Berita Harian: Sukan |
Posted: 10 Nov 2012 08:59 PM PST Shabery yakin Harimau bangkit pertahan Piala AFF Suzuki Kemaman: Sokongan penuh harus diberi kepada skuad kebangsaan dan pengendalinya, Datuk K Rajagobal menjelang kempen mempertahankan Piala AFF Suzuki yang bermula dua minggu lagi di ibu negara. Pada peringkat ini, kita perlu bersatu memberi sokongan kepada skuad kebangsaan," Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Rajagobal yang menjadi pencetus kepada dua kejayaan sebelum ini, Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010 masih dianggap taruhan terbaik dalam misi mempertahan kejuaraan dan Shabery menyeru sokongan padu seluruh negara diberikan kepadanya. "Kekalahan ini hanyalah pada perlawanan persahabatan," kata Ahmad Shabery ketika diminta mengulas kekalahan 2-0 Malaysia di tangan Thailand di Bangkok Rabu lalu. "Saya yakin menjelang kejohanan sebenar nanti skuad kebangsaan akan bangkit mempertahankan kejuaraan. Beliau juga meminta persatuan bola sepak negeri tidak mengabaikan pembangunan pemain muda dalam keghairahan membeli pemain tersohor untuk membarisi pasukan. "Mengambil pemain tersohor dunia (seperti yang dilakukan persatuan bola sepak negeri sekarang) tidaklah asing sebab dalam liga besar di England dan Sepanyol juga lakukan perkara sama," katanya mengulas senario persatuan bola sepak negeri yang kini rancak membeli pemain bagi menghadapi saingan liga musim depan. |
14 ahli gabungan PABM dibidas tak faham peraturan Posted: 10 Nov 2012 12:35 PM PST Tidak faham peraturan! Itu reaksi Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Zafarul Akhbar Kassim berkaitan desakan 14 ahli gabungan badan induk itu mahukan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan berikutan kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) seperti ditetapkan. Zafarul yang ketika ini berada di Myanmar berkata, tempoh untuk PABM mengadakan mesyuarat dwitahunan itu bagi memilih kepimpinan baru adalah sehingga 31 Disember ini. Sebenarnya tak ada masalah sebab tempoh penggal yang belum habis dan bagi yang tak puas hati, sila ikut peraturan sedia ada," Zafarul Akhbar Kassim, Presiden PABM "Sebenarnya tidak ada masalah sebab tempoh penggal yang belum habis dan bagi yang tidak puas hati, sila ikut peraturan sedia ada," kata Zafarul yang akan membuat sidang media bagi menjelaskan situasi sebenar, Selasa ini. Kelmarin, Penolong Setiausaha Kehormat PARM, Ahmad Janius Abdullah yang dikatakan mewakili 14 ahli gabungan dilapor menyerahkan petisyen kepada Timbalan Pesuruhjaya Sukan, Rohatul Akmar Abdullah bagi meminta EGM diadakan kerana khuatir perancangan diatur persatuan untuk tahun depan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. "Kita perlu cari masa sesuai, dua bulan ini masih ada kejohanan perlu dijalankan namun ia tidak menggugat untuk menjalankan AGM," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan