Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Main mati-matian

Posted: 17 Dec 2010 12:18 PM PST

"MAIN mati-matian." Ingatan itu disuarakan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kepada rakan sepasukan apabila turun menentang Vietnam di Stadium Nasional, MyDinh, malam ini.

"Semua kena bermain mati-matian untuk memastikan tempat ke perlawanan akhir terjamin namun kami juga perlu fokus sepenuhnya kepada perlawanan tanpa sebarang gangguan.


"Selain itu kerja keras, semangat berpasukan dan usaha membaiki kelemahan perlu bagi mengharungi baki 90 minit perlawanan separuh akhir kedua ini," katanya.

Selain mengharapkan kesungguhan rakan sepasukan lain, penjaga gol berusia 21 tahun itu turut sedar tanggungjawab besar dirinya sebagai benteng terakhir menjaga gawang skuad kebangsaan.


Kecekapan dan ketangkasan dipamer pada tiga perlawanan Piala Suzuki AFF sebelum ini perlu diteruskan bagi memastikan kelebihan dua gol mampu dipertahankan untuk membawa skuad bimbingan ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal beraksi di pentas akhir sejak kali terakhir melakukannya pada 1996.


"Saya sudah sedia. Saya jangka mereka akan serang bertali-arus seawal minit pertama bagi mencari gol awal untuk meniup semangat.

"Saya kini makin yakin terutama keampuhan barisan pertahanan negara pada separuh akhir pertama Rabu lalu apabila mereka berjaya mengekang asakan pemain berpengalaman Vietnam," tambahnya.


Benteng pertahanan negara diketuai Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas di bahagian tengah dilihat kental bertahan pada perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu walaupun diasak bertubi-tubi sambil dibantu Mohd Asraruddin Putra Omar dan Mahalli Jasuli.

Malaysia yang belum pernah menjuarai kejohanan ini berada di landasan terbaik ke pentas akhir apabila mencatatkan kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama itu menerusi jaringan Mohd Safee Sali pada babak kedua.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Raja enggan terlalu yakin

Posted: 17 Dec 2010 12:15 PM PST

MALAM ini, Malaysia memburu tempat di perlawanan akhir saingan Piala Suzuki AFF 2010 dan satu-satunya perkara yang boleh menafikan impian itu ialah andai skuad bimbingan ketua jurulatih K Rajagobal itu tewas kepada tuan rumah, Vietnam dengan jumlah jaringan sekurang-kurangnya 3-0.

Jumlah jaringan sebesar itu mungkin dilihat terlalu besar dilepaskan pemain kebangsaan tetapi di Stadium Nasional MyDinh, Hanoi, tidak mustahil dilakukan Vietnam yang pastinya mendapat sokongan padu penonton tempatan.


Bekalan dua gol hasil kemenangan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil boleh dianggap cukup tetapi Vietnam yang juga juara bertahan kejohanan, bukanlah pasukan yang boleh dipandang mudah tambahan pula mereka akan kembali mendapat khidmat pemain tengah, Nguyen Trong Hoang yang sebelum ini menjalani hukuman penggantungan.

Dua pemain yang tidak diturunkan ketika separuh akhir pertama di Bukit Jalil lalu akibat kecederaan, Doan Viet Cuong dan Phan Van Tai Em juga sudah boleh bermain dan ketua pengendali, Henrique Calisto boleh mengharapkan sesuatu yang positif daripada kehadiran ketiga-tiga pemain tonggaknya itu.


"Tidak mustahil kami melenyapkan kelebihan lawan di Hanoi. Kami perlu percaya pada diri sendiri meskipun tidak mudah melakukannya," kata Calisto.


Rajagobal pula menggesa anak buahnya menggunakan kelebihan bagi merealisasikan impian ke perlawanan akhir buat kali pertama sejak edisi pertama Piala Suzuki AFF iaitu pada 1996. Pada perlawanan itu, Malaysia tewas 1-0 kepada Thailand hasil jaringan Kiatisuk Senamuang.

"Masih ada 90 minit lagi dan ia bukanlah mudah. Saya perlu menyediakan pelan yang betul.


"Semua pemain sedar inilah saat terbaik untuk layak ke akhir. Mereka perlu mengambil kesempatan ini. Kami hormati Vietnam kerana selain beraksi di tempat mereka, suasana perlawanan juga tidak sama dengan Bukit Jalil," katanya.

Apa yang penting, katanya, pemain perlu bangkit daripada rasa selesa dan melupakan seketika kejayaan di Bukit Jalil.


"Tugas kami belum selesai. Pemain tidak boleh leka dan perlu segera menumpukan perhatian kepada perlawanan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen