Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAP bohong

Posted:

FAP bohong

FAP bohong


PEMAIN Pulau Pinang (jersi putih) mendakwa tidak menerima gaji sejak bulan Januari.


KENYATAAN Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim bahawa tiada isu gaji tertunggak melibatkan pemain-pemain skuad Liga Premier Pulau Pinang merupakan satu pembohongan, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Ini kerana, para pemain Pulau Pinang sebenarnya ketika ini sedang menanggung sengsara akibat gaji mereka bagi bulan Januari dan Februari masih belum diterima sehingga semalam.

"Saya sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden FAP dalam akhbar hari ini (semalam). Ia sama sekali tidak benar kerana dia kata tidak timbul isu gaji tertunggak. Ia bohong.

"Malah pemain sebenarnya turut dianiaya oleh FAP. Pada awal musim, mereka dijanjikan gaji sekitar RM3,500 hingga RM4,000 sebulan.

"Tapi sehari sebelum tarikh tutup pendaftaran, nilai gaji dalam kontrak hanyalah RM2,000 sebulan bagi setiap pemain," kata sumber rapat FAP kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kenyataan Zahrain yang mahu menyiasat kemungkinan pemain-pemain Pulau Pinang menjual perlawanan sehingga menyebabkan pasukan itu kini menduduki tangga tercorot Liga Premier.

Pulau Pinang tewas kesemua lima perlawanan Liga Premier setakat ini iaitu kepada Sarawak (0-4), Pos Malaysia (0-4), Sime Darby (2-3), MP Muar (2-3) dan USM FC (0-3) selain tewas 1-5 kepada Johor pada pusingan pertama Piala FA.

Tambah sumber itu lagi, apabila gaji sudah dua bulan tidak dibayar, skuad bimbingan Robert Scully yang sedang dalam proses mencari keserasian kerana dibarisi 90 peratus pemain baru musim ini gagal memberikan perkembangan positif.

"Apabila gaji tiada, pemain hanya dapat beraksi ala kadar dan tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya. Anggapan Zahrain bahawa para pemain menjual perlawanan juga tidak benar dan keterlaluan.

"Apabila ia keluar dalam akhbar, apa perasaan keluarga, isteri dan anak-anak para pemain yang membacanya. Ia menjatuhkan maruah para pemain dan negeri Pulau Pinang sendiri.

"Sebagai rakyat Pulau Pinang, saya sedih dan malu. Zahrain sepatutnya turun padang, bukannya mencari alasan lain untuk melepaskan tanggungjawabnya selaku Presiden FAP," jelas sumber itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pandelela buru gelaran kedua

Posted:

Pandelela buru gelaran kedua

Pandelela buru gelaran kedua

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


PANDELELA antara calon pilihan untuk meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan 2010.


SELEPAS dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2010 kelmarin, atlet terjun negara, Pandelela Rinong kini memburu gelaran anugerah yang kedua.

Ini kerana Pandelela telah disenaraikan antara calon bagi merebut anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara 2010 yang bakal berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, 15 Mac ini.

Selain atlet kelahiran Sarawak itu, dua atlet elit bergelar Datuk, Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Datuk Nicol Ann David (skuasy) antara atlet yang turut tersenarai sebagai calon anugerah tersebut.

Bagaimanapun Pandela, Chong Wei dan Nicol dijangka menerima cabaran sengit daripada atlet-atlet lain yang turut disenaraikan sebagai calon bagi merebut anugerah sukan berprestij itu.

Bagi calon Olahragawan Kebangsaan, Chong Wei yang juga merupakan pemain No. 1 dunia bakal dicabar oleh pelumba berbasikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang, Sazali Abdul Samad (bina badan), Amirul Hamizan Ibrahim (angkat berat) dan Norshahrul Id- lan Talaha (bola sepak).

Gelaran Olahragawati Kebangsaan pula bakal menyaksikan Pandelela dan Nicol bersaing dengan Elaine Koon (gimnastik), Chai Fong Ying (wusyu) dan Nur Suryani Mohamed Taibi (menembak).

Pada tahun 2009, Azizul- hasni telah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan manakala Nicol pula menggenggam anugerah Olahragawati Kebangsaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Moha- med berkata, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan pencapaian cemerlang atlet tersebut pada temasya Sukan Komanwel (New Delhi, India) dan Sukan Asia di Guangzhou, China serta kejohanan bertaraf dunia lain sepanjang tahun 2010.

"Agak sukar bagi KBS untuk membuat pilihan dan menentukan siapakah yang layak untuk menerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan kerana calon yang disenaraikan mempunyai kehebatan dan kelebihan dalam sukan masing-masing," katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan tetamu kehormat pada majlis itu dan bakal menyampaikan hadiah dalam beberapa kate- gori utama yang dipertandingkan.

"Seperti tahun lepas, edisi tahun ini turut mempertaruhkan 11 kategori iaitu Olahragawan/Olahragawati Kebangsaan, Pasukan Lelaki/Wanita kebangsaan, Jurulatih Lelaki/Jurulatih Wanita Kebangsaan, Kepimpinan Sukan, Tokoh Sukan, Anugerah Khas dan Olahragawan/Olahragawati Paralimpik Kebangsaan," katanya lagi.

Pemenang bagi anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan, masing-masing akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mental pemain perlu kuat

Posted:

Mental pemain perlu kuat

Mental pemain perlu kuat

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SKUAD bola sepak Olimpik kebangsaan berlepas ke Lahore semalam untuk aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Pakistan malam esok. Pada perlawanan pertama 23 Februari lalu, Malaysia menang 2-0.


KEKUATAN mental menjadi elemen penting buat skuad negara apabila turun berdepan Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Punjab, Lahore malam esok.

Perlawanan tersebut dijadualkan bermula pukul 8 malam waktu Pakistan (pukul 11 malam waktu Malay- sia) dengan skuad negara mendahului 2-0 hasil kemenangan pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.

Skuad negara yang dibarisi 18 pemain telah berlepas ke Lahore menerusi Karachi dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines tengah hari semalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee berkata, beliau dan anak- anak buahnya sudah bersedia untuk berdepan segala taktik kotor yang mungkin dilakukan Pakistan.

"Kita perlu bersedia menghadapi psikologi pasukan lawan. Tiba saja di Lahore, saya jangka macam- macam perkara tak diingini pasti berlaku dan itu seme- mangnya cuba kami atasi.

"Kita lihat Pakistan boleh melengah-lengahkan masa pada aksi pertama di Shah Alam. Mungkin mereka yakin boleh menang lebih 2-0 di Lahore.

"Jadi kita harus berwaspada dan saya yakin para pemain mampu untuk menangani segala ujian dari segi mental dan strategi," katanya ketika ditemui Kosmo! di KLIA, Sepang pagi semalam.

Skuad 18 pemain bagaimanapun hanya menampilkan dua bek tengah iaitu Muslim Ahmad dan Fadhli Shas setelah Faizal Muhamad terpaksa ditinggalkan akibat mengalami kecederaan pada sesi latihan terakhir petang kelmarin.

"Saya harap tiada apa yang berlaku kepada Muslim dan Fadhli sepanjang perlawanan nanti. Tetapi jika itu berlaku juga, saya masih boleh meletakkan Mahali Jasuli (bek kanan).

"Affize Faisal Mamat (bek kiri) boleh beraksi di bek kanan manakala Fandi Othman (sayap kiri) atau Nazi- rul Naim Che Hashim boleh mengisi tempat Affize.

"Bagi saya, kesemua 18 pemain yang dibawa ini boleh beraksi dua atau tiga posisi. Ia suatu kelebihan," jelas Kim Swee.

Pengendali berusia 41 tahun itu membayangkan untuk meletakkan penyerang tunggal, Ahmad Fakri Saa- rani manakala di posisi tengah, Irfan Fazail akan berada di hadapan K. Gurusamy dan Gary Steven Rob- bat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan