Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Harimau tak gentar

Posted: 08 Mar 2011 09:00 AM PST

"KAMI sedia gempur." Itulah keyakinan disuarakan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menjelang pertembungan dengan Pakistan bagi perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik London 2012 di Stadium Punjab Lahore, malam ini.

Katanya, semua pemain berada di tahap terbaik meskipun menempuhi perjalanan jauh untuk tiba di Lahore semalam.


"Perjalanan kami untuk tiba ke hotel di sini mengambil masa hingga 16 jam. Tapi semua pemain dalam keadaan baik, tidak ada tanda-tanda keletihan kerana mereka mendapat rehat yang cukup. Tapi saya akan pastikan pemain berada di tahap terbaik esok (hari ini).

"Saya percaya pemain bersedia menggempur Pakistan kerana mereka menunjukkan tanda-tanda positif sebaik tiba di sini," katanya ketika dihubungi Arena Metro di Lahore, semalam.


Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi di Stadium Punjab jam 11 malam waktu Malaysia berbekalkan kelebihan dua gol hasil kemenangan perlawanan pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.


Menurut jurulatih berusia 41 tahun itu, beliau mengadakan sesi latihan ringan di perkarangan tempat penginapan, Hotel Park Plaza, Lahore pagi semalam sebelum sesi latihan rasmi di Stadium Punjab pada sebelah malam.

Ketika ditanya kemungkinan keadaan padang stadium yang berkapasiti 8,000 penonton itu kurang memuaskan berdasarkan gambar dipapar di laman web www.footballpakistan.com, Kim Swee berkata, anak buahnya bersedia berdepan apa jua situasi.


"Saya belum pasti keadaan padang di Stadium Punjab kerana sehingga kini saya belum berpeluang melihatnya tapi yang pasti kami akan bersedia menghadapi apa saja keadaan pada perlawanan itu," katanya.

Atas kertas, skuad negara dilihat tidak berdepan masalah untuk mengatasi Pakistan yang lebih dikenali dengan sukan kriket dan hoki itu bagi melangkah ke pusingan kedua. Malah, pasukan yang popular dengan jersi serba hijau itu hanya baru dua sebulan dikendali jurulatih Tariq Lutfi.


Untuk menghadapi skuad negara pada perlawanan kedua, Pakistan bagaimanapun melakukan persediaan rapi dengan mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Palestin. Pada perlawanan pertama mereka tumpas 1-2 dan kemudian berjaya mengikat lawan dengan keputusan 0-0.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skuad B15 dijemput berlatih di Slovakia

Posted: 08 Mar 2011 08:56 AM PST

SKUAD Bawah 15 tahun kebangsaan dijemput menimba pengalaman dengan mengadakan latihan di Slovakia tahun depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, undangan kepada FAM itu merupakan penghargaan ke atas kejayaan skuad kebangsaan menjulang Piala AFF-Suzuki baru-baru ini.

"FAM melihat perkara ini sebagai peluang terbaik untuk pemain muda memperoleh pendedahan di luar negara. Kami harap penyertaan itu akan memberi hasil yang baik suatu hari nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal FAM, semalam.

Sebelum ini, FAM pernah menghantar skuad bawah 21 tahun beraksi di Liga Slovakia pada Februari hingga Mei tahun lalu untuk mempelajari dan menimba sebanyak mungkin pengetahuan serta pengalaman bermain di liga peringkat tinggi negara itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan