Harian Metro: Arena |
Posted: 21 Jan 2011 10:50 AM PST SAMBIL menyifatkan Lin Dan bermain taktik kotor, jaguh Indonesia, Taufik Hidayat menuntut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil tindakan terhadap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 kerana sengaja menarik diri daripada Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung. "Saya mahu BWF mengambil tindakan terhadap Lin Dan kerana ini kali ketiga dia menarik diri. Dia langsung tidak menunjukkan rasa hormat terhadap kejohanan," kata Taufik yang begitu marah ketika ditemui selepas menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago. "Dia sering memberi kemenangan percuma setiap kali berdepan rakan senegara." Semalam, Lin Dan sekali lagi membuat keputusan menarik diri sekali gus menafikan pertemuan menentang Datuk Lee Chong Wei di separuh akhir, hari ini.
Ketua pengadil Terbuka Malaysia, Jane Wheatley dari Australia berkata, Lin Dan mengalami kecederaan sewaktu latihan sesi pagi.
Tahun lalu, di Terbuka China, Lin Dan turut memberi kemenangan percuma kepada Chen Long dan selepas itu dia melakukan perkara sama ketika memberi laluan kepada pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh ke separuh akhir sewaktu menentang Chong Wei.
Ketika ini, Chong Wei, Taufik dan Peter Gade (Denmark) berada di tiga kedudukan teratas ranking dunia, manakala Chen Long dan Lin Dan keempat dan kelima. |
Posted: 21 Jan 2011 10:26 AM PST KECEWA tidak mencapai prestasi diharapkan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong menegaskan, beberapa atlet dalam program Road To London mungkin disingkirkan. "Mungkin ada atlet yang tidak mencapai prestasi diharapkan akan dikeluarkan untuk digantikan dengan mereka yang mempamerkan persembahan memberangsangkan," katanya.
Namun, selain memanah, tiga jenis sukan lain yang berada di dalam program itu iaitu badminton, terjun dan berbasikal pastinya turut dinilai secara teliti terutamanya badminton yang menjadi sasaran utama meraih emas pertama negara di temasya Olimpik London pada pertengahan tahun depan.
Namun, semua itu akan dinilai dan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa pemandu Road To London yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Selasa ini.
Menembak dan skuad hoki lelaki sebelum ini dikatakan dua jenis sukan yang bakal diterima secara rasmi dalam program itu hasil aksi cemerlang di Sukan Komanwel dan Asia. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan