Harian Metro: Arena |
Posted: 26 Jan 2011 08:37 AM PST HAJAT Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menempatkan atlet di Ranau, Sabah ketika Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Sumatera Utara pula berminat menghantar atlet mereka berlatih di Kompleks Sukan Negara (KSN) Bukit Jalil, tentu saja menimbulkan perasaan keliru. Apa tidaknya, sejak beberapa minggu lalu Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim sudah mula mengatur langkah untuk membawa atlet olahraga ke Kompleks Sukan Ranau bagi persediaan ke Sukan Sea Indonesia biarpun tidak disenangi Majlis Sukan Negara (MSN).
Jika orang luar lebih menghargai kemudahan disediakan untuk atlet, mengapa tidak kita? Persoalan sama turut ditimbulkan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang ketika ini masih tidak berganjak dengan keputusan tidak membenarkan atlet olahraga berlatih di Ranau.
Jelas Zolkples, beliau mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memberi kata putus mengenai perkara itu buat masa ini selepas mendengar pandangan berbeza mengenai status pusat latihan di Ranau, apabila KOAM mengatakan ia sesuai untuk latihan tetapi menurut Lembaga Sukan Sabah, ia masih belum dilengkapi apa-apa.
"Kita tidak tahu sama ada mahu percaya kepada pemilik atau pengguna," katanya yang akan menghantar pegawainya untuk melihat status pusat latihan terbabit minggu depan.
|
Naim sokong atlet fokus Olimpik London Posted: 26 Jan 2011 08:36 AM PST TIMBALAN Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad menyokong penuh saranan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery agar barisan atlet berbasikal negara memberi tumpuan khusus dalam Program Road to London berbanding penyertaan di Sukan Sea, Indonesia hujung tahun ini. Berbasikal yang kini menjadi fokus utama program itu untuk menghasilkan emas pertama temasya terbesar dunia Olimpik, London 2012 selain badminton menambah dua nama lagi untuk menjadikan senarai pelumba yang berada dalam program itu menjadi enam.
Naim berkata, pelumba negara kini dalam kelas tersendiri dan kemampuan Azizulhasni Awang, Rizal Tisin dan Josiah Ng di peringkat dunia sudah teruji.
Konflik penyertaan itu mula timbul apabila kelompok pelumba elit dijadual beraksi di Kejohanan Piala Dunia Klasik siri pertama di Australia dan selepas itu menyertai siri kedua yang berlangsung di Cali, Colombia ketika Sukan Sea berlangsung. Kedua-dua pertandingan itu menawarkan mata berharga untuk melayakkan diri beraksi di Olimpik.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan