Harian Metro: Arena |
Posted: 17 Oct 2012 05:04 PM PDT WARSAW: Poland bangkit pada babak kedua untuk memberi tekanan dan memaksa pendahulu Kumpulan H, England berpuas hati dengan keputusan 1-1, pada pertemuan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014, di Stadium Kazimieriz Gorski, awal pagi tadi. England yang kini mengumpul lapan mata hasil daripada perlawanan itu memperoleh gol pembukaan menerusi Wayne Rooney pada minit ke-31, menerusi tandukan selepas menerima hantaran lintang sepakan sudut Steven Gerrard. Bagaimanapun, pertemuan babak kedua melihat Poland yang kini mengumpul lima mata dan menduduki tangga ketiga kumpulan terus memberi tekanan kepada England yang tampak goyah. Berikutan itu, tuan rumah akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi tandukan Kamil Glik pada minit ke-70, hasil sepakan sudut.
ENGLAND: Joe Hart, Ashley Cole, Phil Jagielka, Joleon Lescott, Glen Johnson, Michael Carrick, Tom Cleverley, Steven Gerrard, James Milner, Wayne Rooney (Alex Oxlade-Chamberlain), Jermain Defoe (Danny Welbeck) PENGADIL: Gianluca Rocchi (Itali) POLAND 1 (Glik '70) ENGLAND 1 (Rooney '31) Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18 |
Posted: 17 Oct 2012 03:38 PM PDT PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyifatkan kemenangan skuad negara mengatasi Hong Kong 3-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa, malam kelmarin adalah keputusan yang sememangnya dinantikan. "Ia satu kemenangan yang ditunggu selepas beberapa keputusan (perlawanan persahabatan) yang kurang meyakinkan kita sebagai juara bertahan Piala AFF.
Skuad negara menamatkan kerisauan banyak pihak dengan kemenangan bergaya di Stadium Mongkok itu selepas kekalahan kepada Vietnam menimbulkan tanda tanya mengenai tahap persediaan skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu menjelang misi getir mempertahankan kejuaraan.
"Ini bukan peraturan FAM, tapi 'law of the game' (peraturan permainan)," katanya petang semalam yang turut mengesahkan masih belum menerima surat rayuan terbabit.
Sementara itu kes membabitkan penggantungan Peter James Butler akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM hari ini dengan wakil Terengganu dipanggil bagi memberikan penjelasan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan