Berita Harian: Sukan |
Posted: 20 Apr 2011 04:48 PM PDT Sukan ANDAI minda Datuk Misbun Sidek masih berkecamuk - memikirkan soal sama ada mahu menerima kontrak baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) - luahan hati anaknya, Misbun Ramdan diharap membuka pintu hatinya untuk menerima tawaran itu. "Saya sentiasa berdoa dan berharap papa (Misbun) menerima tawaran itu," kata Misbun Ramdan, 20, dengan penuh harapan, semalam. Misbun Ramdan mengakui dia gembira dengan peranan baru bapanya yang diamanahkan membimbing skuad pelapis yang turut dianggotainya dan tidak lagi melatih pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei."Papa tidak pernah membincangkan soal kontrak baru itu, saya tahu pun menerusi media. Sama ada papa suka atau tidak dengan tugas baru itu, saya tidak tahu," katanya. Selepas pelbagai spekulasi mengenai kedudukan Misbun sejurus menarik balik peletakan jawatannya, BAM akhirnya mendedahkan kontrak baru yang ditawarkan kepada jurulatih itu Sabtu lalu yang menyaksikan dia diberi tugas membimbing skuad pelapis. Begitupun, hingga hari ini Misbun masih belum memberi jawapan terhadap kontrak baru itu dan BAM memberi tempoh sehingga sebelum Khamis ini kepada jurulatih itu untuk menyatakan persetujuan.
"Saya tidak kisah berlatih dengan sesiapa dan jika diberi pilihan serta peluang, saya harap dapat mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada papa. Namun semuanya terpulang kepada BAM," kata Misbun Ramdan. Sebelum ini, Misbun memberi bayangan anaknya itu yang dikaitkan antara punca dia nekad meletak jawatan secara mengejut 31 Disember lalu, mampu menawan dunia dalam tempoh tiga tahun lagi jika mendapat bimbingan dan latihan terbaik. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Fergie yakin United rampas mahkota EPL Posted: 20 Apr 2011 04:46 PM PDT Sukan PEMAIN Newcastle, Danny Simpson (dua dari kiri) marah dengan Javier Hernandez (kiri) selepas mendakwa pemain United itu sengaja menjatuhkan badan dalam kawasan penalti. "Saya yakin kami boleh," kata pengendali berbangsa Scotland itu selepas menyaksikan The Red Devils seri 0-0 ketika menentang Newcastle United di St James Park, awal pagi semalam. "Kami berada pada posisi baik berbanding Sabtu lalu. Ada satu lagi perlawanan dalam tangan dan kami berada pada posisi sama."Namun, dia tetap berwaspada dengan ancaman Chelsea yang boleh 'mengacau impian' mereka. Pengurus Newcastle, Alan Pardew pula menyuarakan rasa yakin bahawa anak didik Ferguson akan menjulang trofi kali ini. "Saya berasa Man United akan memenanginya (gelaran EPL)," katanya. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan