Berita Harian: Sukan |
Posted: 19 Dec 2010 02:38 PM PST TIDAK dinafikan kelibat Khairul Fahmi Che Mat ada kaitan dengan kemaraan skuad negara ke final Piala Suzuki AFF tapi penjaga gol muda itu pantas menafikan bicara hangat itu ketika ini. "Kejayaan ini hasil kerja sepasukan," katanya, semalam yang enggan sama sekali meletakkan dirinya selaku wira tunggal sekali pun ramai beranggapan aksinya menyelamatkan beberapa percubaan tepat Vietnam pada saingan separuh akhir antara faktor utama anak didik K Rajagobal melangkah ke perlawanan akhir edisi 2010. Hakikatnya terbukti apabila penjaga gol Kelantan itu yang pertama kali menyarung jersi kebangsaan hanya sekali tertewas sepanjang kempen kali ini dan pada saingan separuh akhir - kebal sepanjang 180 minit bertemu Vietnam tempoh hari. "Mungkin nasib menyebelahi saya, tetapi saya rasa kerja keras semua pemain adalah punca utama kita berjaya ke final. Kami berjaya mengekalkan disiplin dan strategi permainan diterapkan jurulatih (Rajagobal). "Kini masih ada baki 180 minit yang perlu dihadapi bagi memastikan kempen kali ini benar-benar berjaya." Penjaga gawang berusia 21 tahun itu turut berharap dapat mencatat sejarah paling manis dengan menjulang Piala Suzuki AFF, tahun ini selepas membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia, Oktober lalu. Sesungguhnya, kejayaan layak ke final harus mengundang bicara peminat tanah air yang pasti bersetuju andai disebut kemaraan skuad bola sepak negara ke final Piala Suzuki AFF buat kali kedua dalam tempoh 14 tahun sejak diperkenalkan ada kaitan dengan kemampuan pasukan kendalian Rajagobal mengekang asakan lawan. Bermula dengan barisan pertahanan kental diterajui Mohd Fadhli Mohd Shas dan Mohd Muslim Ahmad, gawang negara tampak begitu kebal dan jika barisan ini berjaya dibolosi, kubu terakhir dikawal ketat Khairul bukan calang-calang kebal. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmuhammad zaim nakhaie tahniah kepada pasukan malaysia kerana dapat melangkah ke peringkat akhir k nasib je tu. mainan x cantik pun lieza tahniah... hrap psukn m`sia akan membwa pulang piala suzuki AFF... amin... nuraija setuju sesngt penjaga gol kita ni seorg yg brbkt n mempunyai kemahiran yg baik....semoga fahmi menjadi penjaga gol yg brjaya,,, mohd alhafis tahniah kepada pemain2 negara...coach k rajagopal..dan peminat setia.yg menyokong team negara..semoga team negara menperbaiki lagi tahap permainan...menentang indonesia 26 dan 29 nanti...insyallah malaysia akan menang..GO2 HARIMAU MALAYA.. almo tahniah pasukan bola sepak MALAYSIA, penjaga gol memang terbaik, tapi saya nak bagi pandangan sikit,kalau boleh bahagian pertahanan dan midfield cuba pegang bola lama sikit,ni tak sikit2 terus sepak ke atas dan tak de sape pun dapat,cuba lebih banyak control bola dari pada sepak tak tentu hala, by the way, ALL THE BEST!!=) shuhada c0ngrate guys
nadzri Tahniah kepada semua pemain.Anda semua hebat dengan strategi pertahanan.Kena ubah strategi vs dgn indonesia kerana pasti tlh analisis utk pecahkan benteng pertahanan dan Fahmi.Semoga berjaya. ani tahniah-- keepup the good works Kudien Bulungan Tahniah Msia & jumpa Indon di final Piala AFF Suzuki. Klu Msia memang - kita layak dinobatkan juara sejati Asia Tenggara krn semua pemain adalah rakyat Msia.Skuad Indon ada pemain 'beli'. Tanpa Gonzales - Indon mungkin kalah kpd Filipina. Ayoh! skuad Msia..buktikan kita boleh. Fokus dan berdisiplin di padang. Insya Allah dgn semangat 1 Msia - kita menang. Bukan mustahil kita kalahkan Indonesia wlu ada jutaan rakyatnya yg sanggup menyokong Gonzales dan Irfan utk berjuang. shah_chucky jaga gonzales dgn okto ketat2....malaysia boleh!!! zackfais mmang steady r pnjaga gol,n benteng malaysia...apex naik nma nma klantan dan nma negara skali..hdup bola malaysia!!!moga brjaya mnjulang piala suzuki...amain.. bpacho tahniah kpd skuad MALAYSIA krn dpt msuk final,t'utama kpd keeper krn mjaga amanah sbgai pjaga gol no 1 negara...jgn lupa solat hajat tnda sykur kpd ALLAH...AMEN syafiq penuhkan stadium mase final nanti..!!!
Zali Trg Tahniah..masuk final.Jk mhu juara mestilah kawal bola dgn lbh baik.Jgn dpt bola terus tendang.Cube tengok permainan masa klh .. mian Tahniah kpd pihak pengurusan, jurulatih dan semua pemain. Namun jangan lupa jasa jurulatih semasa di sekolah kerana jurulatih di sekolah la yang mula membimbing para pemain ini.Semoga MALAYSIA berjaya menjuarai kejohanan ini. Sazwan_HijauKuning tahniah malaysia.. pulun malaysia pulun sri siantan Jgn terlalu merendah diri atau terlalu meninggi diri. Biar bersederhana. Apa pun terus berusaha & tingkatkan semangat berpasukan. Malaysia boleh. adsim merendah diri adalah sifat terpuji, tetapi itu yg layak diberikan kpd Khairul Fahmi.. Harap defend Malaysia tidak seteruk first game, overall setakat ni, semua posisi mula menampakkan keserasian dan harap2 team negara perbaiki teknik hantaran dan kawalan bola... xsabar menunggu 9 tonggak pulih untuk tgk kemampuan sebenar pasukan PENGKRITIK TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA YANG BERJAYA MENCIPTA KEMENANGAN. MASIH ADA SATU PERLAWANAN. BAIKI SEGALA KELEMAHAN YANG ADA TERUTAMA BAHAGIAN SERANGAN DAN PERTAHANAN AGAR TIDAK BERULANG SEPERTI PERLAWANAN YANG SEBELUM INI. CARI STRATEGI MENIPU LAWAN DENGAN TAKTIK YANG BOLEH DICIPTA. PASTIKAN PIHAK LAWAN TERKELIRU DENGAN CORAK PERMAINAN KITA.UBAH RENTAK SERANGAN DENGAN PERBAGAI TAKTIK. SEMOGA BERJAYA. wan kamal diharap pemain negara bermain dengan cemerlang di final. Que Jangan puji lebih-lebih. tugas belum selesai. Udah dapat piala baru boleh puji k.. focus2. johan Tahniah, anda dan rakan sepasukan anda telah berjaya mengharumkan nama MALAYSIA.
ezad_alzaza sentiasa fokus pada perlawanan..mungkin itulah rahsia pemain kita..tp fahmi paling terbaek...ole3 aslam amir sokong Fahmi.moga-moga dapat kekalkan prestasi hingga ke peringkat final.lunaskan dendam ke atas indonesia..GOMO MALAYSIA GOMO!!! api Assalamualaikum....
esem Tahniah kepada pasukan Malaysia,sejarah sukan bola sepak akan berulang... norazmi FAHMI MEMANG CERMELANG amrie penjaga gol paling mantap.. KHAIRUL Teruskan kecemerlangan. Gemilang hingga keakhir masa.Piala Suzuki milik kita. Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk squad Harimau Malaya. cikabu tahniah dan syabas diucapkan kpd penjaga gawang pasukan Malaysia atas pretasi terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung.Diharapkan prestasi ini dapat dikekalkan di final nanti.harap Malaysia menang Piala AFF Suzuki.Sama-sama kita doakan! amarvespaqlate hope malaysia main molek la,jgn biarkan kita kehilangan bola begitu cepat,pemain harus mempunyai keyakinan utk menghantar bola,sekiranya direalisasikan Malaysia pasti berada dalam kelas sebenar bola sepak,Gomo MALAYSIA Gomo lan saya ucapkan tahniah atas kejayaan skuad negara yang bjaya ke akhir piala suzuki 2010.saya juga kagum pemain pemain msia yang bermain dgn corak menyerang dgn pantas.untuk kuna permainan yang lincah saudara menambatkan hati peminat bsepak msia.tahniah ducapkan kpd pemain msia. |
Posted: 19 Dec 2010 02:36 PM PST Sukan HABUAN lumayan RM9,000 menunggu setiap pemain bola sepak negara andai menjuarai Piala Suzuki AFF buat julung kali dengan jumlah berkenaan mungkin meningkat sebelum final timbal balik pertama di tempat sendiri pada 26 Disember ini.Sejumlah RM88,200 bagi Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF 2010 sudah dikutip sehingga semalam oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) atas inisiatif Kementerian Belia dan Sukan selepas kerajaan sudah berjanji menyumbang RM5,000 kepada setiap pemain jika berjaya melepasi final timbal balik pada 26 dan 29 Disember ini. "Ini adalah jumlah dijanjikan jika muncul juara," kata menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek, semalam. "Ganjaran diberi berdasarkan skim Shakam Sukan Sea. RM5,000 kepada setiap pemain kerana meraih pingat emas. Jumlah ini sama di peringkat Asean. Syarikat swasta menjanjikan ganjaran kepada pemain."Dia menambah: "Rakyat harus memberi sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada pemain mengharumkan nama negara." Sumbangan ini dikelolakan SAM dan akan dipaparkan dalam akhbar. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan