Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Misi sukar pertahan juara’

Posted: 31 Jan 2012 02:42 PM PST

Sukan

RAJAGOBAL (kiri) akan beri peluang kepada pemain baru untuk menunjukkan bakat mereka.

RAJAGOBAL (kiri) akan beri peluang kepada pemain baru untuk menunjukkan bakat mereka.

Rajagobal akui tugas rampas juara Piala AFF Suzuki lebih mudah

BAGAIKAN sedar hakikat misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki penghujung tahun ini lebih berat dan besar berbanding ketika misi merampas hingga dinobatkan juara buat pertama kali dua tahun lalu, Datuk K Rajagobal tidak mahu terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan.

Langkah drastik yang diambil pengendali berpengalaman itu kini adalah memberi peluang kepada beberapa muka baru untuk merasai saingan pentas yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa, sebelum membuat keputusan menyenaraikan pemain bagi tugasan getir itu, November depan.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menunggu jawapan daripada Arab Saudi untuk mengadakan perlawanan persahabatan 24 Februari ini. "Saya akan cuba beri peluang kepada pemain baru untuk menunjukkan bakat mereka tapi satu perlawanan memang tidak cukup untuk menilai seseorang pemain itu.

"Setakat ini hanya Filipina yang sudah memberikan maklum balas untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada 29 Februari manakala Arab Saudi masih belum beri sebarang jawapan, namun ada tanda positif mereka berminat menentang kita," katanya.

Untuk masa terdekat ini, skuad kendali jurulatih 56 tahun itu akan berpeluang menguji skuad Liga Super Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

"Kami terikat dengan kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), jadi kami tidak boleh mencari pasukan lain sebagai ganti sekiranya Arab Saudi membatalkan hasrat menentang Malaysia.
"Tapi untuk perlawanan dengan Kelantan malam esok (malam ini), saya tidak dapat menggunakan beberapa pemain Tentera kerana mereka terbabit dalam perlawanan Liga Perdana menentang Pahang Jumaat ini," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

pak usu

pak usu percaya dato raja mampu lakukan sekali lagi....kita sebenarnya setara atau mungkin lebih daripada pasukan asean lain. cuma kalau kena strategi dan form yang tepat, sekali lagi rakyat malaysia akan mengalir air mata sebak gembira jika dato mengekalkan piala aff hujung tahun ini. semangat 2010 serta suntikan harimau muda di sukan sea pasti membarakan lagi harapan kita. syabas dan terus berjuang

izlanxai

belum main dah buat moral down.. ganti je dengan kim swee, taktik lebih pantas..

olive_vya

malaysia boleh dan sentiasa boleh

Ashikin

Malaysia pasti boleh! teruskan perjuangan yang belum selesai

ismail

teruskan perjuangan ..msia boleh..

ramesh

Mungkin Datuk K Rajagobal harus memberi peluang kepada beberapa pemain dalam skuad olimpik untuk bermain dalam skuad kebangsaan berdasarkan prestasi semasa

sham

sebenarnya kekuatan HM terletak pd HM Muda, bukannya pd skuad senior. separuh dr skuad yg memenangi AFF suzuki adalah dr HM muda. Rajagopal tidak sedarkah lg....

nyamuk_berapi

pendekatan yang bijak dilakukan oleh ketua jurulatih negara, Datuk K.Rajagobal dengan menyenarai kan beberapa muka baru untuk di ketengahkan..selamat berjuang.....selamanya harimau malaya

ahmad

buat persiapan awal, tajamkan hantaran dan tajamkan jaringan gol. main mcm barcelona, one touch football. harimau malaya pasti berjaya. insyaAllah.

shahrul

Jangan takut kita gempur selagi boleh.....Hidup Harimau Malaya


Full content generated by Get Full RSS.

T-Team ‘cerai’ Simukonda

Posted: 31 Jan 2012 02:40 PM PST

Sukan

JODOH penyerang import Liga Super T-Team, Zachariah Simukonda akhirnya terlerai apabila kontraknya bersama pasukan itu ditamatkan selepas aksi kurang bertenaga dalam lima perlawanan, selain mengalami kecederaan berpanjangan.

Jurulatih Yunus Alif berkata, antara faktor utama pemain 28 tahun itu terpaksa dilepaskan adalah akibat kecederaan yang dialami pada separuh masa kedua ketika menentang Selangor dan dia dijangka memerlukan lebih empat minggu untuk pulih.

"Kami tidak boleh menunggu begitu lama dan pengurusan membuat keputusan untuk mencari penyerang baru sebelum tamat tempoh pendaftaran pemain import, 13 Februari ini. "Beberapa pemain dijangka menghadiri sesi pemilihan esok (hari ini) dan panel pemilih akan membuat keputusan dalam masa terdekat," katanya kepada Berita Harian selepas mesyuarat pengurusan pasukan, semalam.

Yunus berkata, bukan kekalahan dua kali berturut-turut kepada Terengganu dan Selangor menjadi penyebab khidmat pemain kelahiran Zambia itu ditamatkan, cuma kecederaan lutut dan paha dialaminya menjadi penghalang.

Menurutnya, Simukonda sudah melakukan yang terbaik ketika mewakili T-Team, walaupun ramai peminat berpendapat persembahan bekas pemain Red Arrows FC di Lusaka, Zambia, itu kurang bermutu.

"Ramai yang menjadikannya bahan ketawa, namun kita perlu menghargai sumbangannya termasuk jaringan sulungnya ketika bertemu Kuala Lumpur. Mungkin dia belum serasi dengan Fadzly (Saari) dan Faiz (Subri)," katanya.
Yunus bagaimanapun berpuas hati dengan kekentalan benteng pertahanan diketuai pemain Bosnia dan Herzegovina, Bojan Petric dan kehadiran semula Rosdi Talib dan Shahril Faizal akan mengembalikan kekebalan seperti tiga perlawanan awal apabila penjaga gol, Iqbal Suhimi, gagal dibolosi.

"Bahagian tengah juga mantap setakat ini dengan Zairo (Anuar Zailani) sebagai kapten menunjukkan komitmen tinggi sehingga menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan setakat ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan