuk mengisi kekosongan Safiq iaitu Amar Rohidan, Shakir Shaari dan K. Gurusamy, saya akan memilih pemain yang sesuai bagaimanapun bola sepak adalah permainan sepasukan kita tidak boleh hanya mengharap kepada seorang pemain sahaja," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Subahan: Misi elak dibolosi sebarang gol Posted: Subahan: Misi elak dibolosi sebarang golPETALING JAYA - Skuad kebangsaan bakal menggalas misi penting menjelang perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura, Khamis ini iaitu 'tidak bolos sebarang gol' dan pada masa yang sama mencari gol untuk mencari kemenangan. Perkara itu dijelaskan oleh Pengurus Harimau Malaya, Datuk Subahan Kamal selepas mengadakan perbincangan dengan skuad kebangsaan sebaik sahaja mereka tiba dari Singapura, kelmarin dan perjumpaan khas bersama keempat-empat pemain pertahanan semalam. "Saya memberi nasihat kepada pemain supaya kita langsung tidak melepaskan sebarang gol dalam masa yang sama mencari ruang terbaik untuk mencari dua gol bagi menyamai agregat dan layak atas kelebihan gol di tempat lawan," katanya di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam. Beliau yang juga Naib Presiden FAM menegaskan, jika kita mahu menempah laluan ke pusingan seterusnya pemain tidak boleh memberi ruang buat pasukan Singapura untuk menjaringkan sebarang gol, "Sebagai pengurus pasukan saya juga masih menaruh harapan kepada keempat-empat pemain pertahanan yang beraksi Sabtu lalu, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar dan Mahali Jasuli. "Mereka telah membuktikan keyakinan ketika menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF, saya harap jangan ada pihak yang cepat melenting, saya masih yakin dengan kemampuan mereka," katanya. Ditanya mengenai peluang Khairul Fahmi Che Mat untuk beraksi Khamis ini, Subahan berkata, mungkin penjaga gol Kelantan itu akan diturunkan tetapi fokus utama adalah di bahagian pertahanan. "Khairul Fahmi seorang penjaga gol yang baik, ketika di Singapura dia masih dihantui kecederaan bahu yang dialami ketika saingan Piala FA, saya harap siapa yang diturunkan dapat beraksi cemerlang nanti," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |