Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Mahukah Bun terima?

Posted: 11 Apr 2011 08:53 AM PDT

ADAKAH Datuk Misbun Sidek sedia menerima kontrak baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM)?

Itu persoalan yang berlegar di fikiran ramai selepas Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai semalam mengesahkan pihaknya sudah menyerahkan kontrak baru kepada Misbun pada minggu lepas untuk disemak oleh bekas jurulatih perseorangan itu.


Namun, kandungan kontrak itu enggan didedahkan pula oleh Chin Chai sekali gus mengundang satu lagi pertanyaan di mana sebenarnya kedudukan Misbun selepas ini.

"Apa yang boleh saya katakan, BAM hanya akan menunggu jawapan daripada Misbun. Sama ada beliau setuju atau tidak dengan kandungan kontrak itu, perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T)," katanya.


Mengulas lanjut mengenai mesyuarat yang berlangsung Sabtu ini, Chin Chai berkata, pihaknya akan membincangkan segala butiran yang diinginkan Misbun sebelum perkara itu dibawa ke mesyuarat exco pada 28 April ini untuk diluluskan.


Namun, berdasarkan situasi semasa, Misbun dijangka tidak melatih jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei selepas pemain nombor satu dunia itu menyuarakan keselesaan berlatih di bawah Tey Seu Bock dan Rashid Sidek.

Apapun, hanya Misbun yang mengetahui segala-galanya dan beliau berhak membuat keputusan daripada kontrak yang ditawarkan itu.


Andai Misbun sedia menerima lamaran BAM, kemelut selama tiga bulan itu akan berakhir, namun jika sebaliknya, apa pula tindakan BAM selepas ini?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

>Hairuddin jejas aksi Hoben Jang Hoben

Posted: 11 Apr 2011 08:52 AM PDT

NEGERI Sembilan yang menanti kunjungan Kedah pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini, bakal turun sedikit tempang apabila tidak menurunkan barisan terbaik selepas penyerang utama, Hairuddin Omar, tidak dapat beraksi kerana mengumpul tiga kad kuning.

Ini sekali gus membuatkan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah terpaksa mengenal pasti pemain berwibawa untuk menggalas tanggungjawab di posisi penting itu bagi digandingkan dengan seorang lagi penyerang, Ahmad Fakhri Saarani dalam usaha memastikan serangan pasukan tidak terjejas dan misi meraih kemenangan di halaman sendiri dapat direalisasikan malam ini.


"Persiapan sedikit terjejas tanpa Hairuddin dan kami hanya ada Ahmad Fakhri untuk menerajui barisan serangan berikutan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak masih tidak cergas untuk diturunkan.

"Walaupun ada pemain menggantikan Hairuddin (gambar), setakat ini hanyalah dari kalangan pemain muda antaranya Mohd Firdaus Azizul dan Mohd Shaffik Rahman untuk digandingkan dengan Ahmad Fakhri dalam usaha menembusi benteng Kedah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen