Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Noren gah hari pertama

Posted: 14 Apr 2011 12:53 PM PDT

PEMAIN Sweden, Alexander Noren memulakan rentak awal untuk mendahului pusingan pertama apabila mencatatkan lapan bawah par 64 pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia, semalam.

Bagaimanapun, pusingan pertama itu dikejutkan dengan aksi pemain remaja dari Itali, Matteo Manassero, yang menerusi penampilan sulung mencuri tumpuan dengan melakar enam bawah par 66, ketinggalan dua pukulan di belakang Noren.


Noren memulakan saingan dari sembilan lubang kedua dengan membenam birdie di lubang ke-10, 11 dan 12 sebelum melakukan pukulan bogey di lubang ke-14 dan bangkit semula dengan birdie di lubang ke-16 dan 17.

Pada sembilan lubang pertama, Noren membenam empat birdie di lubang pertama, ketiga, kelima dan kesembilan.


"Pukulan put saya adalah baik sekali. Saya berasa bertuah apabila bola meluru masuk ke lubang," kata Noren selepas menamatkan saingan pada kejohanan bernilai US$2.5 juta (RM7.56 juta).


Dalam pada itu, Manassero, 17, melakarkan enam bawah par 66.

"Saya bermain baik dan kelebihan enam pukulan adalah langkah terbaik untuk memulakan cabaran. Keputusan ini memberi saya banyak keyakinan dan itu yang saya perlukan.


"Saya bangga kerana tidak melakukan banyak kesilapan. Saya tersasar satu pukulan, tapi bangkit semula selepas itu," kata Manassero yang merangkul gelaran pertama Jelajah Eropah pada Castello Masters Costa Azahar di Valencia, Sepanyol, Oktober tahun lalu.

Manassero, yang kini menduduki ranking ke-57 dunia, membenam lima birdie dan satu bogey pada sembilan lubang pertama dan kemudian melakukan dua pukulan birdie pada lubang ketiga dan kelima sebelum boey di lubang keenam.


Pemain India, Jeeva Milkha Singh, Darren Beck dari Australia dan pemain Scotland, Stephen Gallacher berkongsi kedudukan di tangga ketiga dengan masing-masing mencipta lima bawah par 67.


Jeev Milkha, yang berada dalam kelompok sama dengan Manassero, membenam birdie pada lubang terakhir untuk melakarkan pukulan lima bawah par.


Juara bertahan Noh Seung-yul dari Korea Selatan memulakan saingan dengan agak kecewa walaupun melakukan pukulan eagle pada par lima lubang ketiga.


"Saya melakukan enam bogey dan tersasar beberapa pukulan di lapangan. Saya agak keletihan selepas melakukan latihan keras sejak tiga hari lalu," kata pemain berusia 19 tahun itu.


"Saya perlu mendapat rehat dan harap dapat bangkit semula esok," katanya.


Pusingan pertama di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, ditangguh pada jam 7.05 malam kerana kilat dan baki 12 pemain akan meneruskan pusingan pertama pada pagi ini sebelum mengikuti pusingan kedua. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Atlet menembak getir

Posted: 14 Apr 2011 12:46 PM PDT

LANGKAH drastik perlu diambil Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) sekiranya mahu memastikan penembak negara layak secara merit ke Sukan Olimpik 2012 London pada pertengahan tahun depan.

Ini kerana selepas dua kejohanan yang disertai penembak negara iaitu Kejohanan Piala Dunia ISSF di Australia dan terbaru di Korea Selatan untuk memburu tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu, masih belum ada yang mampu meraihnya, termasuk lima atlet yang tersenarai dalam program Road To London.


Lebih terkilan, keputusan dicapai begitu mengecewakan apabila mereka gagal memberikan saingan bermakna terutamanya bagi merebut tiga tempat yang diberikan pada setiap acara untuk ke Sukan Olimpik.

Antara penembak yang mempamerkan persembahan mengecewakan pada kejohanan yang berlangsung di Korea Selatan, berakhir semalam adalah tiga atlet baru disenaraikan dalam program Road To London selepas aksi cemerlang di Sukan Asia dan Komanwel, tahun lalu iaitu Mohd Hasli Izwan Amir Hasan (tempat ke-15 acara 25 meter rapid fire pistol), Nor Ayuni Farhana Abdul Halim (ke-21 acara 10m air rifle) dan Bibiana Ng (ke-44 acara 10m air pistol).


Sedikit melegakan adalah persembahan pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Nur Suryani Mohd Taibi yang berada di tempat ke-12 bagi acara 10m air rifle walaupun hanya menduduki tempat ke-29 bagi 50m tiga posisi rifle.


Pengurus Sukan Menembak Majlis Sukan Negara (MSN), Emran Zakaria menjelaskan situasi itu mungkin berlaku kerana penembak negara tidak bersaing di peringkat antarabangsa untuk tempoh lama dengan kejohanan terakhir adalah Sukan Asia di China, November tahun lalu.

"Saya bagaimanapun melihat sedikit peningkatan dipamerkan mereka terutamanya Nur Suryani. Mereka masih mempunyai dua peluang lagi tahun ini iaitu di Amerika Syarikat (AS), bulan depan diikuti Jerman, bulan berikutnya dengan peluang terakhir adalah melalui Kejohanan Menembak Asia, awal tahun depan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan