Harian Metro: Arena |
‘Misi bukti keupayaan’ Posted: 06 Jan 2012 08:25 AM PST PERSEMBAHAN yang dipamerkan The Red Warriors di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini bakal menjadi kayu pengukur sejauh mana skuad kendalian jurulatih Peter James Butler itu mampu menghadirkan saingan merebut kejuaraan dalam kancah bola sepak tempatan musim ini selain cabaran Piala AFC. Pandangan itu disuarakan ayam tambatan Kelantan, Norshahrul Idlan Tahala yang melihat perlawanan mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah menentang juara Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan itu bakal memberikan gambaran yang jelas tahap sebenar mereka.
Pemain yang dikenali sebagai Mat Yo itu bakal bergandingan bersama dua lagi penyerang import, Muhamad Ghaddar dan Antwi Dennis Agyare di barisan depan bagi merobek gawang Negeri Sembilan dalam mempertahankan piala yang pertama kalinya dimenangi Kelantan pada musim lalu.
"Dia ada mempamerkan peningkatan dalam berkomunikasi. Namun saya tidak bermasalah untuk membentuk persefahaman dengan Antwi," katanya. Mengenai Negeri Sembilan, penyerang negara itu mengingatkan rakan sepasukan agar tidak memandang mudah kemampuan lawan walaupun ramai tonggak mereka membuat keputusan berhijrah.
Kelantan memenangi piala terbabit untuk kali pertama musim lalu apabila menewaskan Selangor 2-0 namun bermula musim ini perlawanan terbabit tidak menawarkan sebarang mata untuk Liga Super. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 06 Jan 2012 07:50 AM PST "KAMI datang ke sini untuk menang dan saya akan pastikan Piala Sumbangsih menjadi milik Negeri Sembilan esok (hari ini). Itu janji saya," kata penyerang import, Jean-Emmanuel Effa Owona yang tidak sabar-sabar untuk menghadiahkan piala pertama bersama pasukan barunya itu. Pemain kelahiran Cameroon berusia 28 tahun itu menjadi pemain import tunggal beraksi dengan skuad Rusa musim ini selepas seorang lagi pemain Marquen Goncalves Ferreira dari Brazil tidak dibenarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana gagal mematuhi syarat ditetapkan.
"Saya tidak sabar untuk merasai pengalaman bermain dalam Liga Malaysia dan perlawanan esok (hari ini) amat saya nanti-nantikan sejak menyertai Negeri Sembilan. "Pasukan ini mempunyai ramai pemain muda, tapi kami semakin menunjukkan peningkatan ketika latihan pra musim," katanya ketika ditemui Arena Metro pada sesi latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dan dia mengakui tidak mempunyai masalah jika Azraai memilih Mohd Firdaus Azizul atau Ahmad Shakir Mohd Ali untuk digandingkan bersamanya di bahagian serangan kerana sudah dapat membaca corak permainan masing-masing.
"Kami sudah bertemu dengan Kelantan sebelum ini dalam perlawanan persahabatan, mereka sememangnya pasukan yang kuat. "Tapi itu tidak bermakna kami tidak mempunyai peluang. Saya tetap yakin kami boleh mencipta kemenangan dan sasaran saya untuk menjaringkan gol esok (hari ini)," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan