Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tanpa emas

Posted: 15 Nov 2011 12:54 PM PST

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) dihambat kontroversi ketika Sukan Sea Indonesia sedang berlangsung.

Mereka hampir melepaskan satu pingat emas berharga apabila memutuskan untuk menggugurkan kuartet 4x400m sebelum disenaraikan semula.


Anak didik K Jayabalan menamatkan drama tercetus sebelum itu dengan bangkit membuktikan mereka berhak mewakili negara apabila menghadiahkan pingat emas selepas mengharungi pelbagai ranjau berliku.

"Kami mahu buktikan yang mereka salah," tegas pelari negara, P Yuvaraaj.


Namun episod itu tidak terhenti di situ dan lebih tragis, kegembiraan barisan pelari membabitkan S Kannathasan, Yuvaraaj, Sehzuan Ahmad Rosely dan Muhammad Yunus Lasaleh tidak dapat diraikan apabila terpaksa pulang ke tanah air pada jam 2 petang semalam ketika majlis kalungan pingat akan dijalankan lewat petang hari yang sama.


Jayabalan bagaimanapun menerima perkhabaran gembira di tanah air yang menyaksikan kehebatan kuartetnya beraksi di Kompleks Sukan Olahraga Jakabaring.

"Saya tidak tahu kenapa kuartet ini digugurkan. Saya menghantar rayuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan, Datuk Karim Ibrahim selepas tidak disenaraikan dalam senarai terakhir ke Sukan Sea.


"Pada mulanya KOM memberi alasan mereka tidak layak kerana sudah ramai atlet dihantar di bawah kategori B.

"Bagaimanapun selepas merayu, Karim memutuskan mengadakan ujian dan mereka berjaya membuktikan mampu mencatat masa seperti yang diminta.


"Pada 12 November lalu, mereka terbang ke Palembang, dua hari sebelum tarikh pertandingan," katanya.


Usaha keras jurulatih itu akhirnya berbaloi apabila mereka membalas kepercayaan dengan pingat emas menerusi catatan 3.10:49s dan menewaskan Filipina dan Thailand. Kali terakhir kuartet 4x400m menghadiahkan emas adalah di Korat pada 2007 menerusi Mohd Zafril Mohd Zuslani, Muhammad Zaiful Zainal Abidin, S Thipan dan K Amran Raj.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada komplot

Posted: 15 Nov 2011 12:48 PM PST

MAJLIS Sukan Negara (MSN) percaya tidak wujud sebarang komplot atau dalang cuba mensabotaj skuad karate negara yang berjaya menepati sasaran meraih empat pingat emas pada temasya Sukan Sea ke-26 di Jakarta.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong sebaliknya kecewa dengan kenyataan ketua jurulatih, P Arivalagan yang mendakwa ada dalang termasuk dari kalangan pegawai Malaysia sendiri yang menyebabkan anak buahnya gagal menyamai sasaran persatuan, enam emas.


"Saya rasa beliau tidak patut mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada media. Jika ada yang tidak disenangi, beliau seharusnya melaporkan kepada persatuan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan MSN. Kita boleh duduk berbincang menyelesaikan masalah ini.

"Mungkin beliau berasa amat kecewa kerana gagal mencapai sasaran persatuan dan peribadi," katanya di Jakarta, semalam.


Skuad karate terlepas peluang menepati sasaran Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) apabila gagal mengungguli kedua-dua acara kumite berpasukan lelaki dan wanita pada hari terakhir pertandingan kelmarin.


Pasukan wanita meraih perak selepas tumpas 1-2 pada final di tangan tuan rumah, Indonesia manakala pasukan lelaki turut kecundang 0-3, juga kepada tuan rumah di separuh akhir.

Lantas, Arivalagan tampil mendedahkan wujud dalang yang berkomplot untuk menjatuhkan skuad negara dengan mendakwa keputusan pengadil tidak banyak memihak kepada peserta negara sebaliknya berat sebelah kepada peserta tuan rumah.


Makaf tidak memperbaharui kontrak Arivalagan awal tahun ini kerana mahu menggantikannya dengan seorang jurulatih dari Iran tetapi selepas didesak atlet negara, mereka bersetuju menyambungnya setahun lagi dan kontrak itu berakhir bulan depan.

Skuad karate menamatkan cabaran pada temasya kali ini dengan empat emas, dua perak dan lapan gangsa berbanding catatan 5-6-2 di Vientiane, dua tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan