Sindikasi sport.okezone.com

sumber :-

Sindikasi sport.okezone.com


Kobe Mengunjungi Neurolog

Posted: 03 Mar 2012 02:47 AM PST

LOS ANGELES – Guard Los Angeles Lakers Kobe Bryant mengunjungi seorang neurolog untuk memeriksa sakit leher yang dirasakannya sejak laga All Star pada pekan lalu.
 
Pemeriksaan pada Jumat (2/3) pagi kemarin ini merupakan tindakan pencegahan dari sakit yang lebih lanjut karena pada malam harinya Kobe akan bermain melawan Sacramento Kings di Staples Center.
 
Neurolog bernama dr. Vern Williams menyatakan kondisi leher Kobe baik-baik saja. Hal ini ditegaskan pula oleh pelatih Lakers Mike Brown, "dia baik-baik saja. Dia semakin membaik."
 
Sekalipun tengah patah tulang hidung dan dibayangi nyeri leher, hal tersebut tidak menghalangi Kobe untuk tetap tampil gemilang. Pemain berusia 33 tahun itu menjadi pengumpul angka terbanyak dengan 38 angka untuk membawa Lakers menang 115-107 atas Kings.
 
Dalam laga tersebut, Kobe juga masih mengenakan topeng penutup wajah untuk melindungi hidungnya yang patah akibat berbenturan dengan Dwyane Wade di laga All Star lalu.
 
Pada laga Rabu 29 Februari lalu, Kobe juga mengenakan topeng saat melawan Minnesota Timberwolves dan tampil luar biasa dengan mencetak 31 poin untuk membawa Lakers menang 104-85.
 
Kobe secara bercanda menyebut topeng tersebut seperti 'sauna di muka'. "Topengnya terasa baik-baik saja. Itu baik-baik saja di laga sebelumnya, dan kembali baik-baik saja pada malam ini," sebut Kobe.
(auz)

Murray Bertemu Federer di Final Dubai

Posted: 03 Mar 2012 01:22 AM PST

DUBAI – Roger Federer akan bertemu Andy Murray di Final ATP Dubai 2012. Federer mengalahkan Juan Martin Del Potro sementara Murray menundukkan petenis nomor satu dunia Novak Djokovic di semifinal.
 
Murray yang ditempatkan sebagai unggulan ketiga sukses mengempaskan juara ATP Dubai 2011 lalu Djokovic di semifinal pertama dengan skor 6-2 7-5 pada Jumat 2 Maret kemarin. Murray pun berhasil membalaskan dendamnya di semifinal Australian Open awal tahun ini.
 
Final Dubai ini sendiri merupakan final pertama bagi petenis asal Inggris tersebut. "Selalu hebat kapanpun kamu mengalahkan petenis No. 1 dunia. Saya hanya berusaha melakukan apa yang saya lakukan di Australia lalu," kata Murray seperti dikutip dari ESPN, Sabtu (3/3/2012).
 
Djokovic sendiri secara jantan mengakui keunggulan Murray. "Andy memainkan pertandingan yang hebat. Dia pemain yang lebih baik hari ini. Servis dia sangat baik," aku Djokovic.
 
Sementara itu, Federer mesti berjuang sangat keras untuk menghentikan perlawanan Del Potro. Federer menang dengan skor 7-6 (5) 7-6 (6). Federer pun berkesempatan meraih titel kelimanya di Dubai Terbuka.
(auz)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Sikap positif punca menang’

Posted: 02 Mar 2012 12:55 PM PST

Sukan

SYAHRUL (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan  di Stadium Yishun, malam tadi.

SYAHRUL (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan di Stadium Yishun, malam tadi.

Kim Swee bangga perwatakan pemain benam Tanjong Pagar United 3-0

SIKAP positif ditakrif sebagai punca utama yang membutirkan kemenangan kedua berturut-turut untuk skuad Harimau Muda yang membenam Tanjong Pagar United 3-0 dalam saingan Liga Singapura di Stadium Yishuni, malam tadi.

Ia disuarakan oleh ketua jurulatih, Ong Kim Swee yang gembira anak didiknya berjaya mencipta kemenangan kedua berturut selepas menewaskan Gombak United 2-0 dalam perlawanan pembukaan pada 9 Februari lalu.

"Pemain mempamerkan permainan cukup baik malam ini (malam tadi). Mereka jelas bangkit menebus kecewa selepas kalah kepada Jepun (kelayakan Olimpik) tempoh hari. "Setiap anak buah saya menunjukkan sikap positif walaupun diasak agak keras terutama pada separuh masa kedua tetapi pemain mengawal perasaan.

"Ini petanda baik. Mereka harus belajar dari sekarang kerana apabila kita mendahului, tentunya kita akan diasak dengan begitu keras. Jadi saya harap ini menjadi pengajaran berguna untuk dibawa ke perlawanan akan datang," kata Ong Kim Swee yang mengakui dia berpuas hati dengan kemenangan itu.

Skuad muda negara menguasai sepenuhnya babak pertama dan berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-14 apabila Syahrul Azwari Ibrahim merembat kencang dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Affize Faisal dari sebelah kanan.

Situasi bertambah selesa apabila menambah jaringan kedua pada minit ke-44 menerusi sepakan Gary Steven Robbat gara-gara penjaga gol lawan, Fajar Sarib gagal mendakap kemas hantaran lintang Fandi Othman.
Selepas rehat, Tanjong Pagar terpaksa beraksi dengan bekalan 10 pemain selepas Hafiz Osman dilayangkan kad merah pada minit ke-90 dan A Thamil Arasu menambah derita tuan rumah dengan gol ketiga menerusi sepakan penalti selepas Jonathan Xu mengasari Nazirul Naim.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wan bera

harimau muda akan sentiasa maju kehadapan

Zul Husni

Tahniah Harimau Muda

mohd fairuz

Tahniah harimau malaya...terus ngauman dikota singa...

Mahadir

JANGAN terlalu teruja..tahap permainan masih rendah apatah lagi jika bermain dgn pasukan luar negara kena buli mcm budak2

Muhd syafiq

Teruskan usaha lagi

Juraddu

Teruskan perjuangan anda,....ngauman malaya tetap menggerunkan.

rashidah

tahniah!! kpd psukan harimau mda..

kuda kepang

syabas, teruskan kecemerlangan & kembalikan kegemilangan era 70an. ingat, pasukan kita pernah sebaris dengan korea, jepun, iran dll.

din greece

Tahniah kpd hrimau muda krna mncatat kmenangan kedua berturut2 dgn mnewaskan TANJ0NG PAGAR UTD 3-0 smlm...Semoga dpt mneruskan kcemerlangan ini....Kekalkan smangat berpsukan n tidak mmandang rendah kmampuan pihak lwn,adalah tonik terbaik utk mnewaskan lwn...TAHNIAH.....

siti sarah zainul

alhamdulillah .. player msia mmg trbaek .. alway;s support korang , x kire mng or klh .. korang sume the best for msia .. :) .. I LOVE U HARIMAU MUDA ,

abdhalimabdrazak

terbaik dari harimau muda..teruskan mengaum dipulau singa..

mohd khushaini bin abd rahman

sebenarnya pemain2 kita mampu pergi jauh dalam arena bola sepak..cuma perlu kuatkan mental dan latihan yang tinggi..

Md Hisham bin Abd Razak

Teruskan positif. Buang masa berfikiran negatif.

Azri

Teruskan Usaha Harimau Muda!!!

Lee Madian

cardiff city.apa yg di banggakan dgn nma tersebut.sy tk bangga nma malaysia dibelakang cardiff city kerana seorang pun rakyat malaysia tk tersenarai dlm tim tersebut.kata cardiff city nk membantu malaysia.apa yg di bantu?klau bantu letak nma malaysia kt belakang baju,baik tk payah.buang masa.

Lee Madian

pemain malaysia boleh maju dlm bola sepak,tp satu perkara pemain malaysia tk berubah dari dulu sampailah sekarang ialah suka menghantar bola tinggi.cth;kita tengok jepun apabila bermain,dia org kerap hantar bola bawah dan laju.jadi kenapa pemain malaysia tk boleh mencontohi pemain jepun.klau mcm tu corak yg dipamerkan malaysia tk akan maju sampai bila2.sy berpuas hati tentang pemain malaysia ialah fizikal sahaja.sy sebagai peminat bola sepak,tolonglah ubah cara permainan anda.


Mamat bukti Malaysia boleh

Posted: 02 Mar 2012 12:50 PM PST

Sukan

HARRIF meraikan kejayaan tempat kedua perlumbaan Peringkat Ke-8  LTdL dari Pekan ke Chukai, semalam.

HARRIF meraikan kejayaan tempat kedua perlumbaan Peringkat Ke-8 LTdL dari Pekan ke Chukai, semalam.

MOHD Harrif Salleh tampak menemui 'semangat luar biasa' apabila kembali ke negeri asalnya, Terengganu, untuk mencatat keputusan terbaik apabila meraih tempat kedua, perlumbaan Peringkat Ke-8 Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berakhir di Chukai, semalam.

Di hadapan 10,000 penonton yang mengharapkan dia dapat membuat kejutan melakar kemenangan, Harrif berjaya mengikuti rentak kayuhan pakar pecut, Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini dari jarak 200 meter menuju penamat, namun gagal mengatasi kehebatan pelumba Itali yang terlebih dahulu mencecah garisan penamat.

"Semangat ini memang berbeza apa lagi bila saya sudah nampak pintu gerbang sempadan negeri Terengganu tadi. Saya memang sudah berazam, apa pun saya mesti kalahkan pelumba 'mat salleh' yang lain sebab mahu buktikan pelumba Malaysia juga mampu beri saingan. "Memang susah untuk saya mendapatkan kedudukan di belakang Guardini sebelum pecutan itu sebab ramai pelumba lain juga mahu mendapatkan tempat tetapi abang saya (Mohd Zamri Salleh) banyak membantu saya," kata pelumba berusia 24 tahun itu yang dikenali dengan panggilan Mamat.

Sementara itu, pakar pecut Itali, Guardini merakam kejayaan kesembilan di LTdL - sekali gus menyamai rekod kemenangan terbanyak dimenangi Graeme Brown dari Australia.

Dengan memenangi lima peringkat perlumbaan pada LTdL tahun lalu, Guardini melengkapkan kemenangan keempat, semalam dalam saingan yang terjejas dengan cuaca buruk dan hujan hingga ke garisan penamat.

Guardini, 23, tidak menghadapi masalah untuk mengatasi Mohd Harrif yang mewakili Terengganu Cycling Team dan Jacobe Keough (United Healthcare), ketiga-tiga pelumba berkenaan merakamkan 2 jam 13 minit 27 saat.
"Saya gembira dapat melakar empat kemenangan daripada empat penamat pecutan pada LTdL kali ini. Esok (hari ini), saya akan cuba melakukannya sekali lagi tetapi saya jangka saingan sengit daripada pasukan United Healthcare," kata raja pecut tahun lalu itu.

Seperti semalam, perlumbaan Peringkat Ke-9, hari ini bersambung dari Kemasik ke Kuala Terengganu sejauh 165.7km bakal dikuasai pelumba pecut yang akan menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Republika Online

sumber :-

Republika Online


Mourinho Kemungkinan Latih Inggris

Posted: 03 Mar 2012 12:51 AM PST

REPUBLIKA.CO.ID, Pasca Mundurnya Fabio Capello, Asosiasi Sepakbola Inggris (FA) belum meutuskan nama manajer The Three Lion. Menurut sumber-sumber di luar panitia seleksi, FA sedang mempertimbangkan bos Real Madrid Mourinho untuk pekerjaan tersebut. Sebab ada isyarat yang menandakan mantan manajer Chelsea ini akan berhenti dari Real Madrid akhir musim ini dan berniat pindah ke London.

Panitia seleksi terdiri dari empat orang termasuk sekretaris umum Alex Horne, ketua David Bernstein, direktur England Club Adrian Bevington, dan direktur pengembangan sepakbola FA Sir Trevor Brooking.

Selain nama Mourinho, beberapa nama lainnya memiliki kesempatan sama namun selalu akan terjadi FA akan memilih orang Inggris. Sehingga memunculkan nama Redknapp yang hingga saat ini masih menjadi pilihan kuat.

Nama manajer West Brom Roy Hodgson juga ada dalam daftar nama pelatih Inggris. Hodgson dengan pengamalan menangani karir internasional luas juga di pertimbangkan sebagai calon yang cukup aman untuk memegang jabatan pelatih timnas.

Inggris Tanpa Pelatih Hingga Akhir Musim

Posted: 03 Mar 2012 12:47 AM PST

REPUBLIKA.CO.ID, LONDON -- Asosiasi Sepakbola Inggris (FA) memberitahukan manajer timnas Inggris yang baru tidak akan diumumkan sebelum akhir musim berakhir.

Timnas Inggris tanpa menajer sejak pengunduran mengejutkan Fabio Capello pada 8 Februari lalu. Kemudian Manajer Inggris U-21 Stuart Pearce diangkat sebagai manajer sementara. Pearce yang kini menjadi pelatih sementara mengatakan senang jika bisa menangani timnas untuk Euro 2012.

"Kami memiliki daftar. Panjang, pendek pastinya ada daftar nama. Bagi kami keputusan menunggu akhir musim," ujar sekretaris umum FA Alex Horne dilansir dari laman ESPNsoccernet, Jumat (2/3).

Banysknya manajer dalam daftar yang bekerja untuk musim ini, menjadi alasan FA tidak ingin mengganggu siapa pun. Selain itu Alex menegaskan keadaan tidak sedang memburunya saat ini, sehingga FA bisa mengambil keputusan hingga menunggu musim usai.

Mengenai waktu yang terlalu dekat, Horne mengatakan tidak akan menghadapi masalah berarti dengan menunjuk posisi manajer hanya beberapa pekan sebelum dimulainya Euro 2012 pada Juni mendatang. "Hal itu sangat realistis. Kami punya semua rencana operasional yang sesuai, kami dapat mengirimkan tim ke Polandia sehingga amat sangat mungkin," kata Horne.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Tindakan mereka tidak beretika’

Posted: 02 Mar 2012 08:40 AM PST

TINDAKAN tiga atlet olahraga negara iaitu Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamed dan Yee Yi Ling yang mengaku menggunakan sampel air kencing individu lain ketika diminta hadir menjalani ujian perubatan (medical test) pada 24 Mei tahun lalu, mengundang rasa kesal Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.

Sambil menganggap tindakan itu tidak beretika, Ramlan yang sememangnya cukup arif dengan dunia perubatan sukan berkata, tindakan ketiga-tiga atlet itu seperti yang terkandung dalam "Laporan hasil siasatan terhadap enam atlet yang menghilangkan diri apabila diminta menjalani ujian anti-doping di ISN' seperti dilaporkan Arena Metro kelmarin, hanya merugikan mereka. "Jika benar apa yang didakwa, atlet terbabit menanggung kerugian cukup besar kerana tujuan ujian air kencing adalah untuk mengenal pasti tahap kesihatan atlet, contohnya sama ada mempunyai kandungan gula yang berlebihan dan sebagainya.


"Pada masa sama, dakwaan ini menunjukkan betapa rosaknya integriti di kalangan jurulatih di negara ini.

"Apapun, tentu sekali bukan saya saja, malah seluruh warga ISN berasa amat hampa dengan tindakan mereka kerana 'kerja' itu seolah-olah memperkecilkan usaha kami untuk menjaga dan meningkatkan prestasi atlet.


"Saya serta semua warga ISN berusaha bantu mereka, tetapi mereka seperti mensia-siakan peluang yang diberikan," katanya dengan nada kesal.


Jelas Ramlan, sebagai seorang atlet, mereka perlu menjaga integriti dan tidak perlu mendengar nasihat orang lain jika arahan yang diberikan itu tidak betul atau menyalahi undang-undang.

Menerusi keterangan tiga atlet itu dalam laporan itu, mereka menerima arahan daripada jurulatih Harun Rasheed untuk membawa sampel air kencing individu lain sehari sebelum diminta hadir ke ISN untuk menjalani ujian perubatan pada 24 Mei - prosedur biasa bagi atlet yang akan menjalani latihan di luar negara.


Selesai menjalani ujian, semua enam atlet diminta ISN menjalani ujian anti-doping yang menyaksikan mereka gagal menjalani ujian itu pada hari ditetapkan sekali gus mencetuskan kontroversi ketika itu, sebelum tiga daripadanya iaitu Siti Fatimah, Siti Zubaidah dan Yi Ling hadir pada keesokan harinya untuk melakukan ujian anti-doping di ISN.

Sampel air kencing untuk ujian perubatan dengan ujian anti-doping adalah dua perkara berbeza.


Sementara itu, Ramlan menambah, pihaknya tidak pernah berdiam diri sebaliknya akan memantau perkembangan isu itu yang dikendalikan sebuah jawatankuasa di KOM.


"Apa yang boleh saya katakan ialah, semua pihak perlu akur dan patuh kepada undang-undang yang ditetapkan kerana pada akhirnya, mereka juga yang akan rugi jika melanggar peraturan," katanya.



Tuah T-Team

Posted: 02 Mar 2012 08:31 AM PST

T-TEAM terpaksa menanti jaringan Mohd Faiz Subri pada babak kedua untuk meraih kemenangan tipis, 1-0 walaupun dihidangkan sekurang-kurangnya lima peluang untuk menggegar gawang Sarawak dalam babak pertama saingan Liga Super yang kembali bersambung selepas berehat dua minggu.

Skuad kendalian Yunus Alif itu beraksi dengan baik dalam aksi kesembilan liga apabila menguasai sebahagian besar perlawanan pada babak pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.


Hanya kecekapan penjaga gol Sarawak, Sani Anuar Kamsani menafikan peluang T-Team untuk meledak gol dalam tempoh 45 minit pertama termasuk dua percubaan Mohd Faiz Subri.

Sejurus babak kedua, pasukan pelawat yang dikendali Roberts Alberts cuba mengimbangi corak permainan lawan dengan mengatur beberapa serangan namun masih belum mampu menggegar gawang T-Team yang dikawal Syamsuri Mustafa. T-Team sebaliknya meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-67 apabila Faiz melepaskan rembatan kencang di luar kotak penalti untuk menerjah jaring sebelum sekali lagi mendapat peluang tiga minit kemudian, namun ditepis keluar Sani Anuar.


Bagaimanapun Sarawak berpeluang membawa pulang satu mata namun rembatan kencang pemain gantian, Zamri Morshidi pada minit ke-89 dihalang Syamsuri bagi memastikan tiga mata kekal menjadi milik tuan rumah.


"Saya gembira kami berjaya memungut tiga mata walaupun banyak mensia-siakan peluang. Saya akui Faiz memang memainkan peranan penting apabila diletakkan kembali ke posisi asal iaitu bahagian sayap kiri selepas pada awalnya dikekang lawan apabila diletakkan sebagai penyerang utama," kata Yunus.

Keputusan ini membolehkan T-Team mencatatkan kemenangan kelima untuk melonjak ke tangga kedua di belakang Kelantan dengan mengumpul 16 mata manakala Sarawak kekal di tangga kelapan liga berbekalkan 11 mata.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harrif 'mengamuk' di Chukai

Posted:

Harrif 'mengamuk' di Chukai

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Pelumba pasukan Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini (kanan) mengerah seluruh kudratnya untuk menyaingi pelumba Terengganu Cycling Team, Mohd. Harrif Salleh ketika menghampiri garisan penamat perlumbaan peringkat kelapan Le Tour de Langkawi 2012 dari Pekan ke Chukai, Terengganu, semalam. - BERNAMA


KEMAMAN - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Salleh menceriakan penyokong tempatan apabila muncul tempat kedua peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 dari Pekan ke Chukai, semalam.

Lebih manis hampir 10,000 rakyat negeri Terengganu menanti untuk menyambutnya di garisan penamat dengan mengharapkan pelumba kesayangan mereka itu berjaya muncul juara pada perlumbaan sejauh 100.8 kilometer itu.

Bagaimanapun, mereka tetap gembira apabila melihat pelumba berusia 24 tahun itu berjaya meloloskan diri daripada 119 pelumba untuk meraih tempat kedua di belakang pelumba Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini yang lebih dahulu mencecah garisan penamat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Buru tiket Eropah

Posted:

Buru tiket Eropah

LIVERPOOL - Juara Piala Liga, Liverpool dan Arsenal yang masih segar dengan kejayaan menakjubkan ketika mengatasi Tottenham Hostpur 5-2 baru-baru ini berhasrat mahu meneruskan rentak gemilang apabila kedua-dua pasukan bertembung di Anfield, malam ini.

Menamatkan kemarau kejuaraan enam tahun, Liverpool pasti mahu mengalahkan Arsenal bagi membuktikan kejayaan mengalahkan Cardiff melalui sepakan penalti pada aksi akhir Piala Liga bukan sekadar nasib.

Gunners pula yang kini berada di kedudukan keempat iaitu slot terakhir ke Liga Juara-Juara pasti mahu mengambil kesempatan dalam perlawanan ini bagi menjarakkan kedudukan dengan Liverpool dan pencabar-pencabar lain seperti Chelsea dan Newcastle.

Jika Arsenal mampu muncul pemenang pada perlawanan itu, Gunners berpeluang memberikan tekanan kepada Tottenham yang kini berkelebihan tujuh mata sebelum turun menentang Manchester United pada Ahad tengah malam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Republika Online

sumber :-

Republika Online


Simon Melangkah ke Semifinal Jerman Terbuka

Posted: 02 Mar 2012 03:12 PM PST

REPUBLIKA.CO.ID,  JAKARTA -- Pebulu tangkis peringkat 11 dunia Simon Santoso mencapai semifinal pertamanya tahun 2012 setelah menundukkan Shon Wan Ho dari Korea pada perempat final Jerman Terbuka Grand Prix Gold, Sabtu dinihari WIB.

Simon yang menjadi unggulan kelima pada turnamen berhadiah total 125.000 dolar AS itu, meraih kemenangan atas Shon dengan skor ketat 19-21, 21-19, 23-21 dalam waktu satu jam 19 menit.

Selanjutnya pada babak empat besar, Simon akan melawan pemain Denmark unggulan keenam Jan O Jorgensen yang menang dua game langsung 21-17, 21-11 atas unggulan 13 asal Hong Kong Wong Wing Ki.

"Jan adalah pemain yang ulet, sehingga saya pikir besok tidak gampang untuk mengalahkan dia. Melawan dia harus sabar," ujar Simon mengomentari calon lawannya pada semifinal.

Menurut catatan Federasi Bulu Tangkis Dunia (BWF), Simon memenangi kedua pertemuan sebelumnya dengan Jan yang seluruhnya terjadi pada 2009. Tunggal putra asal Indonesia lainnya, Tommy Sugiarto juga meraih tempat pada babak empat besar setelah menyisihkan pemain asal Finlandia Ville Lang 21-14, 21-14.

Tommy akan menghadapi pertarungan berat di semifinal melawan unggulan teratas Lin Dan, setelah pemain China itu menang atas unggulan 10 Hans Kristian Vittinghus 21-19, 23-21 pada babak delapan besar.

Sementara itu, langkah pemain tunggal putri Linda Wenifanetri terhenti di perempat final setelah dikalahkan pemain Singapura Gu Juan 17-21, 19-21. "Linda tidak bermain dengan temponya sendiri melainkan mengikuti tempo permainan lawan. Terlalu banyak bola yang gampang mati sendiri," kata pelatih tunggal putri Wong Tat Meng usai pertandingan.

Namun, Wong menyebutkan kecepatan dan refleksnya yang lemah adalah kelemahan yang paling tampak dalam pertandingan tersebut. Kegagalan juga diderita ganda campuran Muhammad Rijal-Debby Susanto yang tidak mampu mengatasi permainan unggulan kedua Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam sehingga kalah.

Diprotes, Petinju Putri tidak Wajib Pakai Rok

Posted: 02 Mar 2012 08:33 AM PST

REPUBLIKA.CO.ID, LAUSANNE---Petinju-petinju putri tidak akan dipaksa untuk mengenakan rok, ketika olahraga tersebut memulai debutnya di Olimpiade di London pada tahun ini.

Asosiasi Tinju Internasional (AIBA) menghadapi kritik keras dari para petinju putri, mengenai proposal yang mewajibkan mereka mengenakan rok, untuk membedakan mereka dari petinju-petinju putra.

Namun terdapat perubahan pada peraturan kompetisi dan teknis, yang dicantumkan pada situs mereka bahwa organisasi tersebut mengatakan bahwa petinju putri dapat mengenakan celana pendek atau rok, tergantung keinginan sang petinju.

"Untuk semua ajang yang disetujui AIBA, petinju-petinju putri harus mengenakan rompi berwarna biru atau merah dan dapat memilih mau mengenakan celana pendek atau rok yang sesuai dengan sang petinju, tergantung alokasi sudut masing-masing, yang akan menjadi tanggung jawab mereka sendiri," demikian disebutkan pedoman yang baru.

"Garis pinggang dari masing-masing celana pendek atau rok harus dengan jelas berwarna kontras dan menggunakan ikat pinggang elastis sebesar 6-10 cm (garis pinggang merupakan garis imajinatif dari pusar sampai di atas panggul)," tambahnya.

Perubahan tersebut, yang mulai berlaku pada akhir bulan ini, mengikuti beberapa rekomendasi dari beberapa federasi tinju nasional dan kubu petinju sendiri, kata presiden AIBA, Wu Ching-Kuo, yang menegaskan bahwa pihaknya sama sekali tidak pernah merencanakan kewajiban mengenakan rok. "Komisi teknik dan peraturan kami telah melakukan beberapa diskusi. Beberapa wanita ingin mengenakan celana pendek, dan beberapa yang lain ingin mengenakan rok. Maka, keputusan yang kami ambil adalah opsional," ucapnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sindikasi bola.okezone.com

sumber :-

Sindikasi bola.okezone.com


Agen: Xavi, One Man Club

Posted: 02 Mar 2012 01:10 PM PST

BARCELONA – Kabar tentang ketertarikan Paris Saint-Germain terhadap Atacando (playmaker) Barcelona, Xavi Hernández, membuat situasi sedikit menghangat. Sang agen pun buru-buru menjernihkan suasana bahwa Xavi takkan kemana-mana.
 
Ya, agen yang mewakili Xavi, Ivan Corretja, membuat klarifikasi tentang masa depan Xavi. Pernyataannya mendeskripsikan bahwa Xavi tak tertarik dengan klub manapun dan hanya akan bersama Barca hingga akhir kariernya.
 
Dengan kata lain, Xavi hanya akan membela satu klub saja semasa kariernya, Barca. Soal kontrak, Xavi masih terikat hingga musim panas 2014 dan tawaran seberapa besar pun, takkan mampu menggoyahkan kesetiannya bersama raksasa Katalan.
 
"Xavi masih terikat kontrak dengan Barcelona sampai 2014 dan dia tak punya rencana apapun untuk meninggalkan klub," terang Corretja, seperti dikutip RMC Sport, Sabtu (3/3/2012).
 
Ya, Xavi sepertinya hanya ingin berseragam Barca sepanjang karier sepakbolanya. Bisa dibilang, Xavi sebagai pemain One Man Club, seperti halnya banyak pemain yang sudah melegenda lain, macam Paolo Maldini (AC Milan), Francesco Totti (AS Roma) dan Ryan Giggs (Manchester United).
(raw)

Difensor Vasco Bangga Dilirik Juve

Posted: 02 Mar 2012 12:03 PM PST

RIO DE JANEIRO – Bagi pemain di klub luar Eropa, tentunya hal yang amat membanggakan bisa dilirik tim-tim besar Eropa. Hal itu pun melanda Difensor Vasco da Gama, Anderson Vital da Silva – atau biasa disapa Dedé.
 
Ya, bek berusia 23 tahun itu diketahui diminati klub mapan Italia, Juventus. Meski bursa mercato musim panas masih terbilang lama, tapi Si Nyonya Tua sudah giat mencari talenta-talenta anyar.
 
Dede adalah salah satu prospek klub raksasa asal Turin itu untuk digaet, musim panas mendatang. Apalagi Juve juga butuh bek baru untuk menyegarkan lini pertahanan mereka.
 
Bek berpostur 1,92 meter itupun 'kepikiran' untuk menjejaki klub yang juga pernah diperkuat kompatriotnya, Felipe Melo dan akan berkonsultasi dengan Melo untuk mencari tahu suasana dan kondisi di Juventus.
 
"Ya, tentunya akan sangat hebat jika bisa bermain untuk Juve. Saya datang dari kota yang sama dengan Felipe Melo dan saya pun sudah pernah membicarakan soal Juve dengannya," tutur Dedé kepada La Gazzetta dello Sport, Sabtu (3/3/2012).
 
"Dia (Melo) menjelaskan bahwa Juve adalah klub yang solid dan fans mereka selalu menyertai mereka di tiap sudut Italia," tambahnya.
 
Meski mengaku masih nyaman dan bahagia bersama Gigante da Colina – julukan Vasco, Dedé tak menutup kemungkinan untuk berencana merantau ke Italia bersama Juventus.
 
"Saat ini saya bahagia bersama Vasco, tapi pastinya saya bangga jika Juventus menyatakan ketertarikannya," pungkas pemain berjuluk Dedéckenbauer tersebut.
(raw)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ANTARA - Olahraga

sumber :-

ANTARA - Olahraga


Inggris tunggu akhir musim tunjuk pelatih baru

Posted: 02 Mar 2012 09:34 AM PST

Pelatih tim nasional Inggris, Fabio Capello (FOTO.ANTARA/REUTERS/Eddie Keogh)

Berita Terkait

London (ANTARA News) - Badan Sepak Bola Inggris (FA) mengumumkan pada Jumat bahwa mereka berniat untuk menunggu sampai `akhir musim` sebelum menunjuk pengganti Fabio Capello sebagai pelatih tim nasional negara tersebut.

Alex Horne, Sekretaris Jenderal FA, mengatakan pada BBC Sport, bahwa meski terdapat beberapa kandidat potensial, FA tidak ingin terburu-buru dalam mengambil keputusan, lapor AFP.

"Tentu saja terdapat daftar (kandidat pelatih)," ucapnya. "(Kami) berbicara secara teratur. Ini adalah keputusan akhir musim bagi kami."

"Banyak manajer pada daftar tersebut masih bekerja, dan kami tidak ingin menginterupsi musim bagi siapapun."

Komentar-komentarnya mengikuti pernyataan senada yang dilontarkan oleh direktur sepak bola FA, Trevor Brooking.

"Saya pikir kami akan mengambil waktu kami, dan mencoba untuk meyakinkan bahwa kami tidak terkunci pada skala waktu tertentu apapun," kata Brooking.

Manajer Tottenham Hotspur, Harry Redknapp, menjadi kandidat kuat untuk mengambil peran itu. Ia mendapat dukungan dari media, serta dari beberapa anggota Timnas Inggris saat ini.

Pelatih Inggris U-21, Stuart Pearce, mengambil peran tersebut pada pertandingan persahabatan Rabu di Wembley, di mana Inggris kalah 2-3 dari Belanda.

Mantan bek kiri Inggris tersebut berkata bahwa dirinya siap untuk meneruskan posisi tersebut sampai Euro 2012 pada musim panas, namun tidak percaya bahwa ia memiliki mandat untuk menggantikan Capello untuk kurun waktu lama.

Bagaimanapun, Brooking mengatakan bahwa Pearce, akan dipertimbangkan sebagai kandidat potensial.

"Ia telah membuatnya jelas, jika kami berada di situasi di mana kami ingin ia mengambilnya, ia juga akan senang," kata Brooking.

"Ia telah melakukannya dengan sangat baik pada pekan ini, dan anda dapat melihat antusiasmenya. Ia menikmati kesempatan itu."  (RF/Z002)

Editor: B Kunto Wibisono

COPYRIGHT © 2012

Ikuti berita terkini di handphone anda di m.antaranews.com

Wenger kecam pertandingan persahabatan

Posted: 02 Mar 2012 08:33 AM PST

Pelatih Arsenal asal Perancis Arsene Wenger. (AFP PHOTO / GIUSEPPE CACACE)

Berita Terkait

London (ANTARA News) - Pelatih Arsenal, Arsene Wenger, pada Jumat, mengecam jadwal pertandingan internasional setelah bek Belgia, Thomas Vermaelen, dipaksa bermain penuh untuk negaranya pada tengah pekan melawan Yunani, meski kondisi kebugarannya mengkhawatirkan.

Wenger berkata bahwa The Gunners, yang akan bertanding melawan Liverpool yang tengah berupaya mendapat tempat di zona Liga Champions pada Sabtu, tengah mempertimbangkan untuk mengajukan keluhan resmi kepada Asosiasi Sepak bola Belgia terkait masalah ini.

Kasus Vermaelen bukan satu-satunya masalah yang mengganggu Wenger, di mana kapten Arsenal, Robin van Persie, tetap harus bermain untuk negaranya saat Belanda menghadapi Inggris di Wembley, meski dirinya tengah dililit masalah pangkal paha.

Mengenai Vermaelen, Wenger berkata, "Kelihatannya Belgia telah membuat keputusan yang masih tidak bisa saya pahami, dan kami akan melihat apakah kami dapat mengajukan keluhan."

"Pertama, mereka memaksa sang pemain untuk bepergian, kemudian mereka memaksanya untuk bermain selama 90 menit setelah cedera, dan memiliki bek tengah di bangku pemain cadangan yang sama sekali tidak dimainkan, pada pertandingan persahabatan di mana mereka tidak bahkan tidak pergi ke kejuaraan Europa. Bagi saya, ini sulit untuk dipahami."

"Pertandingan-pertandingan persahabatan telah menjadi semakin dan semakin sulit untuk diterima semua orang."

Mengenai Van Persie, Wenger bertutut, "Manajer Belanda (Bert van Marwijk) tidak pernah berbicara padaku, namun ia tahu bahwa Robin sedang cedera, sebab ia mengatakan bahwa meski ia memiliki masalah pangkal paha, ia akan memainkannya, itu sama dengan manajer Belgia (Georges Leekens)."

"Kami adalah satu-satunya tim di dunia yang memiliki jadwal seperti itu, maka sangat sulit untuk dipahami bahwa pemain-pemain kami yang sedang cedera harus pergi ke Yunani dan bermain 90 menit untuk Belgia. Terus terang, hal itu tidak dapat dipertahankan."

"Hal itu tidak menghormati para pemain, serta diriku," demikian AFP.

(H-RF/Z002)

Editor: Ruslan Burhani

COPYRIGHT © 2012

Ikuti berita terkini di handphone anda di m.antaranews.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

detikcom

sumber :-

detikcom


'Para Pemain Veteran Kunci Kebangkitan Inter'

Posted: 02 Mar 2012 10:51 AM PST

Milan - Banyaknya pemain tua di skuad Inter Milan disinyalir sebagai penyebab terpuruknya mereka musim ini. Tapi Javier Zanetti menilai justru para pemain itu yang mampu membangkitkan Nerazzurri.

Inter belum lagi bisa meraih kemenangan sejak menundukkan Lazio 22 Januari lalu. Total, kemenangan tak lagi dirasakan Nerazzurri selama delapan pertandingan di seluruh kompetisi.

Di antara laju buruk tersebut, lima kekalahan secara beruntun harus diterima Inter. Rentetan buruk tersebut nyaris menyamai rekor negatif La Beneamata.

Ada anggapan jika keberadaan pemain seperti Zanetti, Dejan Stankovic, Lucio, Walter Samuel, Diego Milito, Diego Forlan dan Esteban Cambiasso justru jadi penyebab Inter mulai kehilangan sentuhan. Sejumlah pemain itu memang seudah berkepala tiga semua, terutama Zanetti yang berumur 38 tahun.

Inter jelas tak ingin rangkaian hasil negatif itu terus berlanjut dan demi menyelamatkan musim ini, para pemain senior di tim itu diharapkan bisa membimbing para juniornya, untuk bersatu dan membawa Il Biscione kembali ke jalur kemenangan.

"Kombinasi beberapa hal buruk sedang terjadi saat ini. Kami juga tidak beruntung dalam pertandingan," tukas Zanetti seperti dilansir Football Italia.

"Kami kehilangan sedikit kepercayaan diri kami dan para pemain veteran lah yang harus bereaksi pertama untuk seluruh masalah ini," sambungnya.

"Saya melihat banyak pemain muda yang juga dalam situasi sulit seperti sekarang, bisa menunjukkan performa yang lebih baik dari saat ini," tuntasnya.

Akhir pekan ini Inter boleh jadi akan memulai misi kebangkitan mereka saat bertemu Catania di Giuseppe Meazza. Bisakah Zanetti dkk melakukannya?


( mrp / mrp )

Allegri Minta Rossoneri Tak Remehkan Rosanero

Posted: 02 Mar 2012 09:28 AM PST

Milan - Palermo adalah lawan yang selalu menyulitkan AC Milan ketika bermain di kandang. Untuk itu Massimiliano Allegri meminta Rossoneri tak menganggap sebelah mata Rosanero akhir pekan ini.

Milan saat ini memang masih berada di puncak klasemen dengan 51 poin, unggul satu poin dari Juventus yang ada di posisi kedua. Bedanya Bianconeri masih punya satu laga tersisa dan punya kesempatan untuk menggeser Milan.

Juve sendiri akhir pekan ini "hanya" akan menghadapi Chievo di kandang sendiri sementara Milan harus melawat ke Renzo Barbera, kandang Palermo yang mana hanya satu kemenangan mampu mereka raih sejak tahun 2006.

Maka dari itu Allegri meminta anak asuhnya untuk mewaspadai permainan anak asuh Bortolo Mutti jika tak ingin kehilangan angka. Sebab tiga angka wajib diraih Milan untuk menjaga posisinya di puncak.

"Ini adalah salah satu laga penting musim ini. Laga besok akan berdampak signifikan untuk musim ini - sebagaimana laga melawan Juve dan saat ini Palermo. Besok kami masih bisa tetap berada di depan, dengan penampilan ekstra kami di mana itu akan jadi sangat penting," urai Allegri seperti dilansir Football Italia.

"Para pemain yang baru kembali dari tugas membela timnas dalam kondisi baik-baik saja dan tidak adal masalah. Palermo? Akan sulit karena kami tidak pernah menang di Palermo dalam enam tahun terakhir," sambungnya.

"Di kandang mereka bermain lebih baik, jadi saya pikir laga ini akan sangat menentukan. Palermo sudah banyak berubah dari musim lalu, tapi mereka tetap punya mental yang sama di kandang."

Tak hanya soal rekor buruk di Pulau Sisilia itu, Milan pun harus menghadapi teror lain bernama Fabrizio Miccoli yang sudah mencetak 11 gol musim ini. Penyerang gempal itu gemar menjebol gawang tim-tim besar sejak berbaju Palermo.

"Mereka cepat dan sangat terorganisir dengan para pemain penting sepertti Fabrizio Miccoli dan Josip Ilicic. Kami tidak boleh meremehkan mereka," pinta Allegri.


( mrp / mrp )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan 'Terima kasih abang'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm KEJAYAAN pelumba pasukan Terengganu Pro Asia (TSG), Mohd. Harrif Salleh muncul naib juara pada perlumbaan peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 semalam dianggap satu keputusan yang membanggakan.HARRIF (kiri) bersama Zamri berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing pada perlumbaan peringkat kelapan dari Pekan ke Chukai, Terengganu semalam.http://www.kosmo.com.my/pix/2012/0303/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Zulfadli dapat 'lampu hijau' KLRChttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm ZULKIFLI SIDEK, bapa kepada juara badminton remaja dunia, Zulfadli mengesahkan bahawa anaknya itu telah mendapat kebenaran daripada majikannya - Kuala Lumpur Racket Club (KLRC) untuk mengikuti kem latihan pusat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula Isnin ini. Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI<br>ikhsan.azmi@kosmo.com.myZULFADLI akan mula menjalani kem latihan skuad negara di Stadium Juara, Bukit Kiara bermula Isnin ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/0303/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Sang Gergasi Merah tekad benam Kedahhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm REKOD cemerlang Selangor ketika menentang Kedah menjadi azimat buat pengendali Gergasi Merah, Irfan Bakti Abu Salim.Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI<br>fazli.yadi@kosmo.com.myIRFAN BAKTI (kiri) memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan skuad Selangor baru-baru ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/0303/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Harrif cabar henjutan Guardinihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm "SAYA mahu buktikan pelumba Malaysia juga mampu memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dan mengalahkan pelumba-pelumba luar negara yang sering mendominasi saingan ini."Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH<br>shahril@kosmo.com.myAHMAD SHABERY (tengah) berkongsi kejayaan dengan Harrif yang muncul naib juara pada perlumbaan peringkat kelapan dari Pekan ke Chukai, Terengganu semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/0303/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Semangat Iskandar membarahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm PELUMBA pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM Racing, Mohd. Iskandar Raduan mahu mencipta kejayaan pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas musim ini selepas kempen yang kurang memberangsangkan tahun lalu.Martic melangkah penuh bergayahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm PEMAIN Croatia, Petra Martic berjaya menempah slot separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW.Oleh SHANIKA ABDULLATIB<br>shanika.latib@kosmo.com.myMARTIC mara ke saingan separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW selepas membenam cabaran Peng Shuai pada aksi suku akhir semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/0303/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm Impian besar Liverpool, Arsenalhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm LONDON - Pertembungan antara dua gergasi England, Liverpool dan Arsenal dalam aksi Liga Perdana England di Stadium Anfield malam ini pastinya mengujakan peminat fanatik kedua-dua pasukan.Spurs penentu kejayaan Unitedhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson sudah mula mencongak peluang The Red Devils menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sindikasi sport.okezone.com

sumber :-

Sindikasi sport.okezone.com


Aksi Boikot Ancam GP Australia?

Posted: 02 Mar 2012 03:11 AM PST

MELBOURNE – Ajang pembuka Formula One (F1) akan berlangsung di Australia, pada bulan ini. Namun, balapan bisa saja batal karena terancam aksi pemboikotan.
 
Seperti diketahui, balapan pembuka tahun lalu yang seharusnya berlangsung di Bahrain tidak dapat dilakukan. Negara Asia itu tengah mengalami krisis karena aksi demo yang besar-besaran.
 
Balapan pun batal terjadi hingga akhir musim. Hal serupa juga terancam terjadi di Melbourne, namun dengan kasus berbeda.
 
Menurut Koran lokal Herald Sun, Jumat (2/3/2012), ratusan pihak keamanan mengancam akan memboikot balapan tersebut, mengenai hak bayaran.
 
Tapi, promotor Grand Prix Australian Ashley Davies membantah berita tersebut. Menurutnya balapan ini adalah sebuah even penting untuk Asia.
 
"GP adalah salah satu even olahraga yang penting di dunia dan tidak ada alasan tahun 2012 akan berbeda," tegas Davies.
(hmr)

Cedera Tak Mampu Bendung Pebulutangkis Ini

Posted: 02 Mar 2012 02:52 AM PST

Hendra Mujiraharja - Okezone

MALANG – Kejuaraan MILO School Competition Malang memang tidak jauh berbeda dibandingkan dengan kejuaraan di Gresik tahun lalu. Jumlah peserta membludak dan semangat anak-anak untuk terus maju dan pantang menyerah dalam meraih Piala Taufik Hidayat tinggi.
 
Semangat bertanding dan ingin jadi juara sejati ini ditunjukkan Pratiwi (15) pemain unggulan ke-6 dari SMPN I Pakis Malang. Meski cedera pada pergelangan tangan kanan sejak sebulan lalu akibat kecelakaan, Pratiwi terus mengayunkan raketnya untuk melakukan pemanasan sebelum bertanding di hari ketiga, Jumat (2/3/2012) di GOR Master Malang.
 
Sambil merasakan sedikit rasa sakit dan tidak nyaman pada pergelangan tangannya, Pratiwi optimis, masih bisa tampil semaksimal dan sebagus mungkin. "Saya dan Anindita adik saya ikut beregu mewakili SMPN I Pakis Malang. Jadi main berpasangan di nomor beregu dan mau tidak mau, saya harus bisa memotivasi adik saya juga," ujarnya.
 
Pratiwi mengakui memang agak kesulitan membagi waktu antara berlatih bulutangkis dengan belajar pada saat ini. Pasalnya, di bulan April, dirinya mengikuti ujian nasional masuk SMA. Imbasnya, Pratiwi hanya bisa berlatih seminggu sekali, sebelumnya ia berlatih setiap hari.
 
"Saya yakin bisa tampil semaksimal mungkin karena saya juga ingin jadi juara dunia seperti Taufik Hidayat,''ujar Pratiwi peraih juara I perorangan di kejuaraan bulutangkis Antar Sekolah se Kota Malang 2012 dan Porprov 2011 untuk juara I Beregu dalam rilis yang didapat Okezone, Jumat (2/3/2012).
 
Sementara itu, Andriani ibunda Pratiwi hanya bisa berharap yang terbaik bagi anak-anaknya. Pasalnya, Pratiwi dan Anindita sudah dikenalkan dunia bulutangkis sejak usia dini.
 
"Semangat berlatih dan selalu ingin jadi juara juga sudah ditunjukkan Pratiwi sejak TK usia 3 tahun. Mengingat saat itu usianya masih kecil dan belum bisa masuk klub, Pratiwi sering dilatih sama ayahnya sendiri. Baru kelas 2 SD, dimasukkan ke klub," cerita Andriani dalam memompa semangat bertanding anak-anaknya.
 
Hal senada juga disampaikan Slamet pembimbing Pratiwi. Menurut Slamet, di kejuaraan MILO School Competition ini, Pratiwi ditargetkan bisa masuk di babak final. Ini berdasarkan jam terbang dan prestasi yang sudah diraih Pratiwi di kejuaraan sebelumnya.
 
Apalagi dalam nomor beregu, Pratiwi dipasangkan dengan Anindita adiknya sendiri. "Dari klub yang kami jagokan Pratiwi untuk tingkat SMP dan Deanisa di tingkat SD. Dari sekolah yang kami bimbing ada 15 regu SD dan 5 regu SMP. Sedangkan pemain perorangan ada 40 siswa," kata Slamet pembimbing dari PB Suryanaga Malang.
 
Slamet menambahkan lawan main yang dianggap berat bagi Pratiwi dan adiknya dalam nomor beregu adalah SMP Semen Gresik yang menjadi unggulan pertama dan SMP Shafta Surabaya unggulan kedua. Dalam babak semifinal beregu putri SMPN 1 Pakis Malang yang merupakan unggulan ke-4 untuk nomor beregu bertanding dengan SMP Shafta Surabaya (Putri) unggulan ke-2.
(hmr)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Canola gah takluk Peringkat 7

Posted: 01 Mar 2012 01:25 PM PST

Sukan

GAYA jagoan, Canola ketika menjuarai Peringkat 7 dari Bentong ke Kuantan, semalam. - Foto Yazit Razali

GAYA jagoan, Canola ketika menjuarai Peringkat 7 dari Bentong ke Kuantan, semalam. - Foto Yazit Razali

BARU berusia 24 tahun, Marco Canola yang mewakili Colnago CSF Inox mengenepikan nama besar lain ketika melakar kejayaan terbesar sepanjang kariernya bergelar pelumba profesional pada laluan terpanjang Peringkat 7 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 dari Bentong ke Kuantan, semalam.

"Kegembiraan ini sukar diluahkan kerana LTdL adalah perlumbaan kedua saya sebagai pelumba profesional. Biarpun jelajah ini bukan perlumbaan berstatus World Tour, saya yakin kemenangan hari ini dapat memperkenalkan lagi nama saya," kata pelumba Itali itu.

Sejurus memasuki zon pecutan pertama di Mentakab pada kilometer ke-57.7, Canola bersama 15 pelumba lain melakukan pemecahan sehinggalah pada tiga kilometer penamat apabila Canola yang mengejar pelumba Drapac, Floris Goessinen, melakukan asakan untuk memintas dan memecut ke garisan penamat bagi kayuhan sejauh 205.8km itu dengan catatan 4 jam 25 minit 17 saat. "Pada peringkat pendakian ke Genting semalam (kelmarin), pengurus Roberto Reverberi menasihatkan saya untuk menyimpan tenaga dan nampaknya nasihatnya itu berhasil kerana saya mampu melakukan kayuhan terbaik hari ini," katanya sejurus tamat Peringkat 7 itu.

Begitupun, jersi kuning pendahulu masih menjadi milik pelumba Androni Giocattoli, Jose Serpa yang mendahului 30 saat di depan rakan sepasukan, Jose Rujano dengan catatan keseluruhan 24 jam 38.10s, selain jersi merah Raja Bukit dengan 27 mata.

Begitupun, jersi biru Raja Pecut kini bertukar tangan menjadi milik pelumba Astana, Valentin Iglinskiy yang merampasnya daripada Andrea Guardini (Fernese Vini-Selle Italia) yang memegang gelaran Raja Pecut selama lima peringkat, selepas pelumba Kazakhstan itu menguasai ketiga-tiga zon pecutan di Mentakab, Gambang dan Maran.

Peringkat 8 hari ini adalah laluan terpendek dalam LTdL 2012, hanya sejauh 100.8km dengan pelumba pecut dijangka menguasai perlumbaan dari Pekan, Pahang ke Chukai, Terengganu itu dengan penamat dalam kelompok besar.

Tentera ketepi Marlon

Posted: 01 Mar 2012 01:23 PM PST

Sukan

TENTERA belum pasti dapat menurunkan Marlon Alex James bagi pertemuan menentang USM FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Isnin ini disebabkan kecederaan betis kanan penyerang itu yang masih belum pulih sepenuhnya.

Penyerang import dari St Vincent itu direhatkan pada tiga perlawanan ketika Tentera menewaskan Perlis 4-0, Johor (4-1) dan kekalahan kepada Perak 0-1 dalam saingan Piala FA.

"Marlon belum pulih sepenuhnya dan saya tidak mahu menanggung risiko menurunkannya bagi pertemuan ini walaupun tenaganya amat diperlukan," kata jurulatih B Sathianathan. Namun tanpa Marlon, jentera serangan Tentera dilihat masih berbisa dengan sentuhan kapten, Hairuddin Omar yang kini menjadi penjaring terbanyak liga dengan lapan gol.

"Tidak ada perubahan dalam barisan yang akan diturunkan dan kami mungkin mengekalkan pemain sama ketika menewaskan Perlis dan Johor," katanya.

Namun Sathia mengingatkan anak buahnya supaya tidak mengambil mudah pertemuan dengan USM FC itu kerana lawan mampu bermain pantas untuk memerangkap.

"Ketika tempoh rehat ini, latihan banyak ditumpukan kepada tahap persefahaman dan keserasian pemain untuk bergerak dalam satu pasukan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS