Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Undian panas

Posted: 31 Jul 2011 09:57 AM PDT

Sukan

Sepanyol terima tamparan hebat temu Perancis

RIO DE JANEIRO: England harus layak ke pusingan akhir Piala Dunia andai berpandu kepada tuah undian, awal pagi semalam, namun, juara dunia, Sepanyol 'menerima gegaran' dalam usaha mempertahankan mahkota apabila diundi sekumpulan dengan juara 1998, Perancis.

Apa pun, sedikit tarikan kepada peminat Malaysia 'dalam bentuk kecewa' adalah apabila mendengar Singapura - barisan yang menewaskan Harimau Malaya dalam pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu diundi dalam Kumpulan A, zon Asia menentang China, Jordan dan Iraq. Undian Piala Dunia 2014 bagi edisi ke-20 itu dilakukan 91 tahun selepas final pertama yang menyaksikan Uruguay muncul juara.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter merasmikan majlis berkenaan di Marina, tidak jauh dari pantai Copacabana dan berkata;
"Brazil adalah tempat istimewa dalam dunia bola sepak. Kami gembira kembali ke sini selepas 61 tahun."

Secara keseluruhan, kira-kira 200 negara melalui 824 perlawanan kelayakan untuk memburu 32 tempat terakhir. Kali terakhir Amerika Selatan menjadi hos adalah di Argentina pada 1978. - Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

'Harimau harus bangkit demi penyokong'

Posted: 31 Jul 2011 09:55 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PENYERANG sensasi negara, Safee Sali tidak mahu rakyat Malaysia terus meratapi kegagalan Harimau Malaya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014, sebaliknya mahu semua pihak belajar daripada episod duka itu untuk mencipta kejayaan lebih besar pada masa depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan