Kosmo Online - Sukan |
- Mengharap emas di bumi Brazil
- Jangan pertikai pemberian ganjaran RM500,000 - Razali
- 'Azizan bertanggungjawab'
Posted: Mengharap emas di bumi Brazil
TIRAI Sukan Olimpik 2012 disingkap secara rasmi di Stadium Olimpik, London kelmarin. Kontinjen Malaysia mengakhiri cabaran di bumi London dengan berkongsi tangga ke-63 daripada 85 negara yang meraih pingat pada temasya kali ini. Selain Malaysia, Bulgaria, Estonia, Indonesia, Puerto Rico dan Taiwan turut berkongsi tangga selepas kontinjen negara masing- masing meraih satu pingat pingat perak dan satu gangsa. Bagi Malaysia, pingat perak diperoleh menerusi jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei dan gangsa disumbangkan oleh ratu terjun, Pandelela Rinong. Dua pingat yang dipungut melalui acara badminton dan terjun itu menjadikan jumlah pingat Olimpik yang dimenangi Malaysia setakat ini, tiga perak dan tiga gangsa. Penyertaan Malaysia pada temasya Olimpik kali ini diwakili 30 atlet yang bersaing dalam tujuh acara iaitu memanah, badminton, lumba basikal, akuatik, belayar, menembak dan olahraga. Pencapaian Malaysia kali ini sama seperti yang dicatat pada di Atlanta 1996 apabila beregu badminton lelaki, Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock memenangi pingat perak dan Rashid Sidek meraih pingat gangsa juga melalui acara badminton. Pada Olimpik London, Chong Wei meraih pingat perak setelah kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada musuh ketatnya, Lin Dan dari China manakala Pandelela Rinong mencipta sejarah apabila muncul sebagai atlet pertama dari luar acara badminton untuk memenangi pingat gangsa melalui acara 10 meter platform. Atlet berusia 19 tahun dari Bau, Sarawak itu merupakan wanita pertama yang menyumbangkan pingat Olimpik untuk Malaysia. Pandelela yang menjadi pembawa bendera kontinjen Malaysia dalam upacara pembukaan Olimpik 2012 pada 27 Julai lalu juga merupakan penyumbang pingat Olimpik termuda untuk Malaysia. Ketika Malaysia meletakkan sasaran untuk meraih pingat melalui tiga acara iaitu badminton, akuatik dan berbasikal, pelumba sensasi, Mohd. Azizulhasni Awang gagal mencapai tahap yang diharap- kan dan pulang ke tanah air dengan tangan kosong. Bagaimanapun, kekecewaan Azizulhasni mungkin terubat melalui kejayaannya memperbaiki kedudukan dalam acara pecut, dari- pada tangga kelapan pada Olimpik 2008 di Beijing kepada tangga ketujuh di London. Dalam acara keirin, Azizulhasni turut memperbaiki kedudukannya daripada tangga ketujuh di Beijing kepada tangga kelima pada tema- sya kali ini. Pujian juga patut diberi kepada Khairul Anuar Mohamad (memanah), Yu Peng Kean (lawan pedang) dan Heidi Gan (renang maraton wanita) kerana kemampuan mereka mengatasi pencapaian atlet yang mempunyai ranking lebih tinggi, walaupun mereka tidak berjaya ke peringkat akhir. Bagi atlet memanah, Nur Suryani Mohd. Taibi pula, keadaannya yang sarat mengandung mencipta rekod tersendiri dan tidak menghalangnya untuk mempamerkan kesungguhan ketika mengambil bahagian dalam acara 10 meter Air Rifle. Walaupun impian untuk memenangi pingat emas tidak kesampaian, namun Ketua Kontijen Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, atlet Malaysia menjadi pesaing utama dalam pemburuan pingat itu, berbeza dengan sebelum ini apabila mereka sekadar berada di pinggiran. "Mungkin masa belum tiba untuk kita mendapatnya," kata beliau. Biar apapun alasan yang diberi, meletakkan impian semata-mata tidak memadai. Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara perlu membuat bedah siasat tentang pencapaian atlet Malaysia sebagai persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa selepas ini, termasuk Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Memandangkan Kementerian Belia dan Sukan membelanja- kan RM20 juta untuk program Road to London 2012 bagi mencapai hasrat Malaysia meraih pingat emas pertama Olimpik, maka pihak berkenaan dan Majlis Olimpik Malaysia perlu lebih teliti sebelum memilih atlet kategori B yang tidak mencapai merit untuk bertanding pada Sukan Olimpik. Sebagai contoh, Norasee- la Khalid (400 meter lari berpagar wanita) dan Lee Hup Wei (lompat tinggi lelaki), yang dipilih Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk mengisi dua kuota bagi acara olahraga, mempamerkan prestasi mengecewakan dan lebih rendah daripada pencapaian terbaik mereka. Lagipun, Noraseela tidak memperlihat prestasi memberangsangkan tahun ini manakala Hup Wei pula masih belum pulih dari- pada kecederaan. Namun, kenapa mereka dipilih juga mewakili negara pada Olimpik 2012? Persatuan sukan juga perlu bersikap tegas dalam memilih pengu- rus pasukan. Mereka tidak sepatutnya dipilih atas dasar mengikut giliran dan akhirnya hanya menjadi penumpang dalam kontinjen negara. Bagaimana sekiranya Chong Wei tidak dapat menyertai Olimpik 2016? Malaysia mungkin hilang harapan untuk memenangi satu pingat, melainkan usaha bersungguh- sungguh dilakukan untuk melahi-r kan atlet baharu yang mampu memenangi pingat. Jika tidak, Malaysia akan terus berputih mata untuk meraih pingat emas di bumi Rio de Janeiro pada 2016. - Bernama | |
Jangan pertikai pemberian ganjaran RM500,000 - Razali Posted: Jangan pertikai pemberian ganjaran RM500,000 - RazaliTIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim (gambar) meminta semua pihak supaya tidak mempertikai pemberian ganjaran sebanyak RM500,000 kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Beliau berkata, ganjaran yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Chong Wei kelmarin, adalah wajar kerana pemain No. 2 dunia itu telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dengan memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik 2012 di London. "Pada saya, sumbangan itu adalah sejajar dengan pengorbanan Chong Wei yang berhempas pulas mencatat rekod sebagai atlet pertama negara untuk memenangi pingat emas pada temasya itu," kata Razali di Muar semalam. Mengenai masa depan Chong Wei, Razali berkata, semua pihak harus memberi peluang jika pemain utama negara itu masih cergas untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. "Jika mutu permainannya menurun dalam setahun dua ini, dan pemain muda pula menunjukkan kebolehan luar biasa dalam tempoh itu, kemungkinan sandaran negara dialihkan kepada pemain muda," katanya. Ditanya persiapan atlet Malaysia menghadapi Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland pada 2014, Razali berkata, kementerian dan persatuan-persatuan sukan di negara ini tidak pernah berehat daripada meneruskan persediaan menghadapi temasya sukan seumpama itu. | |
Posted: 'Azizan bertanggungjawab'Oleh NORLIDA AKMAR IDROS SKUAD Kedah akan beraksi pada saingan Liga Perdana musim depan selepas gagal "MENTERI Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar kecil) harus bertanggungjawab mengembalikan semula keyakinan penyokong kepada pasukan bola sepak Kedah." Demikian tegas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika diminta mengulas mengenai prestasi merudum skuad Kenari sehingga terpaksa 'terjun' daripada Liga Super ke Liga Perdana musim depan. Mahdzir berkata, Azizan selaku Presiden KFA perlu memperbaiki keadaan dengan segera demi peminat pasukan bola sepak Kedah. "Kelemahan yang berlaku adalah di bahagian pengurusan... sebab pemain macam dulu juga dan saya rasa mesti ada yang tidak kena dalam pengurusan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bersama media Kedah dan Perlis di Alor Setar kelmarin. Kedah yang pernah dinobatkan selaku juara trebel berganda, diturunkan 'pangkat' ke saingan Liga Perdana musim depan selepas menduduki tangga ke-12 Liga Super musim ini. Pada aksi playoff menentang Pahang bagi memburu slot Liga Super, Kedah tewas 2-3 menerusi penentuan sepakan penalti. Ekoran prestasi buruk itu, ketua juru- latih, Wan Jamak Wan Hassan terpaksa meninggalkan Kedah setelah KFA membuat keputusan memilih Mario Tot dari Croatia sebagai jurulatih baharu skuad Kenari. Menurut Mahdzir, Azizan perlu mengembalikan keyakinan penyokong setia Kedah kepada KFA kerana bola sepak ada- lah minat utama rakyat negeri itu. "Kalau Azizan tak mampu jaga KFA, dia boleh bagi pada orang lain dan dia boleh ubah perlembagaan KFA. "Yang penting sekarang bola, bukan KFA dan kita perlu mengembalikan sinar bola sepak Kedah," tambahnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan