Berita Harian: Sukan |
'Bagi 4 tahun untuk takluk Asia' Posted: 20 Dec 2010 04:18 PM PST Sukan SUBAHAN (kiri) bersama Rajagobal berpeluang merakam sejarah baru negara dalam saingan Piala Suzuki. SKUAD bola sepak negara yang bakal berdepan Indonesia dalam final Piala Suzuki AFF dianggap mentah tetapi bakal menggegar dalam tempoh empat tahun lagi untuk cuba menakluki Asia. Firasat itu diluahkan pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal yang meminta peminat tanah air usah cepat gembira sebaliknya segera memberi sokongan moral secara konsisten sehingga tempoh berkenaan. "Ini hanyalah permulaan. Sasaran sebenar kita adalah membentuk pasukan benar-benar mantap dalam tempoh tiga sehingga empat tahun lagi," katanya, semalam."Saya tidak mahu kita terbawa-bawa dengan kejayaan ini sehingga kita lupa matlamat utama adalah untuk kembali menjadi negara kuasa bola sepak di rantau Asia Tenggara dan juga Asia satu hari nanti. Harap rakyat Malaysia akan terus menyokong barisan muda ini, baik ketika berjaya atau pun ketika waktu sukar." Pengurus berkenaan yang menikmati kejayaan merangkul pingat emas Sukan Sea 2009 dan kali ini berpeluang merakam sejarah baru dalam Piala Suzuki bersama jurulatih, K Rajagobal, mendedahkan rahsia kejayaan skuad negara ketika ini. "Kita menerapkan suasana kekeluargaan dalam pasukan, barisan pemain muda yang dididik penuh disiplin oleh Rajagobal dan saya mengambil pendekatan lebih lembut dengan menjadi tempat mereka mengadu masalah," kata Subahan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenzakaria razali InsyaALLAH dlm 4 tahun lg klu team ni dikekalkan, boleh jadi Juara Asia. Apa pun main malam Ahad ni kena berjuang habis2an. Jgn takut dgn team Indon, dulu masa 1st round belum panas, tp skrang different ball-game. InsyaALLAH boleh menang 2-0. Main di Jakarta, kita boleh menang tp mesti pakai strategi mcm main Vietnam. Apa pun Syabas Harimau Msia Asri Abd Aziz pndedahan di peringkat luar kepada skuad muda kbangsaan sgt penting...kini kita mmperoleh kesan positif melalui program pnghantaran skuad muda kita ke slovakia tempoh hari...tahniah ! DINO Tahniah dan teruskan perjuangan Abd Ghani Shaari Tahniah, kekalkan permainan bola sepak ala Malaysia,(sambal belacan-pedas) pasti menang. javier a great job for current player... just a question why not try to take some player who have malaysia PR and currently play for oversea club... for example... Brandan Gan from sydney FC... he is holding malaysia passport... from the way he play i believe he is a strong midfielder that malaysia still need... wish for it and wan to see malaysia go in to world cup 1 day soon.. best wish for the AFF final cup... |
Nasri bangkit kemarahan pemain United Posted: 20 Dec 2010 04:12 PM PST Sukan NASRI canang Manchester United tidak akan bergelar juara Liga Perdana Inggeris, musim ini. Pemain Perancis berusia 23 tahun itu juga memperlekehkan lawan dari Old Trafford itu apabila berkata: "Bagus perlawanan anda di Chelsea, kelmarin dibatalkan kerana anda tidak akan menang sekalipun jika perlawanan itu diteruskan!" Ketika ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas (berita muka 44) mempersoalkan sama ada kelab dari London itu memiliki kekuatan mental dalam perlawanan besar, Nasri percaya persaingan merebut gelaran masih kekal terbuka. Arsenal kehilangan tempat teratas apabila kecundang 1-0 kepada United, Isnin lalu.Tetapi Nasri berkata: "Saya fikir gelaran liga hampir dalam genggaman kami. "Jika dilihat, United sepatutnya berdepan Chelsea dan saya tidak boleh melihat mereka memenangi perlawanan itu. Saya juga merasakan perlawanan dalam tangan bukannya satu kepastian kerana meraih kemenangan di Blackpool bukannya mudah. "Saya fikir kami memiliki kualiti dan kematangan yang kami tiada sebelum ini," katanya. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan