Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Selangor kekal di puncak

Posted:

Selangor kekal di puncak

Selangor kekal di puncak

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


KAPTEN Mohd. Amri Yahyah (kanan) diasak pemain pertahanan Sabah, Rosdin Wasli pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 1-0.


JUARA bertahan, Selangor terus gah di tangga teratas Liga Super dengan berkelebihan empat mata setelah berjaya menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Selepas tamat 13 perlawanan bagi pusingan pertama, Selangor mengumpul 29 mata hasil sembilan kemenangan, dua seri dan dua tewas.

Terengganu kekal di tangga kedua dengan 25 mata setelah mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Pada aksi di Shah Alam malam tadi, jaringan tunggal pemain tengah, Azidan Sarudin pada minit ke-71 sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat Selangor.

Skuad bimbingan K. Devan itu jelas menguasai sepenuhnya permainan babak pertama tetapi kekebalan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein gagal dibolosi.

Selangor memperoleh beberapa peluang tetapi gagal disempurnakan Fadzli Saari, Amri Yahyah, Hardi Jaafar, Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal.

Rembatan leret Azidan dari luar kotak penalti pada minit ke-39 pula sempat ditepis keluar Syed Adney.

Pada awal babak kedua, Sabah berpeluang memperoleh jaringan pada minit ke-61 tetapi percubaan Leopold Alfonso Otong berjaya dihadang Nasriq Baharom ketika keadaan kelam-kabut dalam kotak penalti.

Gol kemenangan Selangor akhirnya hadir pada minit ke-71 menerusi sepakan percuma Azidan yang gagal ditangkap kemas Syed Adney lalu bola bergolek perlahan masuk ke gawang Sabah.

Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Selangor selepas mereka menewaskan Felda United dan Perak, juga dengan jaringan 1-0.

Selangor akan membuka tirai saingan pusingan kedua bertemu Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penghormatan kepada FAM

Posted:

Penghormatan kepada FAM

Penghormatan kepada FAM

KREDIBILITI barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menaikkan imej bola sepak negara terus mendapat pengiktirafan.

Terbaru, tiga wakil FAM dilantik menduduki beberapa kerusi dalam Jawatankuasa Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pertandingan AFC, manakala Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz pula dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pengadil AFC.

Ahli Jawatankuasa Tatatertib FAM Ednan Othman pula dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Tatatertib AFC.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata, pelantikan tersebut adalah bagi penggal 2011/2015.

"Ia merupakan penghormatan kepada FAM," kata Azzuddin.

Sementara itu, Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, beliau menerima surat pelantikan daripada AFC semalam (kelmarin) dan menganggap pelantikan itu sebagai satu pengiktirafan kepada barisan kepimpinan FAM.

"Seingat saya, wakil FAM yang pertama dilantik ke dalam jawatankuasa yang sama ialah bekas Penolong Setiausaha FAM, Datuk Yap Nyim Keong pada awal tahun 2001," katanya.

Terdahulu, satu pertemuan diadakan antara Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam FAM yang dipengerusikan oleh seorang lagi Naib Presidennya, Datuk Subahan Kamal dengan ahli jawatankuasa Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang diketuai Presidennya, Ahmad Khawari Isa.

Mesyuarat tersebut yang turut dihadiri Hamidin dan Asta man bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul antaranya berkaitan liputan bola sepak Liga Malaysia dan mengeratkan lagi hubungan antara FAM dan SAM. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

LSNS kembali 'serang' KOAM

Posted:

LSNS kembali 'serang' KOAM

LSNS kembali 'serang' KOAM

Oleh HELMI TALKAH
helmi@kosmo.com.my


INILAH Kompleks Sukan Ranau di Sabah yang dilaporkan masih belum siap sepenuhnya.


PENGURUS Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Mahmood Kalong (gambar) ternyata berang dengan kenyataan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim yang mendakwa pihaknya tidak bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kemudahan asas di Kompleks Sukan Ranau (KSR).

Mahmood berkata, kenyataan Karim itu sama sekali tidak benar kerana sebagai badan yang diberikan tanggungjawab oleh kerajaan, pihaknya sentiasa berusaha sebaik mungkin bagi menyiapkan KSR mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Namun disebabkan hujan lebat yang turun sejak kebelakangan ini di Ranau sehingga menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh, ia sedikit sebanyak telah menyukarkan pihak kontraktor untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan.

"Secara dasarnya, kerja-kerja dalaman di KSR telah pun siap, cuma kerja-kerja luaran seperti kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik sahaja yang masih lagi dalam proses penyambungan.

"Jika tidak disebabkan hujan lebat yang turun sejak kebelakangan ini, pihak kontraktor sepatutnya tidak menghadapi sebarang masalah bagi melaksanakan proses penyambungan bekalan air dan elektrik itu tetapi tergendala kerana jalan penghubung ke KSR ditutup sementara ekoran tanah runtuh.

"Jadi... pihak kontraktor kini sedang bekerja keras serta berusaha bagi mencari alternatif lain dalam usaha menyiapkan serta memudahkan proses penyambungan bekalan air dan elektrik.

"Karim tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau tidak tahu apa-apa mengenai kesulitan yang kami hadapi di sini (Ranau).

"Baru sahaja sekali datang ke KSR tetapi sudah cakap banyak," kata Mahmood kepada Kosmo! semalam.

Ditanya bilakah KSR dijangka siap sepenuhnya, Mahmood memberitahu: "Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, saya menjangkakan ia hanya dapat disiapkan pada pertengahan bulan Mei depan."

Mengikut jadual, KSR dijangka siap dibina sepenuhnya pada hujung bulan ini.

Kelmarin, Karim mengeluarkan kenyataan bahawa jika LSNS gagal menyediakan kemudahan asas di KSR akhir bulan ini, pihaknya terpaksa mencari lokasi baru program latihan persiapan atlet negara bagi menghadapi Sukan SEA di Indonesia, November depan.

Mahmood turut menganggap kenyataan yang dikeluarkan Karim itu seolah-olah tidak langsung menghargai usaha yang dilakukan LSNS sebelum ini yang sanggup meminta keizinan kontraktor untuk membenarkan atlet-atlet olahraga menjalani latihan lebih awal di KSR.

"Jika ikut logik, tidak boleh sebenarnya (berlatih di KSR) kerana ia masih belum siap sepenuhnya tetapi pihak saya sendiri telah berbincang dan meminta keizinan kontraktor untuk membenarkan mereka menjalani latihan di situ.

"Namun apabila terjadinya perkara seperti ini, saya merasakan kami seolah-olah ditikam dari belakang oleh KOAM, terutamanya Karim yang sebelum ini memuji LSNS dalam mesyuarat dengan mengatakan kami melaksanakan tugas kami dengan baik," jelas Mahmood.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan