Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Revington kekal jurulatih hoki nasional hingga 2014

Posted: 15 Jul 2013 10:54 PM PDT

KUALA LUMPUR 16 Julai - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Paul Revington kekal bersama pasukan negara hingga 2014.

Setiausaha Agung MHC, Johari Aziz berkata, Revington membuat keputusan tersebut selepas bertemu Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Semua mesti isytihar harta

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

Oleh Hashnan Abdullah
sukan@utusan.com.my

Hamidin Mohd. Amin

PUTRAJAYA - Semua pemain, pegawai pasukan dan pemain import yang terlibat dalam Liga Malaysia diwajibkan untuk mengisytiharkan harta masing-masing berkuatkuasa mulai musim depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, langkah tersebut perlu sebagai usaha untuk mengekang gejala mengatur perlawanan yang kembali menular dalam liga tempatan.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan usaha FAM yang mahu memperkasakan nilai-nilai integriti di kalangan mereka yang terlibat dalam liga tempatan.

"FAM juga merasakan perlu dilaksanakan sekarang setelah Jawatankuasa Integriti FAM sendiri mengesyorkan borang pengisytiharan harta pemain, pegawai pasukan dan pemain import dalam liga tempatan.

"Kita juga akan bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan pengisytiharan harta itu benar-benar tulen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat di sini, semalam.

Hamidin berkata, borang pengisytiharan harta itu dijamin sesuai dengan keperluan seorang pemain, pegawai pasukan dan pemain import yang terlibat.

"Jawatankuasa Integriti FAM telah memperhalusi dan mempermudahkan borang itu agar ia tidak dilihat membebankan mereka yang berkenaan," katanya.

Sementara itu, Aseh berkata, lima persatuan bola sepak (FA) negeri yang telah mewujudkan Jawatankuasa Integriti masing-masing adalah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang dan Sabah.

Beliau menambah, FA negeri yang lain masih lagi membisu sehingga kini berhubung saranan FAM dalam memartabatkan industri bola sepak negara itu.

"Sehubungan itu, kita akan hantar surat dalam minggu ini dan tengok dahulu maklum balas serta komitmen FA negeri dan selepas itu mungkin kita akan tetapkan tarikh," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Piya tiada niat ingkar

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Badhri Mohd. Radzi hanya menjalani latihan ringan akibat kecederaan setelah menyertai kem latihan skuad negara di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. - UTUSAN/Abdul Razak Latif

KOTA BHARU - Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi mengakui wujud salah faham berhubung isu kegagalannya melaporkan diri bagi menjalani latihan bersama skuad kebangsaan sejak Khamis lalu.

Bagi merungkai segala permasalahan yang timbul berhubung isu berkenaan, Mohd. Badhri atau Piya mengambil keputusan melapor diri ke kem pasukan kebangsaan semalam, bersama surat tunjuk sebab serta laporan perubatannya.

Menurut Piya, surat tunjuk sebab serta laporan perubatan berkenaan akan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai mana yang diarahkan sebelum ini.

"Saya akui wujud sedikit salah faham dalam isu ini. Kegagalan melapor diri ke kem latihan pasukan bukan bermakna saya ingkar kepada jurulatih dan pasukan.

"Saya berharap FAM dapat menerima surat tunjuk sebab serta laporan perubatan dan membuat keputusan seadilnya berhubung isu ini," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini semalam.

Turut mengiringi Piya ketika di LTSIP ialah Penolong Pengurus The Red Warriors, Wan Badri Wan Omar serta pegawai media Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Mohd. Zuki Abdul Rahman.

Anak kelahiran Kampung Atas Paloh, di sini berharap, keputusannya melapor diri menepis segala tohmahan yang mengatakan dia enggan menabur bakti bersama skuad negara.

Kelmarin, Piya memberitahu dia bersedia menjawab surat tunjuk sebab kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kegagalannya melaporkan diri dalam latihan skuad kebangsaan.

Hasil pemeriksaan kesihatan yang dibuat sebelum ini, doktor mengesahkan pemain tonggak The Red Warriors itu mengalami kecederaan otot paha (hamstring) dan menasihatkannya supaya berehat selama dua minggu daripada menjalani sebarang latihan.

Ditanya sama ada dia bersedia menggalas tugas untuk mengemudi jentera tengah Harimau Malaysia, perancang tengah itu dengan nada tegas memberitahu, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk memerah keringat.

Kata Piya, berdasarkan prestasi semasa, dia bersedia dengan tugas tersebut dan berjanji memberikan aksi terbaik bersama Harimau Malaya.

"Jikalau ada peluang memimpin jentera tengah negara, saya bertekad memberikan aksi terbaik bagi membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih.

"Bagaimanapun, semua itu terpulang kepada jurulatih. Saya selaku pemain akan memberikan aksi terbaik sekiranya diberikan peluang," katanya.

Raja tunggu pengesahan doktor

Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

PETALING JAYA - Isu Badhri Radzi yang lewat melapor diri ke kem latihan skuad negara, hanya akan dianggap selesai setelah doktor dan ahli fisioterapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memeriksa dan memastikan keadaan kecederaan ketua pasukan Kelantan itu kepada jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal.

Semalam di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, pakar sepakan bebas berusia 31 tahun itu menunaikan tuntutan pihak pengurusan pasukan negara supaya tetap hadir sekalipun sebelum ini mendakwa dia tercedera urat pelipat lutut, sekali gus mungkin melupuskan kemungkinan sebarang tindakan tatatertib ke atasnya.

Kata Rajagobal: "Kita tunggu dan dapatkan nasihat doktor dan ahli fisioterapi yang akan memeriksa Badhri sebelum memulakan sesi latihan (menjelang persahabatan dengan Chonburi Thailand, esok dan Chelsea, 21 Julai) . Selepas itu barulah kita buat keputusan tentang keadaan sebenar kecederaannya."

Mengenai kemungkinan tindakan FAM akibat kelewatannya menyahut panggilan skuad negara, katanya: "Yang penting dia datang melapor diri dan semua pihak kena faham dasar FAM apabila sesiapa pemain yang dipanggil, mesti (berbuat demikian) kecuali kalau alasan kecederaan itu begitu teruk (sampai) tidak boleh jalan.

"Kami juga masih boleh menerima alasan (selain itu) tetapi mesti ada laporan pihak tertentu seperti (pengesahan) doktor," katanya.

Rajagobal juga enggan mengulas sama ada Badhri perlu diarah menjalani sesi pemulihan daripada kecederaan itu hanya di bawah pengawasan FAM, selepas diketepikan dengan Azammuddin Akil daripada senarai 25 pelatih kebangsaan.

Ditanya selama mana pemain tengah Red Warriors itu perlu menjalani pemeriksaan pakar perubatan FAM, kata Rajagobal: "Ini hanya pemeriksaan normal dan doktor atau ahli fisioterapi pasti lebih tahu walaupun saya rasa tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya."

Selain Badhri, dalam kalangan 25 pelatih negara sekarang, hanya Mohd. Amri Yahyah, Farizal Marlias dan Zubir Azmi pernah berdepan Blues kali pertama pada 21 Julai 2011 yang hanya menewaskan tuan rumah 1-0 dengan sepakan bebas kontroversi penyerang Ivory Coast, Didier Drogba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Piya pertahan alasan

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Badhri

KOTA BHARU - Kapten pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi bersedia menjawab surat tunjuk sebab kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kegagalannya melapor diri dalam latihan skuad kebangsaan.

Mohd. Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya berkata, dia akan mengemukakan surat tunjuk sebab bersama laporan pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh doktor di sini (Kota Bharu), sehari selepas berakhirnya saingan Liga Super bertemu Lions XII pada 6 Julai lalu.

Menurut Piya, pemeriksaan yang dibuat mengesahkan dia mengalami kecederaan otot paha (hamstring) dan doktor yang memeriksa menasihatkannya supaya berehat selama dua minggu daripada menjalani sebarang latihan.

"Jika mahu surat tunjuk sebab, saya bersedia mengemukakannya bersama dengan laporan perubatan yang dibuat sebelum ini, termasuklah daripada pegawai fisioterapi pasukan.

"Sebelum ini, saya telah menghubungi penolong jurulatih (Tan Cheng Ho) bagi memaklumkan kecederaan yang dialami. Namun, dalam masa yang sama dia (Cheng Ho) menyuruh saya hadir dan membuat laporan.

"Tetapi mengikut kata doktor yang membuat pemeriksaan sebelum ini, menyuruh saya mengikuti sesi rawatan di sini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Tambahnya, dia juga bersedia ke Kuala Lumpur untuk melaporkan diri bersama pasukan kebangsaan dan menjelaskan perkara itu.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal dan jurulatih, Datuk K. Rajagobal meminta pemain berusia 31 tahun itu membalas surat tunjuk sebab kepada pengurusan FAM.

Malah, Piya bakal berdepan tindakan tatatertib jika tiada sebarang alasan kukuh tidak menghadirkan diri dan besar kemungkinan tidak akan lagi dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Kegagalan pemain paling berpengaruh dalam pasukan Kelantan itu menimbulkan pelbagai polemik sehingga ada yang sesetengah pihak yang mendakwa pemain berkenaan sengaja tidak menghadirkan diri.

Piya antara tujuh pemain dari pasukan Kelantan iaitu, Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim, Azizi Mat Rose, Mohd. Shakir Shaari, Mohd. Norfarhan Muhammad dan Ahmad Fakri Saarani yang dipanggil untuk bersama skuad kebangsaan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bulan ini.

Pemain yang terkenal dengan 'hantaran maut' itu berada pada kelas tersendiri apabila menjadi ketua pasukan Kelantan pertama mendakap kesemua kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Dalam perkembangan lain, Piya memberitahu, dia sedikit terkilan kerana tidak bersama rakan-rakan sepasukan untuk membantu negara membuat persiapan.

"Namun apa boleh buat, kecederaan yang dialami ini membataskan saya untuk berbuat demikian," ujarnya.

Zulfahmi bermula di petak 12

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

Zulfahmi Khairuddin

SACHSENRING, Jerman - Harapan pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin untuk memulakan perlumbaan Moto3 Jerman di kedudukan lebih baik tidak kesampaian apabila sekadar berada di tempat ke-12 dalam sesi ujian kelayakan masa dengan catatan 1 minit 28.047 saat.

Biarpun pada satu ketika dia berada di tempat ke-5, namun pelumba berusia 21 tahun gagal mempertahankan kedudukannya sebelum tergelincir ke tempat ke-10 dan mengakhiri tangga ke-12 sebaik sahaja masa kelayakan tamat.

Kegagalan berada sekurang-kurangnya lapan pelumba teratas pasti menyukarkan peluang pelumba Red Bull KTM Ajo itu untuk mengintai kedudukan podium dan harapan paling realistik buat Zulfahmi adalah untuk cuba mengumpul seberapa banyak mata yang mampu.

Memungut 40 mata, Zulfahmi tidak pernah berada di kalangan 10 pelumba teratas pada sesi kelayakan masa pada musim ini dengan kedudukan paling baik pernah diraihnya adalah berada di tempat ke-11 di Qatar dan Jerez, Sepanyol.

Pelumba Sepanyol, Alex Rins meraih masa terpantas dengan catatan 1 minit 27.300 saat untuk meninggalkan pendahulu Moto3 yang juga merupakan rakan sepasukan Zulfahmi, Luis Salom yang berada di tempat kedua dan tangga ketiga milik pelumba pasukan Mahinda, Miguel Oliveira.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Apa dah jadi Piya?

Posted: 12 Jul 2013 12:04 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Mohd. Badhri

PETALING JAYA - Dua hari sudah diberikan peluang untuk melaporkan diri dalam latihan skuad kebangsaan, akhirnya pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal dan jurulatih, Datuk K. Rajagobal telah hilang sabar dengan kerenah ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi, apabila meminta pemain berusia 31 tahun itu menghantar surat tunjuk sebab kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malah, Mohd. Badhri atau lebih sinonim dengan nama panggilan Piya bakal berdepan tindakan tatatertib jika tiada sebarang alasan kukuh tidak menghadirkan diri dan besar kemungkinan tidak akan lagi dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Menurut Subahan, beliau hanya mendapat tahu daripada Piya yang jadual penerbangannya tergendala pada Khamis lalu, namun langsung tidak mendapat perkembangan lain selepas itu walaupun ada mendapat maklumat dia mengalami kecederaan hamstring.

''Inilah masalahnya, apabila sebelum ini ramai mempersoalkan mengapa kita tidak mahu menyenaraikan pemain tertentu tetapi bila diberikan peluang menyertai latihan skuad kebangsaan, (Badhri) tidak mahu datang pula tanpa sebarang alasan tertentu.

''Jadi, kita terpaksa mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya esok (hari ini) atas sebab apa dia enggan datang melaporkan diri dan sekiranya tiada sebarang alasan kukuh, dia boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan yang telah ditetapkan oleh FAM.

''Namun kami tidak mahu berlaku zalim dalam hal ini kerana mahu mendapat tahu dahulu apa puncanya dia tidak mahu datang dan sekiranya memang benar dia mengalami hamstring seperti didakwa atau alasan lain yang kukuh, itu tidak mengapa," katanya yang ditemui di Wisma FAM, semalam.

Mengikut penjelasan Subahan, seorang lagi pemain yang mengalami kecederaan, Azamuddin Akil, tidak perlu melaporkan diri kerana mereka telah memperoleh laporan perubatan dan telah disahkan oleh fisioterapi Harimau Malaya.

''Kita semua sudah maklum bahawa Alex (Azamuddin) telah lama mengalami kecederaan tangan dan segala laporan membabitkan kecederaan telah diperolehi, jadi dia tidak perlu datang melaporkan diri.

''Sedangkan Badhri, kami langsung tidak memperolehi sebarang perkembangan setakat ini sedangkan rakan sepasukannya seperti Khairul Fahmi Che Mat boleh datang dan jika benar dia cedera, dia perlu datang supaya fisioterapi kami dapat memeriksa sendiri dan mengesahkannya, " katanya.

Sebelum ini, Badhri yang disenaraikan menyertai latihan skuad kebangsaan di Australia tidak dapat berbuat demikian apabila mendapat kecederaan dan ini merupakan kali kedua terlepas peluang menjalani latihan bersama Harimau Malaya.

Dalam masa sama, nada Rajagobal seolah-olah kecewa dengan tindakan Badhri kerana dilihat tidak begitu berminat mewakili pasukan kebangsaan setelah diberikan peluang berbuat demikian.

''Sama ada saya kecewa atau tidak, itu saya tidak mahu cakap namun saya hanya mahukan pemain yang komited kepada pasukan negara dan atas apa jua alasan, dia sepatutnya melaporkan diri pada hari ini kerana telah memasuki hari kedua.

''Walaupun begitu, pasukan ini telah menghadapi banyak perlawanan tanpa kehadiran Badhri dan saya tidak berdepan sebarang masalah kerana masih mempunyai pemain-pemain lain yang boleh disandarkan," katanya.

Dua lagi pemain, Safiq Rahim dan Safee Sali dilihat semakin pulih dan dijangka boleh menjalani latihan selepas pulih daripada kecederaan kaki (Safiq) dan pangkal paha (Safee).

Kejohanan kelab FAM-FAS diperkenal

Posted: 12 Jul 2013 12:04 PM PDT

PETALING JAYA - Mulai tahun ini, juara Piala FA bukan sahaja merasai ganjaran beraksi di Piala AFC, namun bakal diberikan ruang oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk berdepan juara dari Liga Singapura dalam pertandingan yang dipanggil kejohanan Kelab FAM-FAS.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Afandi Hamzah berkata, pertandingan ini adalah antara persefahaman yang telah dicapai dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam usaha peningkatan mutu bola sepak bagi kedua-dua negara bagi tempoh empat tahun akan datang.

Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mewakili Malaysia sementara cabaran Singapura didokong dua kelab, Tampines Rovers dan Warriors FC.

''Pada tahun ini, melalui jalinan kerjasama antara FAM dan FAS, satu pertandingan dinamakan kejohanan kelab FAM-FAS akan diperkenalkan dengan dua perlawanan melibatkan juara Liga Malaysia dan juara Liga Singapura iaitu antara juara Piala FA dan Piala Malaysia/Piala Singapura.

''Bagi tahun ini, juara akan diambil dari kejohanan tahun 2012 dengan Kelantan selaku juara Piala FA akan bertemu juara Liga Singapura iaitu Tampines Rovers, sementara satu lagi perlawanan melibatkan juara Piala Singapura, Warriors F.C dan naib juara Piala Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengambil tempat Kelantan kerana merupakan juara.

''Perlawanan antara Kelantan dan Tampines akan berlangsung di Kota Bharu (Stadium Sultan Muhammad ke-IV) pada 12 Ogos manakala aksi ATM serta Warriors F.C akan diadakan di Singapura pada 13 Ogos," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, semalam.

Jadual perlawanan terbaharu itu pasti memberikan sedikit bebanan kepada pasukan Kelantan yang mempunyai enam pemain sedang menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan dan pada tarikh tersebut, mereka baru sahaja melalui pertemuan dengan Barcelona FC pada 10 Ogos ini yang hanya berselang dua hari.

Dalam perkembangan lain, aksi perlawanan akhir Piala Malaysia yang sebelum ini dijadualkan pada 26 Oktober terpaksa ditunda untuk memberi laluan kepada Sukan Paralimpik yang telah menempah penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil.

''Setelah berbincang dengan mendalam, tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia telah ditetapkan pada 3 November iaitu pada hari Ahad kerana pada Sabtu, 2 November jatuh pada hari perayaan Deepavali.

''Manakala tarikh bagi aksi separuh akhir Piala Malaysia adalah pada 18 serta 19 Oktober dan 25/26 Oktober bagi memberikan laluan kepada siaran langsung," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Raja tak layan kritikan

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Para pemain Harimau Malaya menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam untuk aksi persahabatan termasuk menentang Chelsea pada 21 Julai ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

PETALING JAYA - Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal tidak mahu mengambil peduli tentang pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebaliknya hanya memberi fokus untuk menghadapi enam perlawanan persahabatan yang bakal dilalui sehingga 10 Ogos ini.

Enggan menjawab kritikan terutama mengenai cara pemilihan skuad kebangsaan yang didakwa tidak dibuat berdasarkan prestasi semasa pemain, Rajagobal yang ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM semalam, cuma menjawab mengulas perkembangan semasa Harimau Malaya.

"Saya tiada masa untuk membalas kritikan kerana fokus saya adalah pada pasukan kerana kita bakal berdepan Chelsea, kemudian kita akan ke Jepun dan menentang Barcelona dalam persiapan menghadapi Bahrain, " katanya ketika ditemui pada latihan pasukan kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan baru-baru ini berpendapat pemilihan skuad kebangsaan sepatutnya di buat berdasarkan prestasi semasa pemain dalam liga tempatan, bukan sepenuhnya disandar kepada pengalaman mereka.

Bukan berniat untuk menegur cara pemilihan pengendali skuad kebangsaan, Zainal percaya, ada beberapa nama besar yang terlepas daripada pandangan jurulatih tersebut dalam skuad yang dihimpunkan minggu ini

Dalam hal ini, Rajagobal membuktikan andaian bahawa dia tidak mendapatkan maklum balas daripada jurulatih-jurulatih negeri adalah salah.

Dalam hal penyenaraian pemain muda Sarawak, Junior Eldstal contohnya, Rajagobal mendapatkan pandangan jurulatih negeri itu, Robert Alberts.

Ujar Rajagobal, beliau mengikuti perkembangan pemain berusia 21 tahun itu sejak beraksi untuk Sarawak dan tidak pernah menutup ruang kepada pemain lain jika ada bakat baru yang muncul.

"Mengenai Junior, saya ada berbincang dengan Robert Alberts mengenai corak permainannya yang beraksi pada bahagian tengah dan saya menyaksikan permainannya, memang baik.

"Mujurlah dia (Eldstal) tidak ke Rusia (Sukan Universiti Dunia), jika tidak mungkin saya akan memanggil pemain lain, " katanya.

Pada sesi latihan pertama skuad kebangsaan semalam, dua pemain iaitu ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi dan penyerang Pahang, Azamuddin Akil tidak melaporkan diri kerana kecederaan.

Namun Rajagobal berharap Badhri dapat melaporkan diri bagi memantau sejauh mana tahap kecergasannya. Azamuddin atau Alex sudah pasti tidak boleh bermain kerana masih belum pulih daripada kecederaan jangka panjang pada bahagian tangan.

Ketiadaan kedua-dua pemain itu diganti oleh pemain sayap ATM, Christie Jayaseelan serta Junior sementara Mohd. Fadhli Shas dan K. Reuben terlibat dengan Sukan Universiti Dunia (Universiade 2013) di Kazan, Rusia.

Seorang lagi pemain Kelantan, Mohd. Nor Farhan Muhammad tidak hadir pada sesi latihan kerana mendapat pelepasan selepas menyambut kelahiran anak sulung.

Dua pemain Johor Darul Takzim, Safee Sali dan Safiq Rahim pula masih belum cergas sepenuhnya dengan Safee mendapat kecederaan pangkal paha sementara Safiq berdepan sedikit masalah pada bahagian kaki dan akan dipantau oleh fisioterapi.

Hamidin buru aksi kelas A

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Hamidin Mohd. Amin (kiri) bersama Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal (dua kiri) memeriksa keadaan padang Stadium Shah Alam selepas sidang akhbar sempena Jelajah Chelsea ke Malaysia di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Datuk Hamidin Mohd. Amin tekad memperbaiki kedudukan Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan memperbanyakkan aksi persahabatan kelas A tahun depan.

Enam aksi persahabatan skuad kebangsaan yang cuma menentang pasukan berstatus kelab sepanjang bulan ini dan bulan depan bukanlah sesuatu yang baik buat skuad Datuk K. Rajagobal.

Untuk itu Hamidin berkata, dia akan menyusun aksi antarabangsa berkelas A pada 2014.

Bagi tujuan berkenaan, beliau akan cuba mendapatkan kerjasama Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM supaya tiada pertindihan jadual dengan keutamaan diberikan kepada pasukan kebangsaan.

"Kita akan mengemukakan tawaran untuk aksi persahabatan kepada pasukan terutama dari ASEAN dan Asia, malahan mungkin Afrika, tidak kira siapa jurulatih skuad kebangsaan ketika itu.

"Untuk tahun ini, memang sudah tiada masa kerana kalendar (jadual perlawanan) sudah penuh.

"Perkara ini akan menjadi agenda penting buat saya dan saya akan pastikan tarikh perlawanan tahun depan diisi dengan perlawanan antarabangsa, " katanya.

Dia ditemui selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Penganjuran FAM-ProEvents bagi perlawanan Malaysia XI dan Chelsea di Stadium Shah Alam, semalam.

Tegasnya, mendapatkan lawan yang berkualiti bukan perkara mudah kerana ranking skuad kebangsaan yang jauh ketinggalan.

"Bukan mudah untuk mendapatkan aksi persahabatan kelas A disebabkan ranking kita (ke-159), kadang-kadang pasukan lain mahukan lawan yang mempunyai ranking lebih tinggi," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau Muda ke suku akhir Sukan Universiti Dunia 2013 Kazan

Posted: 10 Jul 2013 09:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Skuad bimbingan Ong Kim Swee berjaya mara ke suku akhir Sukan Universiti Dunia 2013 Kazan apabila Itali hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Great Britain.

Ini bermakna skuad Harimau Muda berada di tempat kedua di belakang Great Britain selepas mereka mencatat satu kemenangan dan satu kalah, sambil berbekalkan dua jaringan serta dua bolos.

Berbeza dengan Itali yang hanya menjaringkan satu gol sahaja dan dua bolos. Mereka tewas 0-2 kepada Harimau Muda pada perlawanan pertama.

Great Britain yang muncul juara kumpulan juga mencatat sekali menang dan sekali tewas namun mereka hanya bolos satu gol dan telah menjaringkan dua gol. - UTUSAN ONLINE

Terima pandangan luar - Wan Jamak

Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Wan Jamak

KUALA LUMPUR - Dasar pemilihan pemain dalam skuad kebangsaan terus mendapat teguran dan kini giliran bekas jurulatih dan pemain kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan menyatakan pemain yang menyerlah dalam saingan liga tempatan perlu diberikan peluang di samping berharap pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal lebih terbuka menerima pandangan orang lain.

Bukan bertujuan mahu masuk campur dalam urusan Harimau Malaya tetapi Wan Jamak menganggap tiap kali pemilihan pemain dalam pasukan kebangsaan pasti akan ada nama-nama yang sewajarnya dipanggil tidak mendapat perhatian dan apa yang diluahkan oleh Zainal Abidin Hassan, Rabu lalu memang bertepatan dengan situasi terkini pasukan kebangsaan.

Malahan, Wan Jamak menganggap Rajagobal sebenarnya lebih beruntung kerana mempunyai sejumlah besar pemain yang boleh dipilih berbanding zamannya ketika menguruskan pasukan Malaysia pada tahun 1996 kerana dikelilingi ramai pemain berbakat tetapi sayangnya gagal menggunakan peluang tersebut.

Secara peribadi, saya memang bersetuju pandangan yang diberikan oleh Zainal memandangkan dia adalah jurulatih serta bekas pemain, jadi dia tahu apa yang dia mahu perkatakan apabila menyentuh soal pemilihan pemain di dalam pasukan kebangsaan dan saya nampak dia ikhlas.

Saya sebagai bekas jurulatih kebangsaan juga nampak memang masih ada pemain yang tidak dipanggil dan sepatutnya diberi peluang yang kemungkinan aksinya terlepas pandang oleh jurulatih.

Prestasi semasa perlu diberi keutamaan dan pada masa saya menjadi jurulatih dulu, perkara itu yang saya lihat terlebih dahulu sebelum memilih pemain untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan dan begitu juga sistem yang diamalkan di Eropah.

Berbanding zaman saya dahulu masa menjadi jurulatih, pilihan yang saya ada cukup terhad berbanding yang dimiliki oleh Rajagobal sekarang, jadi sepatutnya dia gunakan kelebihan itu untuk mendapatkan pemain yang terbaik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Ditanya mana-mana pemain yang pada pendapatnya perlu dipanggil, Wan Jamak berkata, antaranya ialah dua pemain Johor Darul Takzim (Johor DT), Ahmad Ezrie Shafizie dan Jasazrin Jamaluddin selain Nurul Azwan Roya serta perlu memberikan ruang sekali lagi kepada pemain veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rezal Zambery Yahya.

Dalam pasukan Johor DT misalnya, saya lihat Ezrie dan Jasazrin wajar diberi peluang menyertai latihan kebangsaan kerana saya dapati mereka berdua ini cukup rajin dan bekerja keras dalam pasukan malahan paling penting mereka cukup konsisten dalam tiap perlawanan, begitu juga dengan Azwan Roya.

Satu lagi, saya nampak ruang kepada pemain veteran perlu diberikan dan saya berpandangan Rezal yang bermain dengan ATM boleh dipanggil kembali untuk menyarung jersi kebangsaan kerana kita boleh nampak komitmennya tiap kali beraksi dan masih boleh menawarkan sesuatu iaitu pengalaman," katanya.

Zainal dalam kenyataannya semalam mengakui rasa terkilan ada pemain yang berada di kemuncak prestasi tidak dipanggil dan terlepas pandang oleh Rajagobal antaranya pertahanan tengah Pahang, Razman Roslan yang disifatkan sebagai pertahanan terbaik negara pada waktu ini dan dua pemain tengah, Mohd. Amirul Hadi Zainal serta Nurul Azwan Roya.

Bagi penolong pengurus Pahang itu, tidak salah memilih satu atau dua pemain berpengalaman namun apa yang paling penting semua pemain terbaik patut ditonjolkan ke hadapan.

Dalam soal berlainan, Wan Jamak berkata, dia berpandangan jika pemain-pemain utama yang dipilih tidak menyerlah ketika mewakili pasukan negeri dan lebih kerap diletakkan di bangku simpanan, sebagai jurulatih, Rajagobal perlu melihat sama ada pemain itu sebenarnya tidak bagus atau tidak bersesuaian dengan taktikal yang diterapkan oleh jurulatih oleh pasukan negeri yang diwakili.

Jurulatih itu perlu mendapatkan maklum balas daripada jurulatih negeri berkenaan kerana biarpun pemain itu mungkin menjadi pemain utama dalam pasukan kebangsaan tetapi jika tidak menyerlah dalam saingan liga tempatan, pasti mungkin ada sesuatu yang tidak kena sama ada prestasinya yang merosot kerana ada pemain lain yang lebih menyerlah atau tidak boleh beraksi di bawah strategi yang direncanakan oleh jurulatih itu sendiri.

Memang sukar buat pemain yang kerap memanaskan bangku simpanan ketika bersama pasukan negeri kerana apabila dia dipilih bersama pasukan kebangsaan, soal stamina bagi menghadapi perlawanan kompetitif pasti menjadi persoalan besar.

Bagi saya, sudah sampai masanya dia bersedia menerima pandangan jurulatih negeri lain dalam memantau prestasi pemain-pemain dalam saingan Liga Malaysia," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Banyak terlepas pandang

Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KELINCAHAN Zainal Abidin Hassan ketika membantu Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka 1986 akan sentiasa diingati oleh peminat bola sepak tempatan.

KUALA LUMPUR - Legenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan menegaskan, pemilihan skuad kebangsaan sepatutnya dibuat berdasarkan prestasi semasa pemain dalam liga tempatan, bukan sepenuhnya disandar kepada pengalaman mereka.

Bukan berniat untuk menegur cara pemilihan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal, tetapi bekas bintang penyerang kebangsaan itu percaya, ada beberapa nama besar yang terlepas daripada pandangan jurulatih tersebut dalam skuad yang dihimpunkan minggu ini.

Zainal, 50, menyifatkan ketiadaan Razman Roslan dalam senarai 27 pemain yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu lalu sebagai kesilapan besar kerana percaya tonggak Pahang itu adalah pertahanan terbaik Malaysia ketika ini.

Malah, beliau turut menganggap bekas pemain tengah kebangsaan, Mohd. Amirul Hadi Zainal telah menunjukkan prestasi baik dan sepatutnya diberi peluang menyarung jersi kebangsaan.

Saya tidak bermaksud untuk mempertikaikan pemilihan Rajagobal, saya percaya setiap jurulatih ada kriteria sendiri dalam menentukan pemain bagaimana yang mereka mahukan, tetapi saya fikir dalam apa keadaan sekalipun apabila kita membuat pemilihan pemain ia sepatutnya berdasarkan kepada prestasi semasa, itu sangat penting.

Kadang kala mungkin kita memerlukan satu atau dua pemain berpengalaman tetapi yang mustahak, semua pemain terbaik patut ditonjolkan ke depan. Saya percaya, ada beberapa pemain terbaik kita yang terlepas daripada pandangan.

Saya harap, dalam pemilihan akan datang, beliau memberi peluang kepada pemain yang menonjol dalam liga.

Saya rasa Razman adalah pertahanan terbaik di Malaysia ketika ini dan saya sangat terkilan apabila namanya tercicir daripada skuad kebangsaan. Amirul juga menunjukkan prestasi bagus dan patut mendapat perhatian," ujar Zainal selepas merasmikan kedai sukan, Futbol Haus di Berjaya Times Square, semalam.

Razman, 28, bekas bek kanan Selangor mempamer peningkatan mendadak selepas ditukar ke posisi pertahanan tengah apabila menyertai Pahang musim ini. Dia dianggap tulang belakang skuad Tok Gajah, yang menamatkan kempen Liga Super di tangga kelima.

Selain Razman dan Amirul, 27, paling menimbulkan pertikaian dalam kalangan pemerhati bola sepak adalah apabila Rajagobal tidak menyenarai pemain sayap lincah Johor Darul Takzim, Nurul Azwan Roya.

Rajagobal sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada dua lagi pemain Johor DT yang jelas tenggelam prestasinya musim ini, iaitu penyerang, Mohd. Safee Sali dan pemain tengah, Safiq Rahim.

Dua lagi tonggak Harimau Selatan yang turut disenaraikan adalah pemain penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain pertahanan, Mohd. Aidil Zafuan Abd Razak.

Satu-satunya tonggak Pahang yang berjaya mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kali ini adalah pemain sayap, Azamuddin Mohd. Akil, manakala pertahanan veteran, Mohd. Saiful Nizam Miswan berada dalam senarai 14 pemain simpanan.

Semua pemain yang dipanggil akan mendaftar diri untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM esok bagi berdepan Chelsea di Stadium Shah Alam, 21 Julai ini.

Mereka akan berangkat ke Tokyo 23 Julai untuk aksi persahabatan di sana sebelum mengakhiri persiapan kelayakan Piala Asia dengan menentang Barcelona FC, 10 Ogos.

Australia ahli baharu AFF

Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Australia hampir pasti bakal menjadi ahli ke-12 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), namun skuad Socceroos itu tidak akan menyertai Piala Suzuki AFF, sebaliknya hanya tertumpu kepada kejohanan bawah umur atau wanita.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung AFF, Datuk Azzuddin Ahmad yang berkata, hasrat itu telah diminta sendiri oleh Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) dan tujuan mereka menyertai AFF adalah untuk tujuan meningkatkan pembangunan bola sepak di rantau ini secara bersama.

Tambahnya, semua pihak termasuk Malaysia tidak perlu memandang negatif penyertaan Australia sebagai ahli gabungan AFF yang terbaharu sebaliknya melihat apa yang boleh ditawarkan negara itu kepada kemajuan bola sepak Asia Tenggara.

Dalam masa sama, beliau menafikan khabar angin menyatakan China berminat menyertai Piala Suzuki AFF sebagai pasukan jemputan.

Surat mengenai kemasukan mereka telah saya terima di pejabat AFF dan mereka kini hanya tunggu secara rasmi untuk diterima sebagai ahli baharu AFF ke-12.

Bagaimanapun, mereka ada menyatakan permohonan untuk tidak sertai Piala AFF tetapi berhasrat untuk bertanding dalam mana-mana kejohanan peringkat bawah umur serta kategori wanita.

Mengenai China, ini pertama kali saya dengar mereka hendak sertai Piala AFF, saya sendiri rasa terkejut dan buat masa ini kami tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada mereka," katanya yang ditemui di Wisma FAM selepas majlis perpisahannya selaku Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Apa yang pasti, keengganan Australia untuk menyertai Piala Suzuki AFF boleh difahami kerana mutu bola sepak Asia Tenggara masih rendah.

Tiada mana-mana pasukan dari rantau ini mampu berada sekurang-kurangnya dalam kelompok 10 teratas Asia sedangkan Australia kini berada di ranking ke-40 dunia, kedua terbaik di Asia.

Jelas sekali penyertaan dalam Piala Suzuki AFF tidak akan memberi faedah kepada Socceroos kerana mutu bola sepak mereka telah jauh meninggalkan negara-negara ASEAN dan ia memberi tamparan yang hebat kepada AFF.

Buat masa ini, pasukan senior Australia memilih untuk menyertai kejohanan Piala Asia Timur yang disertai dua gergasi Asia, Jepun dan Korea Selatan, selain Korea Utara serta China.

Begitupun seperti kata Azzuddin, kemasukan Australia boleh membawa banyak perkara positif, terutama daripada segi meningkatkan kualiti pembangunan akar umbi dengan kepakaran yang ditawarkan negara itu.

Jangan anggap kedatangan Australia sebagai satu ancaman kepada bola sepak Asia Tenggara kerana mereka boleh menjalinkan kerjasama dalam bentuk penganjuran bengkel dan seminar kepada jurulatih.

Malah, kita boleh mempelajari sesuatu daripada mereka dalam aspek pembangunan sains sukan dan menerapkannya dalam sukan bola sepak," katanya lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tiga digantung serta merta

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

Pandak Ahmad

KUALA LUMPUR - Tiga pemain bola baling Wilayah Persekutuan yang didapati bersalah membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 minggu lepas, digantung serta-merta daripada terlibat dalam sebarang aktiviti sukan berkenaan.

Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (PBBM), Pandak Ahmad berkata, selain itu pengurus pasukan, jurulatih dan seorang pegawai pasukan terbabit turut dikenakan tindakan sama walaupun mereka tidak terlibat membawa masuk bahan larangan berkenaan ke perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, PBBM memandang serius insiden itu dan tindakan yang dikenakan terhadap ketiga-tiga pegawai terbabit ialah kerana mereka sepatutnya memantau atlet mereka sepanjang berada di perkampungan sukan.

"Pada perjumpaan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini, kami usulkan supaya mereka ini digantung sementara kerana dalam insiden pada Rabu lepas, terdapat dua kes iaitu membawa masuk minuman keras dan rogol.

"Berhubung kes rogol, kami serahkan kepada polis. Kami gantung mereka sementara kerana membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan sukan melanggar disiplin Sukan Malaysia," katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pegawai pengiring membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan di UPM, Rabu lepas.

Mengulas lanjut, Pandak berkata berikutan insiden itu, pihaknya akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi atlet dan pegawai termasuk pengurus dan jurulatih yang terlibat dalam sesuatu kejohanan atau temasya sukan.

"Misalnya, dalam kes ini, pegawai pengiring itu berumur 19 tahun dan dia perlu awasi atlet lelaki yang berusia 18 dan 19 tahun. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku.

"Dalam SOP itu juga, kami akan nyatakan bahawa membawa minuman keras semasa berlangsungnya sesuatu kejohanan itu melanggar disiplin sebagai atlet," katanya.

Tiga atlet bola baling lelaki Sukma 2013 ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis berkaitan kes rogol itu.

Tiga suspek berusia antara 18 dan 19 tahun itu ditahan Jumaat lepas, di perkampungan sukan berkenaan, sehari selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. - Bernama

'Pegawai perlu bertanggungjawab'

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
sukan@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, semua pegawai, pengurus dan jurulatih pasukan perlu bertanggungjawab penuh dalam aspek keselamatan dan disiplin atlet-atlet muda.

Menurut beliau, setiap pegawai sukan perlu memikul tanggungjawab tersebut ketika mengendalikan pasukan terutamanya membabitkan atlet pelapis.

"Dalam hal ini, pegawai tidak boleh mengejar glamor sebaliknya kena melihat atlet dan lihat disiplin mereka, harap kejadian ini beri peringatan kepada semua.

"Kita perlu ingat, atlet pelapis ini masih muda, ada yang berumur 17 dan 18 tahun mereka masih belum matang dari segi pemikiran begitu juga dengan perangai mereka," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai kejadian rogol melibatkan atlet bola baling Wilayah Persekutuan selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Dalam majlis tersebut, seramai 351 kakitangan kementerian itu menerima anugerah masing-masing di atas khidmat cemerlang yang diberikan.

Akhbar kelmarin melaporkan seorang pegawai pengiring membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lalu.

Serentak itu Khairy mengarahkan semua pemain, jurulatih dan pegawai pasukan bola baling Wilayah Persekutuan digantung serta-merta ekoran kesalahan membawa masuk minuman keras dalam perkampungan Sukan Malaysia XVI.

Tegas Khairy, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pegawai pasukan berkenaan sekiranya didapati bersalah kerana terlibat dengan kejadian tersebut.

"Saya minta Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) mengenakan hukuman lebih berat daripada hanya digantung tugas sementara.

"Mereka sepatutnya sebagai pegawai, jurulatih dan pengurus perlu lebih bertanggungjawab lagi kepada pasukan atlet," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak kementerian akan mengkaji semula protokol melibatkan keselamatan kontinjen pasukan bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang kembali.

Beliau berkata, langkah itu perlu diambil memandangkan terdapat kegagalan dalam prosedur protokol keselamatan tersebut.

"Perkara ini merupakan antara tindakan yang akan diambil oleh kementerian selain mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Sementara itu, katanya, beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa untuk mempercepatkan siasatan kes rogol tersebut di mana ketiga-tiga suspek sudah ditahan reman.

"Saya juga telah mengarahkan MSN untuk membuat satu post mortem dengan segera supaya kejadian tersebut tidak berulang," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Gantung semua yang terlibat

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Khairy dan Zolkples (kanan) beramah mesra bersama pemain ragbi Kelantan yang memenangi pingat emas selepas berjaya menewaskan Melaka 36-0 pada Sukan Sukma XVI di Serdang, semalam. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin dalam nada tegas menyarankan semua pemain, jurulatih dan pegawai pasukan bola jaring Wilayah Persekutuan digantung serta merta ekoran kesalahan membawa masuk minuman keras dalam perkampungan Sukan Malaysia XVI, Rabu lalu.

Tegas Menteri Belia dan Sukan, walaupun kes rogol melibatkan tiga atlet pasukan itu masih dalam siasatan polis, namun mereka terbukti didapati bersalah kerana melanggar disiplin Sukan Malaysia dengan membawa masuk minuman keras.

"Kerana atlet ini berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), saya telah meminta Datuk Seri Zolkples (Embong), Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) supaya mengambil tindakan awal.

"Saya cadangkan kepada MSWP supaya bukan saja tiga atlet terlibat digantung, malah semua anggota pasukan yang lain, pegawai dan jurulatih yang terlibat turut digantung.

"Saya juga sarankan Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF), saudara Pandak (Ahmad) supaya melakukan perkara yang sama, iaitu gantung semua mereka yang terlibat dalam kes ini dan harap tindakan dapat diambil dengan cepat.

"MSWP dan persatuan berada di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebab itu kita boleh sarankan mereka mengambil tindakan ini.

"Kita kena ingat, rogol dan melanggar disiplin adalah dua perkara berbeza di sini. Dalam kes jenayah, ia di bawah bidang kuasa pihak polis, jadi kita serahkan semuanya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Tetapi dalam kes membawa masuk minuman keras, ia adalah di bawah kuasa MSN dan KBS, jadi kita boleh menyarankan majlis sukan dan persatuan untuk mengambil tindakan. Surat rasmi akan dikeluarkan esok, ini cadangan kami," kata Khairy kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir acara ragbi Sukan Malaysia XVI, semalam.

Akhbar tempatan kelmarin melaporkan seorang pegawai pengiring membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lalu.

Jelas Khairy, sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, beliau merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian itu telah mencacatkan temasya yang berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihak penganjur telah mengambil langkah keselamatan yang paling ketat dan mengikut prosedur yang sepatutnya, namun kejadian yang berlaku dalam kawasan asrama penginapan atlet adalah di bawah tanggungjawab kontinjen sendiri.

"Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu. Jawatankuasa Pengelola sememangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan

"Kerjasama daripada pihak PDRM digunakan untuk menjaga aspek ini manakala Unit Keselamatan UPM juga turut digunakan. Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita," katanya lagi.

Kata Khairy, tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan disiplin kontinjen pada setiap masa terutamanya di blok-blok penginapan dalam kawasan asrama adalah di bawah pengawasan kontinjen negeri masing-masing.

Jelasnya, setiap pasukan mempunyai pegawai terdiri daripada pengurus, penolong pengurus, pegawai pengiring, jurulatih dan sebagainya, justeru mereka ini harus bertanggungjawab penuh terhadap anggota mereka, termasuk hal-hal keselamatan.

"Tindakan tegas ini harus menjadi mesej yang jelas kepada semua pegawai, jurulatih dan pengurus supaya lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid (Abu Bakar) bahawa beliau akan mempercepatkan siasatan kes ini, ketiga-tiga suspek sudah ditahan reman.

"Saya juga telah mengarahkan MSN untuk membuat satu post-mortem dengan segera supaya kejadian-kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temasya kebangsaan akan datang," katanya.

Selangor juara Sukma XVI, sekat dominasi Terengganu

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

Kontinjen Selangor bersorak selepas diumumkan juara Sukma XVI Kuala Lumpur pada majlis penutup temasya itu di Stadium MSN, Bukit Jalil, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Selangor berjaya menyekat dominasi Terengganu apabila muncul juara Sukan Malaysia XVI yang melabuhkan tirainya semalam dengan kejayaan meraih sebanyak 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa.

Terengganu yang menjuarai edisi 2008, 2010, 2011 serta 2012 berada di tempat kedua dengan perbezaan empat emas.

Wilayah Persekutuan pula di tempat ketiga dengan 15 emas 20 perak dan 27 gangsa.

Lebih menarik, gimnas Selangor. Daniel Iskandar Richard dari acara gimnastik artistik dinobat Atlet Lelaki Terbaik selepas meraih tiga emas dalam disiplin keseluruhan individu, keseluruhan berpasukan dan kekuda berpelana.

Dia juga telah meraih dua perak dalam acara melombol dan palang tunggal.

Sementara Esmelda Arecia Menti Alfred Geling dari Sarawak pula dirai sebagai Atlet Wanita Terbaik dan kedua-dua atlet tersebut telah menerima trofi dan RM1,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Esmelda yang telah pun pulang ke negeri kelahirannya, Sarawak terpaksa diterbangkan semula ke Kuala Lumpur, semalam.

Dia meraih dua emas dalam aparatus melombol dan batan titian.

Gimnas berusia 13 tahun itu telah meraih tiga perak bagi disiplin berpasukan keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai.

Dia juga telah memenangi satu pingat gangsa bagi disiplin keseluruhan individu.

Bendera temasya yang telah diturunkan kemudian diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia XVI, Datuk Seri Zolkples Embong sebelum diberikan kepada Khairy yang kemudiannya memberikan kepada Menteri Besar Perlis, Azlan Man sebagai wakil tuan rumah Sukan Malaysia XVII di Perlis tahun depan.

Sementara itu, timbalan Ketua Kontinjen Selangor, Amiruddin Shari berkata, hasil kejayaan kontinjen itu adalah usaha berterusan Majlis Sukan Negeri dan persatuan sukan negeri Selangor.

"Kita berjaya merampas kembali kejuaraan dengan membuktikan pembangunan sukan di Selangor masih bagus," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Selangor nafi hajat Johor DT

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN dan ISWAN SHAFIQ MAT ISAsukan@utusan.com.my

PEMAIN Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha dikasari pemain Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, semalam.

KUALA LUMPUR - Selangor menyekat hajat Johor Darul Takzim untuk menutup saingan Liga Super sebagai naib juara apabila bangkit mengikat pasukan tuan rumah 1-1 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, semalam.

Keputusan itu bermakna Selangor kekal pada tangga kedua, sama 40 mata dengan Johor DT, namun layak ke kejohanan Piala AFC berdasarkan kelebihan jaringan.

Johor mendahului menerusi Leonel Nunez pada minit ke-22 namun Selangor bangkit menyamakan kedudukan menerusi Forkey Doe pada minit ke-52.

Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah menyaksikan T-Team kekal beraksi dalam Liga Super musim depan setelah seri 2-2 dengan Terengganu.

Keputusan itu sudah cukup untuk menyelamatkan T-Team daripada tersingkir ke Liga Perdana setelah Felda United, yang turut menang ke atas pasukan tercorot, Negeri Sembilan bagaimanapun terpaksa mengalah apabila kelebihan gol memihak kepada T-Team.

Dalam perlawanan semalam, T-Team terlebih dahulu menemui sentuhan jaringan apabila pemain import Damir Ibric yang meledak menerusi tendangan percuma luar kotak penalti pada minit ke-12.

Bagaimanapun, Mohd. Nasril Izzat berjaya menyamakan kedudukan untuk Terengganu apabila bijak memanfaatkan bola lorongan pemain import, Effa Owona pada minit ke-36.

Masuk babak seterusnya, Terengganu terus menggandakan asakan sebelum berjaya memperolehi gol kedua menerusi pemain gantian, Mohd. Fakhrurazi Musa pada minit ke-51.

Pun begitu, gol tersebut hanya bertahan untuk sembilan minit apabila T-Team kembali menyamakan kedudukan menerusi Ahmad Syamim Yahya.

Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan kedua- dua wakil Terengganu itu kekal beraksi dalam Liga Super musim depan.

Selepas tiga musim, Felda United akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super apabila gagal memintas kedudukan T-Team walaupun menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Walaupun, penyerang Felda, Rudie Ramli berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 namun tiga mata yang dikutip itu tidak membawa sebarang makna.

Rusdi sebelum itu menjaringkan gol pertama pada minit ke-16 sebelum disamakan oleh pemain veteran Negeri Sembilan, Eddy Helmi pada minit ke-52.

Benam Pakistan redakan kekecewaan

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengucapkan tahniah kepada pemain selepas Malaysia mengalahkan Pakistan 3-1 pada perlawanan penentuan tempat ke-5 hingga ke-8 kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia, di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU - Aksi Malaysia pada penentuan tempat kelima hingga kelapan kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, semalam ibarat 'harimau terluka' apabila membenam Pakistan 3-1.

Kemenangan itu sekurang-kurangnya dapat meredakan kekecewaan gagal memburu slot ke Piala Dunia 2014 menerusi kejohanan di sini selepas tewas 0-6 kepada Jerman pada aksi suku akhir Khamis lalu.

Lebih manis ia adalah kemenangan pertama skuad Paul Revington ke atas pasukan terbaik Asia, Pakistan sejak mengendalikan skuad kebangsaan Ogos tahun lalu.

Revington berkata, perlawanan menentang Pakistan sentiasa sengit tetapi semalam pemain berjaya mengatasi lawan dengan baik.

"Menentang pasukan seperti Pakistan memerlukan pemain menjadi lebih bijak ketika melakukan serangan dan kami berjaya melakukannya hari ini (semalam)," katanya.

Malaysia meraih gol pada minit ke-14 hasil pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim namun Pakistan kedudukan dan berjaya melakukannya pada minit ke-16 menerusi gol padang Shafqat Rasool.

Pakistan tertekan apabila Imran Butt menjadikan gol sendiri pada minit ke-19 untuk Malaysia mendahului 2-1 dan Malaysia menambah gol ketiga pada minit ke-38 hasil jaringan Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Safiq, Safee masih 'laku'

Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Safee Sali, Safiq Rahim

KUALA LUMPUR - Dua pemain Kelantan, Ahmad Fakri Saarani dan Azizi Mat Rose kembali menambat pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal untuk diserapkan dalam kumpulan 27 pemain bagi bertemu Chelsea dan Barcelona.

Namun, ketika dua bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) yang semakin dilanda kemerosotan prestasi, Safiq Rahim dan Safee Sali - kedua-duanya masih meraih kepercayaan jurulatih berusia 56 tahun itu.

Jangan sebut soal jasa, realitinya kedua-duanya lebih kerap memanaskan bangku simpanan ketika bersama Johor DT, menimbulkan persoalan yang sering ditimbulkan apabila senarai pelatih skuad kebangsaan diumumkan.

Malah, tidak keterlaluan ramai menggelarkan mereka berdua sebagai anak emas Rajagobal kerana kerap mendapat tempat secara automatik walaupun prestasi mereka dalam saingan liga boleh dipertikaikan.

Bekas pemain kebangsaan dan penganalisis bola sepak negara, Reduan Abdullah berkata, sebagai jurulatih, dia (Rajagobal) sememangnya berhak memilih sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai mengikut sistem permainannya dan tidak salah memanggil kedua-dua pemain berkenaan.

Cuma berdasarkan pandangan peribadinya, dia berasa itu sebagai satu perkara yang kurang adil bagi pemain-pemain lain yang telah menyerlah dalam saingan liga, namun tidak diberikan kesempatan atas alasan kurang berpengalaman beraksi di pentas antarabangsa.

Soal penyenaraian pemain, saya rasa biarlah Rajagobal melakukan kerjanya kerana dia lebih arif cuma rasa sedikit hairan kerana pemain yang berterusan tidak menyerlah masih dipanggil dalam pasukan kebangsaan.

Situasi ini jarang-jarang terjadi sepanjang saya mengikuti skuad kebangsaan semenjak dulu kerana mana-mana pemain yang gagal memperagakan aksi terbaik ketika mewakili pasukan negeri masing-masing pasti akan digugurkan dan diisi pemain baru.

Bila ini terjadi, barulah ada persaingan yang sihat di kalangan pemain untuk memastikan tempat mereka dalam skuad kebangsaan terjamin dan sentiasa memberikan terbaik di atas padang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam masa sama, dia berasa satu kerugian tidak menyenaraikan pemain Johor DT, Nurul Azwan Roya, malah tidak berada pada senarai 14 pemain menunggu jika ada kecederaan melanda pada mana-mana 27 pemain utama yang dipanggil.

Saya sendiri tidak mengerti pemain berkualiti tinggi seperti Azwan Roya gagal berada dalam pasukan kebangsaan, bukan saya sahaja namun semua orang nampak dia cukup konsisten sepanjang musim ini malahan mampu menjaringkan banyak gol," katanya.

Beberapa nama yang menjadi teras kekuatan pasukan seperti Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak, Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Fadhli Shas masih disenaraikan.

Dua bintang Sarawak, Bobby Gonzales dan Putera Nadher Amarhan Maderner berada dalam senarai menunggu 14 pemain jika ada kecederaan melanda 27 pemain utama.

Semua pemain akan mendaftarkan diri menjalani latihan pusat pada 11 Julai iaitu pada bulan Ramadan di Wisma FAM bagi berdepan Chelsea pada 21 Julai ini di Stadium Shah Alam.

Kemudian mereka bakal berangkat ke Tokyo, Jepun pada 23 Julai ini bagi menjalani siri perlawanan persahabatan di sana sebelum mengakhiri persiapan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia dengan menentang Barcelona FC, 10 Ogos ini.

Hoki: Perjuangan belum berakhir lagi

Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU - Skuad kebangsaan perlu melupakan seketika kekalahan pada suku akhir pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia, kelmarin andai mahu mengembalikan keyakinan peminat tempatan kepada pasukan negara.

Sungguhpun kekalahan pada suku akhir tersebut memberikan kesan mendalam buat pasukan kebangsaan kerana terlepas peluang terbaik melangkah ke Piala Dunia 2014 di Belanda, namun perjuangan pada kejohanan tersebut masih perlu diteruskan.

Skuad kebangsaan perlu menang ke atas Pakistan pada aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan hari ini untuk membuktikan Malaysia bukan pasukan yang lemah dan perlu dihormati lawan.

Malah, aksi pada kejohanan ini juga penting buat skuad bimbingan Paul Revington untuk mengutip mata bagi memperbaiki kedudukan ranking sekiranya menamatkan saingan di kedudukan lima terbaik.

Dalam pada itu, Revington berkata, tumpuannya kini adalah pada perlawanan selepas ini menentang Pakistan serta tidak mahu kekalahan kelmarin menghantui skuad kebangsaan.

"Cabaran kami pada kejohanan ini masih belum berakhir dan perlu ditamatkan dengan baik meskipun berasa kecewa dengan kekalahan ke atas Jerman.

"Pakistan adalah pasukan yang perlu dihormati dan kami perlu menghadapi mereka dengan aksi terbaik kami," kata Revington.

Harapan untuk Malaysia melangkah ke Belanda tahun depan masih belum tertutup kerana peluang terakhir masih ada pada Piala Asia di Ipoh, Perak pada 24 Ogos hingga 1 September ini.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya menyaksikan gergasi Eropah mendominasi pentas separuh akhir manakala hanya satu sahaja wakil Asia melepasi suku akhir.

Pasukan No. 1 dunia, Jerman dan England yang melangkah ke saingan separuh akhir hari ini sudah pasti memperoleh tempat ke Piala Dunia kerana kelebihan kedudukan ranking yang dimliki.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS