Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Swee yakin Malaysia mara

Posted:

Kim Swee yakin Malaysia mara

Kim Swee yakin Malaysia mara

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


PARA pemain Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Pakistan 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.


BIARPUN gagal mencipta kemenangan besar, jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee tetap yakin Malaysia mampu mara ke pusingan kedua.

Pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam tadi, Malaysia berjaya menewaskan Pakistan 2-0.

Kim Swee berkata, Pakistan pasti akan beraksi corak lebih terbuka pada aksi kedua di Lahore pada 9 Mac depan kerana lawan perlu memadam kelebihan dua gol skuad negara.

"Secara keseluruhan, kita tetap beraksi baik. Cuma pada babak kedua, penjaga gol gantian Pakistan (Muhammad Omar) cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan terbaik kita.

"Tapi 2-0 masih tetap baik bagi kami. Sudah tentu pada aksi kedua di Lahore nanti, Pakistan akan bermain secara menyerang untuk mengejar dua gol.

"Dengan Pakistan tidak beraksi secara bertahan nanti, saya yakin kita mampu menjaringkan satu atau dua gol lagi di Lahore," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Kedua-dua gol skuad negara dijaringkan pemain bukan penyerang iaitu Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ketiga dan Irfan Fazail minit ke-45.

Namun Kim Swee tetap mempertahankan persembahan kedua-dua penyerang yang diturunkannya malam tadi iaitu Ahmad Shakir Md. Ali dan Ahmad Fakri Saarani.

"Saya terpaksa keluarkan Shakir pada minit ke-50 bagi mengelak risiko dia dilayangkan kad kuning kedua.

"Fakri memperoleh tiga peluang terbaik pada babak kedua tetapi dinafikan palang gol dan kecekapan penjaga gol lawan."

Sementara itu, jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi menyifatkan gol awal Malaysia dan kad merah diterima Ansar Abbas pada minit ke-45 sebagai punca kekalahan mereka.

"Tapi kami tetap berjaya memberikan tentangan yang cukup baik ditambah pula Malaysia diberi sokongan padu penyokong mereka. Ia turut menjejaskan rentak kami.

"Harap kami dapat mempamerkan satu lagi persembahan baik pada 9 Mac depan. Dengan sokongan penyokong di Lahore nanti, saya yakin kami mampu memadam defisit dua gol ini," kata Tariq.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga pemain utama tidak beraksi

Posted:

Tiga pemain utama tidak beraksi

Tiga pemain utama tidak beraksi

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


CHONG WEI tidak akan beraksi pada Sukan SEA 2011 bagi memberi tumpuan pada Sukan Olimpik 2012.


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tidak akan beraksi pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia, November ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai.

Chin Chai berkata, keputusan untuk tidak menyenaraikan Chong Wei, Kien Keat/Boon Heong pada Sukan Sea kali ini dibuat selepas mengambil kira persiapan ketiga-tiga pemain itu menjelang Sukan Olimpik 2012 di London.

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira tentang program-program yang telah diatur bagi menghadapi Sukan Olimpik pada tahun depan.

"Kami (BAM) mahu mereka terus fokus kepada program-program itu tanpa ada sebarang gangguan," kata Chin Chai selepas mempengerusikan mesyuarat C&T di pejabat BAM di Bukit Kiara semalam.

Ditanya sama ada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sudah mengetahui mengenai perkara tersebut, Chin Chai menjawab: "Beliau sudah mengetahui mengenai perkara ini.

"Ketika mesyuarat Program Road to London 2012 baru-baru ini, beliau (Shabery) telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan beliau bersetuju kerana beliau juga mahu ketiga-tiga pemain terbabit memberi tumpuan yang lebih untuk Sukan Olimpik."

Jelas Chin Chai, kekosongan tersebut akan digantikan dengan pemain-pemain skuad elit negara yang ada ketika ini yang mana mereka perlu bersaing sesama mereka sekiranya berhasrat untuk disenaraikan ke Sukan SEA nanti.

Bagaimanapun, nasib berbeza dialami beregu wanita negara, Wong Pei Tty/Chin Ee Hui sama ada akan beraksi ataupun tidak pada temasya dwitahunan itu nanti.

Ini kerana, beregu wanita negara itu perlu memastikan terlebih dahulu mereka layak beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 sebelum memikirkan mengenai penyertaan pada Sukan SEA.

"Jika Pei Tty/Ee Hui telahpun layak ke Sukan Olimpik sebelum bermulanya Sukan SEA, ini bermakna mereka akan disenaraikan untuk mengambil bahagian pada temasya tersebut.

"Jika tidak, mereka perlu terus fokus bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan melupakan sahaja aksi pada Sukan SEA," kata Chin Chai.

Dalam perkembangan lain, Chin Chai yang juga merupakan Setiausaha Kehormat BAM mengesahkan bahawa tidak ada mana-mana pemain daripada skuad pelapis akan diserapkan ke skuad elit negara.

Memang jurulatih skuad pelapis (Hendra Setiawan) ada mencadangkan beberapa nama yang dilihat boleh diserapkan ke skuad elit tetapi kami memutuskan untuk tidak menerimanya.

"Kami baru sahaja mewujudkan struktur baru dalam BAM pada Ogos tahun lalu dan disebabkan itu kami merasakan ia bukan masa yang sesuai bagi menyerapkan pemain pelapis ke skuad elit," tambah Chin Chai.

Sebelum ini, Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj tidak menolak kemungkinan akan ada pemain pelapis yang diserapkan ke skuad elit terutamanya dalam acara perseorangan.

Ia ekoran keputusan yang dibuat pemain perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim yang keluar daripada BAM.

Selepas Hafiz sah keluar daripada BAM berkuatkuasa 1 Februari yang lalu, kini skuad elit negara hanya dibarisi lima pemain perseorangan berbanding enam sebelum ini.

Mereka ialah pemain raking No. 1 dunia, Chong Wei, Chan Kwong Beng, Liew Darren Chow Wei Feng dan Tan Chun Seang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beregu campuran sumbang pingat perak

Posted:

Beregu campuran sumbang pingat perak

Beregu campuran sumbang pingat perak


ZANDRA AZIELA (kiri) dan Adrian Ang menyelamatkan maruah negara dengan memenangi pingat perak pada hari ketiga Kejohanan Tenpin Boling Komanwel ke-5 di Pyramid Mega Lanes, Bandar Sunway semalam.


KEMARAU pingat emas skuad boling negara berterusan pada hari ketiga Kejohanan Tenpin Boling Komanwel ke-5 di Pyramid Mega Lanes, Bandar Sunway semalam.

Hanya pingat perak diperoleh dalam acara beregu campuran menerusi gandingan Adrian Ang/Zandra Aziela Ibrahim Hakimi yang melakukan 2,543 jatuhan pin.

Kehebatan pasangan England, Matt Miller/Nicki Ainge ternyata terlalu unggul buat Adrian/Zandra apabila merangkul pingat emas selepas melakukan 2,621 jatuhan pin.

Pingat gangsa pula dimenangi pasangan Australia, George Frilingos/Ann-Maree Putney dengan 2,524 jatuhan pin.

"Andrian merupakan penyelamat kepada aksi kami (Adrian/Zandra) hari ini (semalam). Dia telah menutup segala kesilapan yang saya lakukan ketika prestasi saya di bawah tahap sebenar.

"Namun, kami berdua telah kembali bangkit pada blok terakhir untuk memenangi pingat perak," kata Zandra yang telah memenangi pingat gangsa dalam acara perseorangan wanita dan beregu.

Sementara itu, Andrian pula berkata: "Selepas terlepas pingat emas dalam acara perseorangan dan sekadar meraih pingat gangsa dalam acara beregu, pingat perak ini telah menebus kekecewaan tersebut.

"Saya harap, pingat emas bakal menjelma dalam acara berpasukan nanti," kata Andrian.

Ketika ini, Andrian masih mendahului dalam acara All-Events lelaki dengan 4,030 jatuhan pin diikuti pemain Australia, Chris Castle (3,923) manakala Matt Miller (3,918) di tempat ketiga.

Dalam acara wanita pula, Nicki mendahului pemain-pemain yang lain dengan mengumpul 3,779 jatuhan pin diikuti pemain Singapura, Geraldine (3,742) dan pemain negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman di tempat ketiga (3,710).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan