Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Maafkan saya'

Posted: 02 Jan 2011 05:54 PM PST

Sukan

pix_gal0
Misbun berat hati mahu bicara isu letak jawatan

"SAYA minta maaf. Saya tidak ada rasa nak bercakap sekarang. Mungkin lain kali. Selamat Tahun Baru dan jaga diri."

Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada jurulatih perseorangan negara, Misbun Sidek ketika diminta mengulas lanjut mengenai keputusannya meletak jawatan secara mengejut, kelmarin. Nada mesej berkenaan tampak lebih terarah kepada rasa tawar hati terhadap laya-nan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terhadapnya yang sukar dipendam lagi selepas sekian lama menyimpan segala kekecewaan.

Sehingga kini gelagatnya menimbulkan pelbagai misteri yang menjadi bahan tarikan peminat tanah air ketika ini untuk mengetahui kisah sebenar isi hati jurulatih itu yang berusia 51 tahun itu.

Bekas pemain dan jurulatih yang penuh kontroversi itu melakukan kejutan apabila menghantar surat peletakan kepada BAM menerusi emel Jumaat lalu ketika cabaran 2011 bermula dengan tiga kejohanan utama, bulan ini.

Kejohanan itu termasuk final Grand Prix (GP) di Taiwan bermula Rabu ini, diikuti Terbuka Malaysia (18-23 Januari) dan Terbuka Korea (25-29 Januari) - semua kejohanan itu akan disertai anak didiknya, Lee Chong Wei.
Begitupun, dia tidak menyatakan sebarang alasan di sebalik keputusannya itu.

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan jurulatih itu dan pihaknya akan segera menyelesaikan kemelut berkenaan.

"Perkara ini sudah dimaklumkan kepada presiden BAM (Datuk Mohd Nadzmi Salleh) yang kini berada di luar negara, dan hanya pulang Selasa ini. Beliau dijangka bertemu Misbun untuk mendapatkan penjelasan berhubung keputusan itu," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Payids

Ini bukan soal imbuhan, Datuk Misbun bukan orang yang bekerja untuk imbuhan tetapi untuk maruah negara. Saya percaya Datuk Misbun meletak jawatan kerana usahanya untuk membangunkan dan mengetengahakan barisan pemain muda dan baru telah dicampuri oleh pihak tertentu. Kita dapat lihat hari ini, kita tiada pelapis yang berwibawa. Kenapa?

Bakhtiar Amat

masakan pokok boleh bergoyang kalau tidak ada angin.Bagi Dato Misbun mungkin ada yg terbuku selama ni dah tak tertanggung.Mungkin ada penyelesaian antara kedua belah pihak.

KUDIEN

Perletakan jwtn Misbun sebagai jurulatih pemain perseorangan lelaki badminton negara perlu ditangani segera. Politik dalaman BAM perlu difahami oleh KBS/MSN untuk mempastikan BAM dipimpin secara berhemah demi negara bangsa. Ada yang sukar difahami kemelut dlmn BAM - umpamanya pemergian Punch Gunalan, pergi/datangnya jurulatih lama/baru, kemelut anak Dtk Sidek dan beberapa pemain yg prestasi mereka tidak meningkat/konsisten. Dicadang buat Bengkel Khas untuk buat SWOT analisis dalam usaha merungkai permasaalahan yg kurang difahami itu.

Eja abdullah

Kemelut yg ada d dlm hati misbun..dirinya sndiri yg lbh arif..mengundur diri adalah satu keputusan yg d ambil setelah d fikir dn d kaji dgn brhati2.walaupun kita akn kehilangan satu tonggak kekuatan dlm tenaga kejurulatihan,kptusan yg d ambil harus kta hormat..Misbun lebih memahami diri Misbun..

Mazlan Saidi (Anak Bilut)

Sukan bertaraf antarabangsa memerlukan kerja berpasukan yg padu.tanpa elimen ini ianya tidak berjaya.justeru itu pemain dan jurulatih diletakan pada matlamat yg utama.jurulatih dipertangungjawab menyeluruh khusus utk menjadikan seseorang pemain sebagai jaguh.sementara pemain mengikuti perancangan tersebut.sebarang kemungkinan adalah tangungjawab jurulatih.justeru adalah menjadi satu hak jurulatih menerima imbuhan setimpal dgn usaha dan pengorbanan mereka.adalah wajar jika tangungjawab jurulatih tidak seimbang dengan imbuhan maka PERLETAKAN JAWATAN ada jalan penyelesianya...

hambran

Mumgkin persatuan badminton tdak mberi gaji yg setimpal kpd jurulatih bdminton ataupun bam memang tidak propesional dlm membentuk bakal pemain muda

Zafran

Inilah akibatnya jika orang baru dilantik cuba menidakkan keupayaan orang yang telah lama berjasa kepada Negara. Datuk Misbun boleh!....

Joe Jambul

Sayang betul lah bila mcm ni. Suka betul tengok kombinasi Misbun-Lee Chong Wei. Kalo takde kat BAM pun, mohon Misbun lahirkan lagi bakat2 baru bertaraf seperti Lee Chong Wei kelak.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Jangan ghairah terima lamaran: Tengku

Posted: 02 Jan 2011 03:09 PM PST

Sukan

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menegur pemain negara yang mahu dipancing oleh kelab negara asing, terutama dari Indonesia berfikir dulu masak-masak sebelum membuat keputusan untuk berpindah mengembangkan sayap kerjaya masing-masing.

Timbalan presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu pemain negara memberi pertimbangan wajar sebelum menerima tawaran daripada negara jiran yang dibaham Harimau Malaya pada final Piala Suzuki 29 Disember lalu.

"Kalau hendak pindah pun, biarlah ke kelab atau liga yang jauh lebih baik daripada kita," titahnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. "Saya harap pemain akan fikir dua kali sebelum menerima tawaran berkenaan.

"Kualiti liga di Indonesia tidak jauh bezanya dengan kita, tetapi terpulang kepada pemain kerana kami (FAM) tidak berhak menghalang keputusan mereka. Bagi saya, lebih wajar sekiranya mereka menyertai liga yang lebih tinggi mutunya seperti di Jepun atau Korea Selatan."

Antara pemain yang menjadi buruan kelab Indonesia adalah penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF, Mohd Safee Sali, pemain sayap Mohd Amirulhadi Zainal dan penyerang licik, Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi tonggak kepada kejayaan negara.

Tengku Abdullah turut mengingatkan pemain yang baru menjuarai Piala Suzuki tidak terbawa-bawa dengan keseronokan dirai sebagai wira negara, kerana masih ada banyak tugas perlu dilunaskan.
"Jangan terlalu ghairah dengan kejayaan tempoh hari," titahnya. "Boleh berseronok tetapi perlu ada hadnya. Kita perlu kembali ke keadaan asal di mana tumpuan kepada latihan dan persediaan menghadapi kejohanan lain pula."


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan