Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Lebih bagus undian sukar'

Posted:

'Lebih bagus undian sukar'

'Lebih bagus undian sukar'

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Koo Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong bakal berdepan dengan laluan sukar dalam All England.


KUALA LUMPUR - Kelekaan yang sering ditunjukkan pasangan utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong setiap kali mendapat undian mudah, membuatkan ketua jurulatih beregu kebangsaan, Rexy Mainaky lebih senang anak didiknya itu menerima undian sukar pada kejohanan All England, bulan depan.

Beregu No. 5 dunia itu diletak dalam 'undian maut' pada kejohanan 8-13 Mac ini, apabila berada dalam kelompok bersama juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan, juara dunia, Fu Haifeng-Cai Yun serta pasangan yang mengalahkan mereka dalam semua empat pertemuan terakhir, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan pada kejohanan di Birmingham pada 8-13 Mac ini.

Bermakna, Kien Keat-Boon Heong berpotensi menentang beregu handalan Indonesia, Markis-Hendra di suku akhir dan jika mara ke separuh akhir, pasangan handalan China, Haifeng-Cai Yun atau Sung Hyun-Yeon Seong pula menanti di separuh akhir.

"Semua pemain kalau boleh tidak mahu menerima undian yang sukar, tetapi untuk Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, saya rasa mereka boleh memberi cabaran yang lebih baik jika awalnya bertemu lawan yang sukar.

"Mereka selalu tersingkir awal kalau bertemu lawan yang mudah, mungkin kerana leka atau mengambil ringan cabaran beregu yang dirasakan tidak kuat. Tetapi jika dari awal mereka sedar terpaksa berdepan pasangan yang kuat, mereka lebih berwaspada dan memberikan 100 peratus,'' kata Rexy.

Rexy turut menjelaskan, beliau sebenarnya lebih bimbang jika pasangan negara itu terpaksa menentang beregu No. 1 dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen yang dianggap sebagai beregu paling konsisten ketika ini.

Malah, katanya, beregu No. 2 Denmark, Mads Conrad-Petersen- Jonas Rasmussen juga lebih berbahaya dan konsisten jika dibandingkan pasangan dari Asia seperti Kien Keat-Boon Heong, Markis-Kido, Haifeng-Cai Yun atau Sung Hyun-Yeon Seong.

"Jika anda tanya saya siapakah beregu terbaik dunia ketika ini, sudah tentu Boe dan Mogensen. Mereka ini lebih bahaya dari Haifeng-Cai Yun, Markis-Kido atau Lee Yong Dae-Jung Jae Sung (Kor). Mereka amat konsisten, dan jika kalah sekalipun tidak kalah kepada lawan yang mudah, selain kalah dengan keputusan yang tipis.

"Sung Hyun-Yeon Seong memang memiliki kelebihan ke atas pasangan kita, tetapi mereka juga tidak konsisten, malah lebih lemah kalau hendak dibandingkan dengan Yong Dae dan Jae Sung. Jadi, saya sebenarnya melihat lebih baik Kien Keat-Boon Heong berada dalam undian kelompok bawah daripada undian sebelah atas bersama Boe-Mogensen atau Yong Dae-Jae Sung,'' ujar Rexy.

Bagaimanapun Rexy percaya, Kien Keat-Boon Heong sudah dipersiapkan untuk berdepan mana-mana lawan.

Selain Kien Keat-Boon Heong, cabaran Malaysia pada kejohanan tertua dunia yang menawarkan AS$350,000 (RM1.1 juta) itu turut dipikul oleh Mohd. Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong dan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen, manakala pasangan Mohd. Zakry Latif-Hoon Thien How dan Chan Peng Soon-Lim Khim Wah beraksi dari pusingan kelayakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertahanan kebal azimat skuad Olimpik

Posted:

Pertahanan kebal azimat skuad Olimpik

Pertahanan kebal azimat skuad Olimpik

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Pakistan 2-0 bersama jurulatih, Ong Kim Swee (dua dari kanan) dan pegawai pasukan selepas berakhir pusingan pertama kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, kelmarin. - UTUSAN/Mohd. Naim AziZ


SHAH ALAM - Kekuatan jentera pertahanan skuad Harimau Muda menjadi faktor utama kejayaan pada perlawanan pertama Kelayakan Olimpik 2012 menentang Pakistan di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Bahagian pertahanan yang berfungsi dengan sempurna pada perlawanan tersebut berjaya membuatkan Pakistan tertekan sehingga menyebabkan pasukan pelawat terpaksa menukar strategi pada babak kedua dalam usaha untuk membolos gawang tuan rumah.

Perubahan corak permainan dapat dilihat apabila Pakistan memasukkan penjaga gol gantian Muhammad Umer pada separuh masa kedua yang berupaya menghantar bola tinggi terus ke bahagian serangan pasukannya sekali gus dapat melepasi barisan pemain tengah skuad Olimpik negara.

Bagaimanapun, langkah yang diambil oleh Pakistan ternyata gagal membuahkan hasil selain tidak berupaya mendapatkan sebarang jaringan.

Malah, kemenangan 2-0 Malaysia ke atas Pakistan di laman sendiri itu mampu menjadi bekalan bermakna buat skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee ketika berkunjung di Stadium Bola Sepak Punjab, Lahore Pakistan pada 9 Mac ini.

Mengulas aksi perlawanan kelmarin, Kim Swee berkata, kesemua pemain pertahanan menunjukkan kesungguhan yang baik sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung terutama untuk mengekang asakan pihak lawan.

"Mereka telah lakukan apa yang mereka mahu pada perlawanan itu sehingga berupaya menutup ruang untuk Pakistan melakukan jaringan.

"Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat juga berupaya mengekalkan prestasi cemerlang dengan bantuan jentera pertahanan dan saya amat puas hati dengan kemenangan ini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di sini, kelmarin.

Pada perlawanan kelmarin skuad kebangsaan memperoleh jaringan menerusi Wan Zaharulnizam Wan Zakaria seawal minit ketiga dan Mohd. Irfan Fazail minit ke-45.

Sementara itu, Kim Swee berkata, kesemua kesebelasan utama yang ada kini masih belum pasti sama ada akan dikekalkan atau sebaliknya.

"Bergantung kepada kecergasan pemain untuk terus kekal dalam kesebelasan utama kerana selepas ini ada antara mereka yang akan beraksi dalam Liga Super dan Piala FA mewakili pasukan masing-masing.

"Namun, saya tetap berharap mereka yang ada kini bebas daripada kecederaan untuk menghadapi perlawanan kedua di Pakistan nanti," jelas Kim Swee.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen