Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


BAM tetap tagih kudrat Joo-bong

Posted:

BAM tetap tagih kudrat Joo-bong

BAM tetap tagih kudrat Joo-bong

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

IMBAS KEMBALI... Joo-bong (kanan) berkata sesuatu kepada Tan Kim Her ketika mengendalikan sesi latihan skuad badminton negara di Kuala Lumpur pada Mei 2001


PERSOALAN sama ada bekas jurulatih beregu negara, Park Joo-bong untuk mengisi jawatan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih mencetuskan teka- teki.

Ini kerana bekas jaguh badminton Korea Selatan berusia 47 tahun itu masih belum memberikan sebarang jawapan mengenai tawaran daripada BAM.

Difahamkan, majikannya sekarang - Persatuan Badminton Jepun (JBA) - masih memerlukan khidmat Joo-bong memandangkan sumbangan yang diberikannya dalam pembangunan sukan badminton di negara Matahari Terbit itu.

Begitupun, Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh tetap tegas dengan pendirian badan induk itu yang masih mengharapkan Joo- bong kembali berkhidmat untuk Malaysia.

"Kami tetap dengan keputusan sebelum ini. Kami mahukan Joo-bong untuk mengisi jawatan tersebut kerana kami telah penuhi segala permintaannya.

"Sama ada dia bersetuju atau tidak, kita pun masih belum tahu tetapi kita mengharapkan jawapan yang positif daripadanya.

"Saya pun masih belum tahu perkembangan terkini (Joo-bong) tetapi saya percaya JBA juga akan 'melawan' balik (tawaran kami) dengan terma-terma yang lebih baik," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa BAM di Kuala Lumpur semalam.

Ketika ditanya sama ada BAM mempunyai calon alternatif sekiranya Joo- bong menolak tawaran tersebut, Nadzmi berkata: "Pada waktu ini, kita memang tidak ada. Park Joo-bong antara calon yang sesuai kerana kami mengenali dia.

"Kami juga tahu keupayaan dan rekodnya serta perkembangan terbaharu dia yang banyak membantu mempertingkatkan skuad badminton Jepun, sebab itu kami pasti dengan keputusan (memilih Joo-bong)."

Sementara itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata, beliau dan Nadzmi mungkin akan bertemu Joo- bong untuk membincangkan tawaran tersebut ketika berlangsungnya Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong pada 20 hingga 25 November ini.

"Buat masa ini, kami hanya berbalas e-mel, jadi ia bergantung kepadanya (Joo-bong) sama ada dia bersedia untuk berjumpa dengan kami.

"Datuk Seri (Nadzmi) juga akan berada di Hong Kong, jadi kalau Joo-bong bersedia untuk berjumpa, kami akan pergi bertemu dia nanti," ujar Kenny.

KAFA belum jawab surat PBNJ

Posted:

KAFA belum jawab surat PBNJ

KAFA belum jawab surat PBNJ

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

"JAWAB dulu surat kami."Demikian reaksi Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim ketika mengulas kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang meminta Johor menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha.

Menurut Suhairi, pihaknya telah menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi skuad The Red Warriors itu yang lebih dikenali sebagai Mat Yo dengan menghantar dua pucuk surat kepada KAFA sebelum ini.

"Surat pertama yang diserahkan kepada KAFA berupa surat pertanyaan mengenai kontrak Norshahrul manakala surat kedua pula merupakan surat tawaran untuk mendapatkan pemain itu," jelas Suhairi kepada Kosmo! Ahad semalam.

Jelas Suhairi, surat pertama sudah dijawab oleh KAFA, namun sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang jawapan berhubung surat kedua yang diserahkan.

"Bagaimana hendak berbincang lebih lanjut kalau surat kami masih belum dijawab, malah saya difahamkan, Mat Yo juga telah menyerahkan surat kepada KAFA untuk dilepaskan kepada pasukan Johor tetapi turut tidak mendapat balasan.

"Saya tidak tahu dari mana datangnya pandangan yang mengatakan kami tidak bersungguh untuk mendapatkan Mat Yo. Semua yang kami lakukan mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, Annuar mendesak agar Johor perlu menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan khidmat Mat Yo.

Katanya, PBNJ perlu mengambil tindakan memandangkan mereka yang ingin mendapatkan khidmat Mat Yo daripada KAFA.

Annuar juga menyebut, Mat Yo tidak pernah bertindak untuk menebus kontraknya bersama KAFA yang masih berbaki setahun manakala sebarang kenyataan hanya dilakukan melalui akhbar.

Dalam pada itu, Suhairi berkata, di sebalik kontroversi yang timbul, Johor masih tetap berminat untuk melihat Mat Yo menyarung jersi Johor musim depan.

"Sudah tentu kami inginkan barisan pemain terbaik buat pasukan Johor tahun depan dan Mat Yo merupakan pemain yang menjadi idaman banyak pasukan," katanya.

Wilshere bosan tanpa trofi liga

Posted:

Wilshere bosan tanpa trofi liga

Wilshere bosan tanpa trofi liga


WILSHERE (kanan) menganggap Arsenal sudah terkeluar daripada perebutan gelaran Liga Perdana England musim ini.


LONDON - Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere menegaskan bahawa dia semakin terdesak memenangi trofi.

Wilshere berkata, menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik pada kempen Liga Perdana England tidak mencukupi.

Pemain berusia 20 tahun itu menyuarakan kekecewaan tersebut selepas pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap sasaran melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara adalah satu kejayaan yang besar buat skuad The Gunners.

"Kami tahu betapa terdesaknya para peminat untuk melihat kami menjulang trofi dan percayalah, pemain-pemain juga idamkan sesuatu kejayaan.

"Apabila kami merenung kembali karier kami, kami tidak akan berpuas hati sekiranya kami sekadar menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik setiap tahun.

"Kami akan bertanya apakah yang telah kami menangi? Sebab itu kami mahu melakukannya.

"Sasaran kami setiap musim adalah untuk memenangi gelaran Liga Perdana England. Kami tidak akan menyertai Arsenal sekiranya kami tidak mahu memenangi trofi."

Bagaimanapun, Wilshere mengakui Arsenal sudah terkeluar daripada perebutan gelaran liga musim ini selepas kelab yang berpangkalan di London itu ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester United.

"Kami berada di posisi di mana kami memerlukan keajaiban untuk melakukannya. Kami tahu apa yang kami perlu lakukan, kami tidak boleh kehilangan mata lagi.

"Kami perlu fokus pada setiap perlawanan, kami perlu mengutip tiga mata penuh dan hadapi semua perlawanan seperti beraksi pada final. Kami tidak boleh mengalami kekalahan."

Sementara itu, Wilshere berkata, Roy Hodgson membuat keputusan terburu-buru untuk menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan England.

Hodgson menyenaraikan Wilshere bagi aksi persahabatan menentang Sweden di Stockholm, Rabu depan selepas dia hanya beraksi sebanyak tiga kali bersama Arsenal setelah direhatkan selama 17 bulan ekoran masalah kecederaan.

Wilshere turut mengakui yang teka-teki mengenai kedudukannya dalam skuad kebangsaan telah terjawab sebaik sahaja mengetahui percaturan pengurus England. - Reuters

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan