Harian Metro: Arena |
Posted: 20 Dec 2010 11:50 AM PST "INILAH saat kami tunggu." Laungan keyakinan itu disuarakan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (gambar) yang bertekad menebus kembali maruah bola sepak negara pada final Piala Suzuki AFF menentang Indonesia. "Kami akan pastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia untuk membalas dendam kekalahan memalukan awal bulan ini dan seterusnya menjulang buat kali pertama piala mula dipertandingkan sejak 1996 ini.
Malaysia diaib Indonesia pada perlawanan pembukaan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 1 Disember lalu apabila tewas 1-5 walaupun mendahului melalui jaringan Norshahrul pada minit ke-18. Namun pada perlawanan akhir, skuad kebangsaan pastinya menagih kelicikan pemain berasal dari Terengganu itu untuk mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan serta mengatasi kekebalan penjaga gol Indonesia, Markus Rihihina yang hanya melepaskan dua gol di sepanjang kejohanan .
Penyerang lincah yang membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia itu menjangkakan akan terus diberikan peranan untuk lebih banyak bertahan oleh ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal selain membantu dan membuka lebih banyak ruang untuk Mohd Safee menjaringkan gol. "Saya tidak kejar status sebagai penjaring terbanyak, apa yang penting adalah kejayaan pasukan untuk menjulang buat kali pertama piala ini," tambahnya yang kini sudah menjaringkan dua gol untuk negara.
|
Posted: 20 Dec 2010 11:48 AM PST BARISAN pertahanan muda negara seharusnya diberikan pujian apabila bangkit mempelajari sesuatu selepas dimalukan Indonesia pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF pada awal bulan ini. Apa tidaknya, barisan pertahanan dibarisi Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas dan Mahali Jasuli dilihat lebih matang terutama selepas menyingkirkan dua gergasi Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam untuk mara ke perlawanan akhir.
Bagi Mohd Muslim yang baru berusia 21 tahun, dia berjanji akan mempamerkan persembahan terbaik pada perlawanan akhir selain mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh memberikan kelebihan kepada lawan.
Menurut pemain kelahiran Terengganu itu, pengalaman beraksi buat kali pertama di kejohanan itu amat berguna kepadanya sekalipun pernah mendapat pendedahan di Slovakia bersama skuad Harimau Muda sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan