Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Anak ibu cemerlang

Posted: 09 Jul 2012 09:42 AM PDT

IAN James Barr melakar kejayaan lebih hebat di hari kedua saingan renang semalam apabila memperbaharui rekod kebangsaan acara 200m rampaian individu dengan catatan masa 2.05.82 saat mengatasi 2.06.98s yang diraihnya pada Terbuka Malaysia, Mei lalu.

Meskipun masih cedera, perenang Wilayah Persekutuan itu cemerlang meraih pingat emas dengan menundukkan perenang Johor, Tia'a Faang Der (2.13.68s) kedua dan Selangor, Teh Wei Pin (2.13.96s), ketiga.


Di hari pembuka tirai, kelmarin, Ian mengungguli acara 50m kuak lentang lelaki dengan catatan 26.86s sekali gus memperbaharui rekod dibuatnya pada pusingan saringan (27.08s).

"Saya terlalu gembira dengan kemenangan berganda di Sukma. Kejayaan ini sungguh di luar jangkaan kerana saya masih dihimpit isu kecederaan lengan kiri.


"Hakikatnya, saya beraksi dalam kesakitan kerana kecederaan yang baru dialami tiga minggu lalu belum pulih sepenuhnya.


"Malah, saya baru saja kembali dari kejohanan Sukan Sea di Singapura dan Kejohanan Sekolah Asia, minggu lalu. Pastinya, kecederaan ini menyukarkan saya untuk beraksi di Sukma," katanya yang berusia 17 tahun, semalam.

Mengulas lanjut, Ian berkata, selepas Sukma Pahang dia akan berehat sehingga hujung tahun ini untuk memberi tumpuan penuh terhadap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Selain SPM, masa lapang ini juga menjadi tempoh terbaik buat saya pulih sepenuhnya menjelang kejohanan lebih utama akhir tahun ini atau tahun depan," katanya.

Sementara itu, Selangor gah mendominasi acara akuatik dengan mengumpul empat pingat emas, semalam.


Wakilnya, Caroline Chan meraih pingat emas acara 200m kuak lentang, Kok Cher Ling (100m gaya bebas wanita), Lim Ching Hwang (100m gaya bebas lelaki) dan Yap Siew Hui (50m kuak kupu-kupu).

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/09


Penginapan rasmi

Posted: 09 Jul 2012 09:15 AM PDT

KEHANGATAN Grand Final Karnival Futsal Harian Metro 2012 di Kompleks Sukan Batu Berendam Sabtu ini semakin terasa apabila Hang Tuah City Hotel sudi menjalinkan kerjasama bagi menjayakan acara terbesar itu.

Hang Tuah City Hotel menjadi hotel rasmi karnival dan menaja beberapa bilik untuk kemudahan penganjur sepanjang kejohanan itu berlangsung.


Pengurusnya, Mohd Jamil Ab Wahab berkata, pihaknya berterima kasih kepada Harian Metro kerana sudi memilih hotel berkenaan sebagai penginapan rasmi kejohanan.

Menurut beliau, karnival futsal itu sememangnya dinantikan penggiat sukan futsal dan pihaknya berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada penaja dalam menjayakan berprestij itu.


"Karnival ini bukan saja dapat mempromosi sukan futsal yang menjadi gaya hidup remaja masa kini, malah secara tidak langsung mempromosi pelancongan di Melaka.


"Tambahan pula ia diadakan pada hujung minggu dan sudah pasti akan menarik ribuan penonton untuk datang menyaksikan pemain memberikan aksi terbaik mereka," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan tajaan penginapan rasmi kepada Pengurus Projek Harian Metro, Abdul Kadir Hamza, semalam.

Mohd Jamil berharap kerjasama dengan Harian Metro dapat terus dikekalkan pada masa akan datang dan bukan hanya karnival futsal semata-mata.


"Pihak kami turut menawarkan kemudahan wi-fi percuma, sudut Internet, bilik yang selesa, kafe dan kawasan tempat letak kereta selain kedudukannya agak strategik kerana berhampiran restoran serta kompleks beli-belah.

"Hang Tuah City Hotel bukan saja menawarkan kadar penginapan pada harga berpatutan, malah turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan peserta," katanya.


Beliau berkata, orang ramai atau penggiat sukan futsal dari luar Melaka yang mahu mendapatkan penginapan boleh menghubungi talian 06-2841166 atau 017-3204093.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/09


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan