Berita Harian: Sukan |
Posted: 05 Nov 2012 05:05 PM PST Skuad Harimau hilang tiga pertahanan temu Thailand esok Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal terus mempertahankan pendiriannya menguji pemain hingga ke saat akhir dalam persiapan menjelang kempen mempertahankan mahkota Piala AFF Suzuki. Faktor menguji pemain dan menyembunyikan kemampuan sebenar pasukan dilihat sebagai penyelamat reputasi Rajagobal yang sepanjang tempoh persiapan tahun ini, skuad kebangsaan kendaliannya tampak kurang meyakinkan untuk meraih kejayaan pada kejuaraan yang bermula pada 25 November ini. "Dari awal lagi saya katakan ia penting (mencuba pemain berbeza) tetapi anda kata saya uji pemain," kata Rajagobal yang dalam persiapan bertemu Thailand dalam perlawanan persahabatan kedua terakhir di Bangkok, esok. Ramai pemain kualiti Pada sesi latihan semalam, tiga pemain berkenaan tidak berlatih bersama pasukan akibat kecederaan. Berbeza dengan situasi dua tahun lalu di mana Harimau Malaya tidak diberikan harapan tinggi untuk menamatkan kemarau kejuaraan, terutama dengan kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan, Rajagobal kali ini disokong lambakan pemain berkualiti negara. Kekalahan terbaru, 1-0 di tangan Vietnam - pasukan yang menjadi mangsa skuad kebangsaan pada peringkat separuh akhir edisi dua tahun lalu - menimbulkan kerisauan di kalangan peminat terutama apabila Rajagobal turun dengan skuad terbaiknya di Hanoi Sabtu lalu. |
PBSNT, Butler cari jalan damai Posted: 05 Nov 2012 05:04 PM PST Kuala Terengganu: Adakah Peter Butler akan kekal sebagai ketua jurulatih Terengganu atau menjadi ketua jurulatih T-Team musim depan? Persoalan itu mungkin terjawab sekembalinya jurulatih berbangsa Inggeris berusia 46 tahun itu ke Kuala Terengganu hari ini selepas menghabiskan cuti tiga minggu bersama keluarga di Manchester, England. Menurut sumber T-Team, arahan sudah dikeluarkan ketua pegawai eksekutif yang baru dilantik, Abdul Rasid Jusoh supaya wakil pasukan itu menjemput Butler di Lapangan Terbang Sultan Mahmud hari ini. Ada tanda penyelesaian Sebaik saja mendarat di lapangan terbang, jurulatih itu perlu dibawa ke pejabat PBSNT di Wisma Amar di Kuala Terengganu untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi persatuan itu. "Nampak ada usaha ke arah mahu menyelesaikan masalah Butler dengan PBSNT secepat mungkin. Kami diarahkan menjemput jurulatih itu dan tanpa melengahkan masa membawanya terus ke pejabat persatuan berkenaan. Namun, kemunculan jurulatih Kuala Lumpur, Razif Ismail di Kuala Terengganu kelmarin yang mana dia turut berada di padang ketika ujian pemilihan pemain baru yang berminat untuk menyarung jersi T-Team musim depan menimbulkan persoalan. Razif sah hadir "Ada yang mengatakan Razif cuma akan dilantik sebagai penolong jurulatih, namun buat masa ini belum ada apa-apa kenyataan daripada pengurusan tertinggi pasukan," katanya. Sementara itu, ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam, Razif mengesahkan hadir pada ujian pemilihan pemain baru, kelmarin. "Saya berada dua hari di Kuala Terengganu. Saya dijemput ke sana untuk berbincang dengan pengurusan T-Team. "Oleh kerana T-Team di bawah pengurusan baru, belum ada kata putus dibuat dan saya percaya semuanya akan diketahui dalam masa terdekat ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan