Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


2 Ganu Nelang!

Posted: 14 Oct 2011 05:09 PM PDT

Sukan

ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.

ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.

Selangor, T-Team, NS turut cipta nama layak ke saingan separuh akhir

PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir selepas tewas 5-3 secara agregat kepada juara Piala FA, Terengganu selepas keputusan seri 2-2 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi sambil T-Team turut mengukir bangga apabila mengatasi Sabah, 2-1 dan agregat 4-2.

Menguasai saingan sepanjang 17 minit pertama, Kelantan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum Ashari Shamsudin menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dengan bola lambung hasil umpanan Abdul Hadi Yahaya dalam serangan balas pada minit ke-18. Di depan lebih 40,000 penyokong setia, The Red Warriors cuba bangkit tetapi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim lebih tenang dalam mengatur serangan balas dan mendahului dua gol sebelum rehat apabila Ashari sekali lagi menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi pada minit ke-40.

Terengganu meneruskan asakan di babak kedua tetapi juara Liga Super, Kelantan yang dibimbing Datuk M Karathu merapatkan jurang pada minit ke-54 menerusi Azamudin Akil hasil kesilapan penjaga gol Sharbinee Allawee dan mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Badhri pada minit ke-70 selepas bola terkena tangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof.

Keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian dan juara Piala FA Terengganu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

CT LALA

peteh ganu peteh buleh pergi

HALIM

Syabas skuad bola sepak teganu kerana tak gentar bermain di satdim kota baru.permaina penuh disiplin dan tenang walaupun berdepan puluhan ribu penyokong TRW.semoga perjuangan diteruskan sehingga ke peringkat akhir.

deen

pafa patut dikenakan tindakan kerana tidak dapat mendisplinkan penyokong mereka.Ini bukan kali pertama perangai buruk mereka.Mambakar kerusi,merosakan kereta membaling objek dan juga bom asap.

pemerhati bola sepak

paling baik.... terengganu... alhamdulillah lah sebab team terengganu boleh g semi final... akibat sikap pemain kelantan yg x professional kerana tak dpt mengwal emosi, lagi2 si player kebangsaan yg dilakukan oleh penyerang kebangsaan yang menunjukkan sikap mcm samseng di atas padang dengan menmengang leher pemain terengganu... nampak jelas dikaca tv smlm..

joe mund

SabahHawk jangan putus asa,walaupun tidak berjaya ke semi final..cuba lagi musim depan..SABAH DI HATIKU..

syed bahari syed mustafa

syabas gannung...go on..biar adik beradik berada di final...rakyat terengganu diperantauan tetap bersama kalian...gannung nelang.....

izat shah

terengganu lawan selangor saya rasa selangor menang, negeru sembilan lawan t-team mungkin negeri sembilan menang

mohdisalam

harap ganu ngan ns dpt jumpa di final

wajatimur

ashaari bukak mata rajagopal....

penyu

nelang apa jumpa selangor tak pernah menang pundek adalah.

Amran Jepun

tahniah semua

zulhelmie amy

tahniah penyu kerana layak ke separuh akhir

Busths

Sekurang-kurangnya pantai timur diwakili oleh dua pasukan yang hebat.........dan bermutu

shamsul

penyu bukannya sebarang penyu,
nelang bukannya sebarang nelang,
piala Fa dah milik penyu,
piala malaysia akan dijulang

wan hazrul haelmi

takpo kelantan cubo lagi pada tahun kemudian
sek ganu wak molek lawan2

teckzidd

tahniah untuk dua pasukan dari Terengganu yang layak keseparuh akhir...siapa tau final nanti akan menemukan dua pasukan dari Terengganu.sejarah akan tercipta.

asri

misi adik dan abang bertemu di final semakin hampir.. teruskan berjuang.. semoga terlaksana.. PETEH GANU PETEH.. PETEH BIAR REBOH..


Full content generated by Get Full RSS.

Jakarta beri jaminan

Posted: 14 Oct 2011 05:04 PM PDT

Sukan

NAIM (tengah) mengunjungi skuad memanah di MSN, pagi semalam.

NAIM (tengah) mengunjungi skuad memanah di MSN, pagi semalam.

Tuan rumah mampu kekang demonstrasi: Naim

INSIDEN Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang menjadi sasaran demonstrasi kumpulan penduduk Indonesia dan Laskar Merah Putih ekoran isu sempadan Malaysia-Indonesia baru-baru ini, tidak menggugat kelancaran Sukan SEA XXVI bulan depan.

Ketua kontingen negara, Datuk Naim Mohamad, berkata dia yakin pihak berkuasa Indonesia mampu mengekang dan menjaga keselamatan keseluruhan atlit yang bertanding pada temasya dwitahunan itu nanti. "Tidak perlu risau kerana pihak keselamatan akan menjaga atlit daripada seluruh negara termasuk Malaysia. Tentunya mereka akan memberi perhatian lebih mengenai perkara ini," katanya selepas meninjau persiapan skuad memanah di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, semalam.

Begitupun, untuk langkah keselamatan, Naim yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menasihatkan atlit Malaysia menjaga tingkah laku dan tidak melakukan aktiviti secara berseorangan ketika berada di sana nanti.

Malaysia dikecam puak berkenaan yang mendakwa mengambil secara haram lebih 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat bersempadan dengan Sarawak seperti ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, hujung minggu lalu tetapi empat menteri republik itu termasuk Menteri Luar, Marty Natalegawa, dilaporkan menafikan dakwaan berkenaan.

Dalam pada itu, skuad 16 pemanah kebangsaan mensasarkan dua pingat emas pada temasya 11 hingga 25 November itu, menerusi acara wanita compound berpasukan dan lelaki recurve berpasukan.
Diketuai tiga pemanah yang sudah layak ke Sukan Olimpik London 2012 – Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad – Naim percaya mereka boleh mengulangi pencapaian pada Sukan SEA lalu.

Selain tiga pemanah lelaki itu, cabaran turut digalas Fazli Hisham Fauzi (recurve), Muhammad Zaki Mahazan, Mohd Kaharuddin Asah, Mohd Firdaus Isa dan Kelvin Hoo Kok Meng (compound) serta pemanah wanita Nurul Syafikah Hashim, Shahira Abd Halim, Nur Amirah Mohamed, Fairuz S M Rahim (recurve) dan Faten Nurfatehah Mat Salleh, Norizah Ishak, Saritha Cham Nong dan Nur Hayati Al-Madinah Hashim (compound).

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan