Utusan Online - Sukan |
Posted: 27 Jun 2013 12:02 PM PDT Oleh AZIZI MAJID SEORANG wanita pengsan akibat berasak-asak untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Larkin, Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU - Penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam kecoh apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) berasak-asak sehingga menyebabkan seorang wanita cedera akibat dirempuh. Kira-kira 3,000 penyokong mula membanjiri pekarangan stadium tersebut, termasuk ada yang sanggup tidur di hadapan kaunter jualan seawal pukul 12 tengah malam bagi mendapatkan tiket berkenaan. Bagaimanapun, terdapat juga penyokong yang pulang dengan tangan kosong apabila tiket habis dijual apabila kaunter mula dibuka pukul 8.20 pagi. Atas beberapa sebab, kaunter jualan terpaksa ditutup beberapa kali ekoran kesesakan di hadapan empat kaunter yang dibuka selain jumlah tiket yang dikatakan tidak mencukupi. Seorang penyokong, Nazarudin Samsudin, 44, berkata, dia yang berasal dari Pontian tiba di stadium pukul 12.30 tengah malam semata-mata untuk memastikan dapat membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir antara JDT dan Kelantan, esok. "Saya sangka sayalah orang terawal yang tiba, tetapi sebaliknya apabila kira-kira 100 orang sudah berada di hadapan kaunter dan ada juga yang tidur di sini. "Nasib baik saya dapat membeli tiket kerana ramai juga yang datang pada waktu pagi tidak dapat beli tiket kerana ia sudah habis," katanya. Nasib berbeza dialami Mohd. Razli Mohamed, 19, dari Pasir Gudang yang terpaksa pulang dengan kosong apabila tiket yang dijual dua keping setiap seorang,kehabisan. "Saya masih fikir cara untuk mendapatkan tiket dan mungkin akan pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok (hari ini) untuk beli tiket di sana pula," katanya. |
Posted: 27 Jun 2013 12:02 PM PDT Oleh YATIMIN ABDULLAH Mohd. Faiz Subri KOTA BHARU - Pemain sayap lincah, Mohd. Faiz Subri mahu penampilan sulung di pentas final Piala FA, esok memberi tuah buat The Red Warriors mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu. Mohd. Faiz berkata, selain membantu Kelantan, dia turut mempunyai misi peribadi iaitu mendakap kejuaraan berprestij pertama dengan menjulang kejuaraan Piala FA. Sekiranya diberikan kepercayaan untuk beraksi pada perlawanan tersebut, penyerang berusia 23 tahun itu bertekad untuk menampilkan persembahan bertenaga bagi membantu pasukan meraih kemenangan. "Inilah peluang terbaik buat saya untuk mendapatkan trofi kejuaraan pertama buat diri saya sebagai pemain bola sepak profesional. "Selain itu, saya mahu membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih dengan membantu pasukan membawa pulang kejuaraan tersebut. "Beraksi buat kali pertama di pentas final pasti mengundang rasa gemuruh, namun saya telah membuat persiapan dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi situasi tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam. Tambahnya, sebagai pemain dia perlu bersedia sepenuhnya untuk menggalas harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan dan penyokong dengan bermain bermati-matian pada perlawanan tersebut. Pemain kelahiran Air Hitam, Kedah itu memilih untuk berhijrah daripada pasukan T-Team dengan menyertai The Red Warriors musim ini. Meskipun bertubuh kecil, bekas penjaring terbanyak T-Team itu telah meledakkan lima jaringan bersama The Red Warriors dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini. Larian deras, kemahiran individu yang tinggi serta gemar membuat rembatan dari luar kota penalti antara kelebihan pemain ini yang perlu diberikan oleh pihak lawan. Sehubungan dengan itu, Mohd Faiz berharap rakan-rakan sepasukan dapat mempamerkan semangat juang tinggi bertemu dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) nanti. Katanya, Johor DT bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk ditewaskan dan mereka memiliki ramai pemain berpengalaman. "Begitupun saya dan rakan-rakan sudah bersedia untuk perlawanan ini. Harapan saya, agar penyokong dapat terus berdiri teguh di belakang kami sepanjang perlawanan berlangsung," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan