Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Usah 'bunuh' Harimau

Posted: 29 Nov 2011 12:27 PM PST

DATUK K Rajagobal membidas suara lantang pengkritik bola sepak tanah air yang 'menyentap sema­ngat' skuad ne­­gara dengan ka­­ta-kata pedih se­­­­hingga boleh mengguris pera­saan pemain.

Kita harus ingat mereka baru saja bermati-ma­tian berjuang memperta­hankan pingat emas Sukan SEA, kemudian terpaksa mengharungi dua perlawanan besar dalam tempoh singkat. Bagi saya usaha me­reka sudah cukup membanggakan. - Rajagobal

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

izham

kepada en othman dan annacomel , memang boleh kritik tapi berpada-pada la. diaorang dan mail purata 3 game seminggu tanpa rehat. guna la akal, jangan sedap hati aje cakap game tak pantas. diaorang manusia juga. HM dah buktikan bagi saingan serantau mereka yang terbaik tapi kelayakan olimpik adalah saingan peringkat asia. takkan baru menang emas sea game dah terus nak berangan menang world cup? kalau pandai sangat main la dengan HM.

mustapaghani

HM pemain terbaik Malaysia.....Teruskan berjuang

Bai

nama pun skuad Olimpik..sasaran nya pasti la layak ke Olimpik, jangan la kaitkan dengan sukan sea pulak..hantar berlatih ke Slovakia pun tujuannya untuk layak ke Olimpik..kalau kalah memang la peminat frust, dgn Bahrain pulak tu..team Bahrain ball control out, mcm mana kita boleh kalah..kalah ngan JPN n SYRIA, peminat blh accept sebab M'sia punya game bagus, ada semangat melawan..

RizalJan

kepada mereka yang mengkritik itu hanya peminat aje....mereka ini peminat liga EPL..sedangkan satu inci tanah pun x ada di Englang..yang sanjung harimau muda/malaya adalah penyokong setia negara..tabik pada ultras malaya kerana mengembalikan suasana kemeriahan bolasepak malaysia..

nina falina

Pada pendapat saya, kritikan pun penting juga.. dgn kritikan, barulah pemain sedar & tidak sentiasa berada dlm keadaan selesa... Kritikan untuk menaikkan semangat Harimau Muda, bukan untuk menjatuhkan... jangan fikir negatif... bila rasa selesa, itulah yg terjadi masa perlawanan hari tu... selesa dgn kedudukan mata, sehingga terleka saat2 terakhir... kami tetap SOKONG Harimau Muda...

johari

jgn tahu nak pengkritik aja...kita kat luar padang boleh la kata macam2..cuba main tengok

shamsila

Teruskan usaha jaya anda wahai Skuad Harimau Muda..Pedulikan mereka yang tidak mengenal erti semangat perjuangan anda..Teruslah maju dan kuatkan semangat.. Semoga terus berjaya.

nina falina

Pada pendapat saya, kritikan pun penting juga.. dgn kritikan, barulah pemain sedar & tidak sentiasa berada dlm keadaan selesa... Kritikan untuk menaikkan semangat Harimau Muda, bukan untuk menjatuhkan... jangan fikir negatif... bila rasa selesa, itulah yg terjadi masa perlawanan hari tu... selesa dgn kedudukan mata, sehingga terleka saat2 terakhir... kami tetap SOKONG Harimau Muda...

syed

ternyata komen2 dr seluruh rakyat msia bukti sokongan padu rakyat sntiasa mengiringi skuad HM..sgelintir yg mengkritik tu tidak pandai menilai tahap peningkatan pemain2 HM pd masa kini..teruskan usah & bsmgt waja menaikkan martabat bola sepak msia..tahniah!

shamsila

Teruskan usaha jaya anda wahai Skuad Harimau Muda..Pedulikan mereka yang tidak mengenal erti semangat perjuangan anda..Teruslah maju dan kuatkan semangat.. Semoga terus berjaya.

Najib

Kawan gembira mudah bertandang,
kawan berduka kawan sejati.

Go Harimau Malaya! Kamu telah mengharumkan negara kita di mata dunia! Terus maju ke hadapan!

Suzylawaty

harimau muda tetap yg terbaik...

ahmadzulkifli

TAHNIAH HARIMAU MUDA KERANA TELAH BERJUANG HABIS-HABISAN, WALAUBAGAIMANAPUN....PADA JURULATIH DAN PIHAK PENGURUSAN....CADANGAN SAYA, PERLU DICARI 1 ATAU 2 ORANG YANG PENYERANG YANG BENAR-BENAR BOLEH JARING GOL, PADA SAYA....INI ADALAH KELEMAHAN KETARA SKUAD YANG ADA SEKARANG.

zackharris

kalah ke menang ke, HM always in my mind. pedulikan kata pengkritik yg belum tentu pandai bermain bola.

nilza

Kepada pemain2 HM don't give up...anggap la kritikan ini asam garam kehidupan...buat dek(tak tau) je apa org. ckp...bangkitkan smgt...belajr dr kesilapn lpas ni pasti ada kejayaan...kami yg myokong sentiasa mdoakan HM mampu menakluk bola sepak Dunia.... AMIN.

SriMurni

Betul kata Coach Rajagopal...hargai keringat mereka yang tlh menaikkan nama Malaysia....

Alina

Kritikan perlu bagi memastikan skuad negara sentiasa berusaha untuk mencapai impian seluruh warga Malaysia yang ingin melihat HM bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Jika diukur permainan pasukan negara, ternyata masih jauh dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lain apatah lagi di peringkat dunia. Jadikan segala kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus maju dan bukannya mudah tersentap hanya kerana menerima kritikan. Saya percaya seluruh peminat bolasepak negara termasuk mereka yang lantang mengkritik persembahan HM adalah benar-benar peminat tegar. Dan sebab itu mereka inginkan perubahan dan kemajuan bolasepak negara. Apapun, tahniah kerana berjaya mengekalkan pingat emas sukan sea!

Megat Ahmad Yusoff At-Terawis

Kekalkan pemain-pemain sedia ada di samping berterusan mengcungkil bakat baru yang boleh menggantikan pemain-pemain yang akan ke skuad Harimau Malaya, Nazmi adalah contoh terbaik....Kekalahan bukan bererti 'penamat' segala.

Ekor Harimau

pandangan saya, dato' perlu fikir yang ada kritikan membina utk pemain, dan dato' sendiri pun perlu terima kritikan membina. saya masih lagi tidak faham kenapa dato' masih melakukan eksperimentasi kepada skuad senior. Pandangan saya Dato' perlu mencari perlawanan yang kompetitif yang boleh mengangkat ranking negara yang berada di 155 ketika ini. Lihat contoh mediang Gary Speed yang membawa Wales daripada ranking 115 ke 45 sekarang ini. Bagi saya tidak mustahil jika pemilihan pemain mengikut prestasi dan bukan emosi.

jack

btul kata rajagopal..ada kala kita di atas ada kala kita dibawah..semua org akan rasa kemenagan dan kekalahan...naik kan semula semangat harimau muda..go harimau..

faizal bin buang

jangan hanya pandai mengkritik dan menghina apabila kalah,sesungguhnya jauh disudut hati pemain harimau muda ingin kemenangan setiap kali mereka bermain.berilah sokongan dan pandangan yang membina agar MALAYSIA kembali disegani macam zaman ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI

Anak Selangor

Pada saya mereka yang pandai kritik tu tak reti main bola cuma pandai cakap dan nak hentam saja..biasa la adat permainan ada yang menang dan kalah dan team harimau telah membuat yang terbaik pada tahun ni terus bermain demi maruah dan kejayaan untuk Malaysia negaraku yang tercinta

Jebat Tidak Derhaka

pemain2 sudah memainkan peranan yg terbaik mgkin terutama dlm memastikan kemenangan Pingat Emas di Sukan Sea begitu juga dengan kelayakan Olimpik. Adat perlawanan menang kalah..yg menang di sanjung yg kalah di caci. Itu mgkin sebilangan pihak tertentu sahaja, kini senario bola sepak kita dah berubah begitu juga kpd sebilangan penyokong Harimau Muda yg masih setia memberi semangat dan kata peransang utk melihat kebangkitan terus Harimau Malaya dlm setiap perlawanan wlaupun masih terdengar suara2 sumbang yg boleh meruntuh jiwa setiap pemain. Hakikatnya bukanlah maki dan cacian yg kita harapkan..apa yg perlu ialah memantapkan pemain yg sedia ada dan memberikan pendedahan kpd mereka dgn perlawanan2 yg besar, begitu juga dgn FAM agar dpat melahirkan seberapa ramai pemain2 pelapis spt Nazmi yg baru berumur 17 thn..yg menunjukkan pretasi permainan yg begitu cemerlang . Jika kita mempunyai ramai pemain spt ini tdk mustahil satu hari nanti masa akan tiba,kita akan menjadi kuasa bola yg disegani di rantau asia mahupun dunia. Apa yg perlu dilakukan adalah perancangan dan halatuju Harimau Muda itu sendiri....agar tidak mengaum dan tidak terus terpaku ....

jankedah

mereka yang suka mengkritik harimau malaya adalah peminat liga EPL..sedangkan tanah seinci di England pun tak ada..itulah kesan penjajah..Selamanya Harimau Malaya..

zetty

elakkan kritikan tetapi berilah cadangan/pandangan/idea yg utk pembangunan sukan negara

Andy Raymond

Saya setuju dengan kata2 jurulatih rajagopal,mempertahankan sesuatu lebih susah daripada memenangi ya.Berilah pemain kita sedikit ruang,diorang bukannya robot.Bayangkan kalau adik atau anak kita di situasi mereka,apa yang kita harus lakukan ialah memberi sokongan bukannya menjatuhkan mereka.

miaoww

sape cakap anda kalah,ada 3 game lagi...asah taringmu kita mengaum..baham 3 ekor tu..

walt

sya stuju dgn komen Tomcat... setiap kritikan hendaklah djdikan pemankin semangat utk bermain dgn lbih baik dimasa akan dtg...

Asrul

pengurusan harimau malaya harus sntiasa cari dan latih bakat2 baru utk back up pemain2 utama kalau cedera dalam perlawanan2 penting.. teruskan usaha harimau malaya..

Mohd Nazrie b Mohd Noor

Saya bersetuju dengan Datuk K Rajagobal..Kita tidak sepatutnya menyalahkan pemain kita sedangkan mereka telah berjuang habis-habisan untuk game ini....

shah

sifirnya mudah..jika xmampu menyokong ketika kalah,jgn bersorak ketika menang..

Mohd Nazrie b Mohd Noor

Saya bersetuju dengan Datuk K Rajagobal..Kita tidak sepatutnya menyalahkan pemain kita sedangkan mereka telah berjuang habis-habisan untuk game ini....

alep

like.....go MALAYSIA...jadikan game yg lepas 2 pengajaran..MALAYSIA BOLEH..!!!!!!

MatSajaJer

amalkan pmainan mudah dan cantik...Insya Allah bjaya...

Othman bin Abdullah

pemain bolasepak kurang stamina, hebat 1/2 masa pertama saja. Kalu tak bolih jaringan 1/2 masa pertama bolih dikatakan pastinya m'lysia x kan menang. Pada 1/2 kedua menurun. Apakah jenis latihan yg. jurulatih praktik. Cuba lihat mutu pasukan lain, laju,pantas dan bersemangat tidak nampak rasa letihpun. jangan jadi alasan bila kalah ada mcam mcam alasan pemain letih, cedera atau nasib tidak menyebelahi. Kalaulah begini caranya pasukan bolasepk m'lysia bermain sampai bila bilapun tidak akan maju. Memang layak digelar jaguh Asia Tenggara saja.

ZORRO

AYUH HM....bangkit/bangun/bertindak lebih garang lupakan segala pujian dan kritikan yang anda terima...ayuh sahut segala cabaran didepan mata....menang kalah adat permainan tapi kekalkan permainan menarik....anda tetap akan diingati dalam setiap perbualan bolasepak.

hasdi

sy bangga harimau mengaum..jgn berputus asa.. ramai lagi penyokong malaysia berada di belakang skuad negara..teruskan usaha untuk mencapai apa yg 1 malaysia suara.. buktikan malaysia boleh..

nani

itulah sentimen masyarakat sekarang ni..kalau kalah kena kutuk..menang bukan main dibanggakan..sepatutnya kita bersyukur dgan peningkatan bola sepak negara..terbaik di asia tenggara..& tdk salah untuk coach meningkatan mutu permainan bola sepak negara kita mula dr sekarang utk mghadapi perlawanan antarabangsa...kalah dengan bahrain..kita mmg memberi tentangan yang hebat..lain la kalau kalah 6-0..apa2pun sy harap coach akan bersedia melatih pemain2 muda & mendedahkan mereka dgn situasi perlawanan yang bertaraf antarabangsa..mula la mncari bakat2 baru kalau bole dr usia 13th - 17th..lg lama di latih & didedahkan dgn perlawanan sebenar..pngalaman & mutu permainan akan meningakt dgn baik..

ari

Ayuh skuad HM,anda sudah buktikan diperingkat asia tenggara anda terbaik..Pergi lebih jauh lg saya pasti dtg apabila anda beraksi!!!!!syabas HM

jakery

situasi sukan sea dan kelayakan olimpik adalah berbeza. terima kasih kepada semua pemain yang telah bertungkus lumus mempertahankan pingat emas dua tahun berturut-turut.

Mie

Ramai penyokong Malaysia yang tidak ada semangat kesukanan.Kalau Malaysia kalah,hentam jurulatih,hentam pemain.Bukan mudah nak membentuk pasukan kebangsaan yang mantap.Tengok saja Messi,main dengan national team Argentina pun tercari-cari perform berbeza ngan Barcelona.Itu contoh seorang pemain yang seluruh dunia kenal. Ramai pemain bolasepak terkenal dunia yang mengalami dilema prestasi.Normal lerr perkara tue.Pemain bolasepak pun manusia juga.Ada hati dan perasaan.Apapun,kepada yg kritik team Malaysia,fikir dulu sebelum nak cakap.

nasirsdk

Aku peduli apa dengan komen-komen negatif diorang. Bukan diorg dpt duit/pingat pun dr komen-komen tu. Pigi mampuslah dengan komen busuk korang. Yang penting MALAYSIA dah pergi jauh sejak 20 tahun lalu. Hidup HM hidup UMNO.

Mreenmj

Marilah sama2 menaikkan lagi semangat pemain bola sepak negara, bukan mematahkan semangat mereka.
Merka( pemain bola) bertungkus lumus menaikkan nama negara kita malaysia tapi, ada pula yg mati2an caci,hina pemain bola negara kita bila kalah....uuuuhhh, xda otak langsung.

Hadi Md Zin

kita penyokong Bola sepak Malaysia harus berpijak di alam yang nyata. bola sepak Malaysia baru nak kembali menyinar. mari kita terus menyokong Harimau Muda...

annacomel

Kritik pun tidak boleh..puji sahaja yang boleh? Sayangkan anak tangan-tangankan..sayangkan bini tinggal2kan.. sayangkan harimau muda kritik2an.. kalau dengan kritik pun boleh mati dan lemah semangat senario ini pasti menjadikan Harimau Muda tidak mampu untuk mengenggam pingat ilimpik. Untuk menjadi juara di antara juara bukan bukan mudah.Halangan demi halangan termasuk dalam dan luar padang perlu di atasi.Semua itu merupakan satu cabaran.JIka betul HM ingin menjadi gagah perkasa mereka perlu kuat jiwa dan raga. Biarlah mereka mengutuk, mengeji atau memuji semua bukan masalah buat harimau muda. Harimau bukan seperti kuda atau lembu perlu di pacu punggungnya untuk bergerak .Ayuh harimau gunakan kekuatan yang ada.... tenung , fikir ,duduk diam -diam dan terkam jika ada peluang..itulah difat harimau.Kalau kena sergah pun boleh ekor masuk ke perut ,itu bukan harimau malaya..ayuhhhh jilat tubuhmu semuga berkilau semula..buang segala kotoran yang ada..bersedia untuk bertarung semula...semuga berjaya..

melati

Setuju. Buat apa kita nak membunuh harimau. berilah kritikan yang membina. Pada saya kita cuma perlu cungkil pemain yang berwibawa lebih ramai lagi supaya kita punya banyak pilihan bila pemain utama cedera atau keletihan.

wan

saya setuju dato',

Suruh orang yang suka komen dan suka kritik tu menjadi pemain harimau muda kita.... saya nak tengok kehebatan pengkritik bermain bola di peringkat kebangsaan dan luar negara...kalau tak mampu, jangan suka mengomen dan mengkritik sahaja! Berilah idea yang bernas utk kita perkasakan harimau malaya kita.....

mohdisnin

jangan lah hina bolah sepak negara kita.... terus lah bagi sokongan yang tak berbelah bagi..... semoga mutu dan tahap bola sepak terus maju...

neil

syabas HM..all d best

walter marius

eya.sy sokong..sepatutnya menyokong dan terus memberi dorongan supya pemain-pemain negara lebih bersemgat.jgn kutuk tetapi memberi inisiatif

tomcat

..jadikan segala komen yg pedas sebagai satu kritikan membina...kelekaan sesaat merana seumur hidup...itu lah yg terjadi pd skuad kita hari tu dlm 10 minit 3 gol dihadiahkan oleh pihak lawan pd kita...nama pun BOLA apa2 bleh berlaku selagi wisel penamat tak ditiup..DARE TO FAIL...harap2 skuad muda kita dapat belajar sesuatu dari kekalahan tempohari..kami senantiasa bersama anda tak kira menang atau kalah..tapi renungkanlah sejenak agar setiap sorakan dari peminat dlm stadium,di umah2 dan kdai2 mamak berbaloi menyorak dalam kemenangan ataupun kekalahan...sekiranya kekalahan biarlah KALAH YG MELAWAN..bukan kalah dalam kedudukan yg sudah selesa dan akibat kelalaian....truskan SELAMANYA HARIMAU MALAYA..MY HUMBLE OPINION...

Lovely Malaysia

sokong 101% datuk krg (K rajagobal, tu la kerja pengkritik 24jam nak kritik jer...macam la diorg tu pandai main bola... yg penting kita dapat ibu emas sukan sea.pas ni kita tawan asean pula.apa salah step by step. kita lahir pun x terus main bola...

khamis Ngadiman

Saya amat setuju dengan pandangan Rajagobal. Kita tidak seharus bersikap " baik dijulang, buruk dibuang".
Seharusnya sokongan terus diberikan dalam apa jua keadaan,pemain ada maruah dan perasaan!!!

shahrul nizam

nasihat saya .... jangan masa senang bersama...masa susah kita mesti bersama...bantu memberi semagat dan dorongan kepada harimau malaysia

uda lah

tu lah menteliti rakyat mesia ni..bila menang disanjung bagai nak rak..tapi bila kalah dicemuh dan dihina. peringatan juga kpd coach agar tidak menyenaraikan penyerang/pemain yg tidak mampu menyerlah..usah hirau sgt dgn status..cuba cari pemain/penyerang muda dlm Liga-M..campurkan mereka dgn skuad HM..baru ada sengatan..ini penyerang kita selalu mensia-siakan peluang walaupun dah "berguru" di slovakia..rugi duit FAM...

hambran

menang dpuji dn dsanjung ,
kalah dkeji ,dhina,
itulah rakyat malaysia

Malaysian

Kejap menang kejap kalah. Itulah menariknya bola Malaysia. Jadi juara Asean lebih indah berbanding masuk olimpik yang belum tentu lagi.

Hafizah

terlalu bnyk pemain cedera..xpa next time cuba lagi..i love malaysia!!..:)

isha

setuju!!! kami bangga dengan Skuad HARIMAU!!! Aummmm!!!! pengkritik yang bersuara lantang tu yg patut disuruh main...setakat mengkritik je semua orang boleh kritik...

myungtae

kepada pasukan harimau muda " Yang kita kendong iaitu pingat emas sukan sea tidak tercicir cuma yang kita kejar iaitu tempat ke olimpik saja yang tak dapat "
Don't worry we always with you.

erwanhamid

saya menokong penuh komen Datuk K.bermain 120 minit kemudian tanpa tempoh rehat yang sewajarnya tentunya mengundang keletihan da kecederaan.tak usah ambil peduli kata-kata pedih pengkritik itu .bukan dorg yang main 120 minit atas padang berdepan lagi dengan 100 ribu penyokong indon, letih fizikal dan letih mental tu.berat lagi mata memandang berat lagi bahu harimau muda memikul.syabas dan tahniah teruskan perjuangan untuk negara,bangsa dan agama..

Sarimin

Apapun alasanya, setuju dengan pandangan Datuk Rajagobal yang mereka baru saja bermati-ma­tian berjuang memperta­hankan pingat emas Sukan SEA, kemudian terpaksa mengharungi dua perlawanan besar dalam tempoh singkat. Bagi saya usaha me­reka sudah cukup membanggakan.

jue

sokong pandangan datuk k rajagobal..mengapa masa menang, habis kata-kata manis kita keluarkan, memuji dan memuja pemain, namun bila kalah, tidak boleh kah kita bagi lebih peransang dan semangat kepada mereka, mengapa perlu kita memberi pandangan sinis dan pedih seolah-olah mereka kita memberi apa apa bakti kepada negara, kepada pengkritik, jawapannya mudah nye..lu main la sendiri kalau rasa pandai sangat..sekian tahniah skuad Harimau Muda

Azri

Benar kata Rajagobal pasukan muda Malaysia ini yang telah memberi sinar kepada bola sepak. Jangan matikan sinar ini dan teruskan sentiasa menyokong walau dalam keadaan jatuh dan bangun. InsyaAllah pasukan muda inilah yang akan sekali lagi mengharumkan nama Malaysia. Bak kata pepatah sehari selambar benang, lama-lama menjadi kain.

Full content generated by Get Full RSS.

Macau: Chong Wei tarik diri

Posted: 29 Nov 2011 12:15 PM PST

Sukan

'Habis angin' selepas bergelut di Terbuka Hong Kong, Shanghai

CURAHAN keringat di Hong Kong dan Shanghai kini jelas mencengkam kedua-dua aspek mental dan fizikal Lee Chong Wei.

Semalam, pemain nombor satu dunia itu membuat kejutan menarik diri daripada aksi badminton Terbuka Macau gara-gara keletihan dan sekali gus tidak berpeluang untuk mencatat gelaran hatrik kejuaraan berkenaan. "Dia (Chong Wei) mengumumkan menarik diri pada awal pagi tadi (semalam) atas sebab kepenatan," kata pengurus besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh secara ringkas ketika dihubungi semalam.

Chong Wei, pilihan pertama yang sepatutnya menentang Avihingsanon Suppanyu pada perlawanan pertama, semalam memberi kemenangan percuma kepada pemain Thailand itu atas alasan kepenatan selepas mengharungi dua kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Hong Kong dan Terbuka China sebelum ini.

Jagoan negara muncul juara berturut-turut kejohanan itu sebelum ini apabila menewaskan rakan senegara, Wong Choong Hann pada final edisi 2009, manakala tahun lalu beroleh kemenangan percuma selepas pemain Korea Selatan, Lee Hyung Il menarik diri pada saat-saat akhir menjelang aksi final.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen