Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harrif 'mengamuk' di Chukai

Posted:

Harrif 'mengamuk' di Chukai

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Pelumba pasukan Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini (kanan) mengerah seluruh kudratnya untuk menyaingi pelumba Terengganu Cycling Team, Mohd. Harrif Salleh ketika menghampiri garisan penamat perlumbaan peringkat kelapan Le Tour de Langkawi 2012 dari Pekan ke Chukai, Terengganu, semalam. - BERNAMA


KEMAMAN - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Salleh menceriakan penyokong tempatan apabila muncul tempat kedua peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 dari Pekan ke Chukai, semalam.

Lebih manis hampir 10,000 rakyat negeri Terengganu menanti untuk menyambutnya di garisan penamat dengan mengharapkan pelumba kesayangan mereka itu berjaya muncul juara pada perlumbaan sejauh 100.8 kilometer itu.

Bagaimanapun, mereka tetap gembira apabila melihat pelumba berusia 24 tahun itu berjaya meloloskan diri daripada 119 pelumba untuk meraih tempat kedua di belakang pelumba Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini yang lebih dahulu mencecah garisan penamat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Buru tiket Eropah

Posted:

Buru tiket Eropah

LIVERPOOL - Juara Piala Liga, Liverpool dan Arsenal yang masih segar dengan kejayaan menakjubkan ketika mengatasi Tottenham Hostpur 5-2 baru-baru ini berhasrat mahu meneruskan rentak gemilang apabila kedua-dua pasukan bertembung di Anfield, malam ini.

Menamatkan kemarau kejuaraan enam tahun, Liverpool pasti mahu mengalahkan Arsenal bagi membuktikan kejayaan mengalahkan Cardiff melalui sepakan penalti pada aksi akhir Piala Liga bukan sekadar nasib.

Gunners pula yang kini berada di kedudukan keempat iaitu slot terakhir ke Liga Juara-Juara pasti mahu mengambil kesempatan dalam perlawanan ini bagi menjarakkan kedudukan dengan Liverpool dan pencabar-pencabar lain seperti Chelsea dan Newcastle.

Jika Arsenal mampu muncul pemenang pada perlawanan itu, Gunners berpeluang memberikan tekanan kepada Tottenham yang kini berkelebihan tujuh mata sebelum turun menentang Manchester United pada Ahad tengah malam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen