Harian Metro: Arena |
Posted: 19 Dec 2010 09:51 AM PST KAPTEN skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim percaya impian untuk bergelar juara Piala Suzuki AFF bukan lagi sesuatu yang mustahil selepas mengetuai rakan-rakannya mara ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir, kelmarin. Perancang tengah berusia 23 tahun itu kini semakin yakin skuad itu bakal mencipta satu lagi sejarah bola sepak tempatan selepas anak buah K Rajagobal mengakhiri penantian 20 tahun pingat emas Sukan Sea dan mara ke pusingan kedua Sukan Asia selepas tempoh 32 tahun.
"Walaupun sasaran awal adalah separuh akhir, kerja keras serta kerjasama berpasukan akhirnya membuahkan hasil untuk menamatkan penantian 14 tahun mara ke perlawanan akhir," katanya.
"Walaupun ramai pemain muda dalam skuad ini, kami berjaya mengekang asakan jentera serangan Vietnam yang kebanyakannya berpengalaman bermain di peringkat ini," katanya.
|
Rajagobal teruja menanti aksi final Posted: 19 Dec 2010 09:45 AM PST IMPIAN menggunung jutaan rakyat Malaysia dan pemain kebangsaan untuk menentang Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF bagi menyempurnakan misi membalas dendam kekalahan memalukan di peringkat kumpulan akhir tercapai. Indonesia mengesahkan kemaraan ke pentas akhir apabila menyingkirkan Filipina 1-0 menerusi jaringan tunggal Christian Gonzales pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam dan mara dengan keputusan agregat, 2-0.
"Saya teruja menanti perlawanan ini. Hanya pemain yang dapat tentukan perasaan mereka apabila bertemu di perlawanan akhir," katanya.
Namun, sebagai jurulatih, Rajagobal tidak dapat menyembunyikan hasratnya untuk skuad kebangsaan menjuarai kejohanan utama bola sepak di rantau Asia Tenggara ini buat kali pertama.
Bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu juga percaya kejayaan menumbangkan juara bertahan itu mengubah senario kejohanan itu dan berdasarkan persembahan yang dipamer, barisan pemain muda negara memang layak untuk berada di perlawanan akhir.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan