Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Capai sasaran

Posted: 18 Nov 2011 04:36 PM PST

Sukan

MSN tidak harus cepat bangga, 8 emas dari sukan bukan program mereka

BEKAS pelumba Formula Satu (F1), Alex Yoong memenangi pingat emas ke-40 dalam acara ski air keseluruhan di Palembang, semalam - sekali gus membantu kontinjen negara memenuhi sasaran awal Majlis Sukan Negara (MSN).

Apapun, MSN tidak harus cepat bangga kerana 'belum mencapai sasaran' 40 hingga 45 emas yang ditetapkan ketika pencapaian setakat ini hasil bantuan daripada acara sukan yang langsung tidak dijangka dan hakikatnya bukan berada di bawah program mereka. Antara sukan berkenaan adalah ski air yang mencatat keputusan membanggakan dengan menyumbang empat emas, begitu juga lawan pedang (dua) dan renang perairan terbuka serta kuartet 4x400 meter yang masing-masing memenangi sebutir emas. Hakikatnya, sukan ini tidak berada dalam senarai sasaran awal MSN.

Dengan empat emas, semalam daripada ski air (dua), lawan pedang (satu) dan bowling (satu), jumlah pungutan keseluruhan setakat ini ialah 41 emas, 40 perak dan 55 gangsa.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sudirman

MSN dan BAM pun sama, kedua-dua organisasi ini tidak mencapai target objektif pada setiap kejohanan yg dimasuki. Organisasi tersebut perlu distruktur semula dan pegawai yg ada sekarang perlu letak jawatan dan diganti muka baru..

siti noraini sharuddin

gemuruh suara malaysia....


Full content generated by Get Full RSS.

'Zorro' bantu MSN

Posted: 18 Nov 2011 04:32 PM PST

Sukan

‘ZORRO Malaya’ (dari kiri) Mohd Radhi Hasim, Yu Peng Kean, Nurul Ariezzat Ismail dan Liong Ming Chang memperaga pingat emas yang dimenangi menerusi  acara  Sabre berpasukan.

'ZORRO Malaya' (dari kiri) Mohd Radhi Hasim, Yu Peng Kean, Nurul Ariezzat Ismail dan Liong Ming Chang memperaga pingat emas yang dimenangi menerusi acara Sabre berpasukan.

Kutip emas di luar jangkaan untuk lepasi ramalan awal

ACARA pedang kembali menceriakan kontinjen negara, semalam apabila menyumbang satu lagi pingat emas yang tidak berada dalam senarai sasaran Majlis Sukan Negara (MSN).

Semalam, skuad 'zorro' negara menggegar apabila mengungguli acara sabre berpasukan lelaki diketuai Muhammad Radhi Hasim, Long Ming Chang dan Yu Peng Kean yang gah menewaskan gandingan Vietnam Vu Thanh An, Nguyen Van Quynh, To Van Hop,45-38 pada final di Jakarta. Dalam separuh akhir trio negara menewaskan Filipina 45-33.

"Kejayaan menumbangkan Indonesia (45-38) pada suku akhir menjadi 'kunci' kami meraih emas ini. Ini kerana ia membakar semangat dan membuatkan kami enggan menoleh ke belakang lagi.

"Kami tak jangka dapat mengakhiri cabaran negara dengan kilauan emas," kata Muhammad Radhi yang juga penuntut jurusan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ia juga sekali gus menebus kecewa kalah kepada Vietnam dalam suku akhir Sukan SEA 2007 di Korat.
Emas dimenangi adalah yang kedua selepas Joshua Koh menamatkan kemarau 22 tahun negara dengan meraih emas acara epee individu lelaki, Ahad lalu.
Pencapaian dua emas dan lima gangsa adalah terbaik dalam sejarah penyertaan skuad negara selepas tidak pernah memenangi lebih daripada satu emas.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan