Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Pecat import'

Posted: 25 Jan 2012 05:37 PM PST

Sukan

ANTARA pemain import yang beraksi di Liga Malaysia (gambar hiasan).

ANTARA pemain import yang beraksi di Liga Malaysia (gambar hiasan).

FAM tidak mahu pasukan buang masa bayar gaji tinggi: Tengku Abdullah

SEPERTI 'sudah muak' dengan gelagat sesetengah pemain import, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara terus terang minta persatuan negeri atau kelab mengambil tindakan berani memecat mereka andai dilihat sumbangan kelompok ini merugikan majikan.

"Daripada kita rugi masa dan duit hasil pelaburan membeli pemain import, lebih baik kita tolong pemain kita beraksi dalam saingan Liga Malaysia, sekali gus meningkatkan kualiti permainan.

Jangan sampai setahun baru kita nak tukar pemain import (tidak berkualiti) hingga memberi kesan terhadap pasukan. - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM

"Jangan sampai setahun baru kita nak tukar pemain import (tidak berkualiti) hingga memberi kesan terhadap pasukan," kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuantan, semalam.

Dia menambah tindakan itu wajar kerana kehadiran pemain import bertujuan meningkatkan kualiti permainan bola sepak negara.

Namun, katanya, jika prestasi hambar dan permainan tidak berkualiti dipersembahkan mereka, ia bukan sahaja merugikan pengurusan FA dan kelab, malah tidak memberi kebaikan kepada pemain tempatan.

Tengku Abdullah berkata, pengurusan FA dan kelab yang ingin mengambil pemain import mempunyai kuasa menyenarai dan memecat jika kehadiran mereka tidak membantu meningkatkan kualiti bola sepak negara.
Katanya, dari segi FAM, pihaknya mahu pemain import yang beraksi di negara ini berkualiti dan berdisiplin tinggi membantu memajukan sukan bola sepak.

"Jika pemain import berkenaan tidak berkualiti, kita jangan terus mengharap untuk mereka berubah dan mengikut corak permainan. Lebih baik kontrak mereka ditamatkan.

"Dalam hal ini, saya harap pengurusan FA dan kelab meletakkan syarat tertentu seperti memberi tempoh dan jika gagal, kontrak ditamatkan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

basser

bola sepak malaysia kurang berbisa dengan permain import

salahuddin osman

beli pemain yg betul-betul berkualiti dan boleh bermain bola sepak....

Syarat Pemain Import

Bagi pendapat saya, syarat-syarat pengambilan pemain import harus diperketatkan. Antaranya adalah ranking negara pemain import itu mestilah sekurang kurangnya berada di tangga 70 FIFA. Maknanya, negara yang rankingnya berada dari 1-70 ranking FIFA sahaja dibenarkan kecuali negara negara ASEAN yang ranking lebih tinggi dari Malaysia seperti Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura. Negara ASEAN yang ranking di bawah Malaysia tidak layak. Kedua, pemain import yang dari bukan Asia seperti dari konfederasi UEFA, OFC , Afrika, Amerika Tengah dan Utara, dan Amerika Selatan harulah sudah bermain di liga Asia lain sekurang kurangnya 6 bulan sebelum menyertai Liga Malaysia. Ketiga, pemai import ini harus lah sudah mewakili atau sedang mewakili negara mereka sekurang kurangnya 2 tahun. Ketiga, Peraturan 1+1 harus dilaksanakan di mana 1 pemain dari mana mana negara selain Asia dan 1 pemain dari Asia. Peraturan ini adalah wajib! Ketiga, Peraturan Home grown Players iaitu 4 pemain 20 tahun tempatan mesti diturunkan dalam satu satu perlawanan. Harap dengan pendapat saya ini Liga Malaysia akan bertmabah maju.


Full content generated by Get Full RSS.

Chong Wei bakal 'bersatu' dengan individu kesukaan

Posted: 25 Jan 2012 12:06 PM PST

[unable to retrieve full-text content]PERSIAPAN jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei menjelang Sukan Olimpik Julai depan harus lebih mantap apabila bakal 'bersatu' semula dengan seorang daripada dua individu yang paling dipercayai dan hampir dengannya sebelum ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan