Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Misbun membisu

Posted: 25 Apr 2011 12:06 PM PDT

TINGGAL dua hari lagi sebelum Mesyuarat Exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membincangkan mengenai masa depan jurulatih, Datuk Misbun Sidek, namun legenda badminton itu masih tetap membisu.

BAM sebelum ini mengambil pendirian menanti keputusan Misbun sama ada bersetuju atau tidak dengan kontrak g ditawarkan badan induk badminton negara itu.


Begitupun, Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh, Sabtu lalu meminta agar Misbun menerima tawaran didakwa ikhlas daripada persatuan.

Misbun yang hadir pada Malam Anugerah Sukan sempena ulang tahun pertama Astro Arena kelmarin enggan memberi ulasan sama ada beliau akan menerima atau tidak tawaran BAM itu.


"Tiada apa nak dicakap. Maaf, tiada apa," kata Misbun sambil berjalan laju, keluar meninggalkan dewan Hotel JW Marriott, Bukit Bintang ketika disapa wartawan.


Malam yang menghimpunkan bintang dan legenda sukan tanah air itu juga memperlihatkan betapa Misbun tidak lagi mesra dengan anak didiknya Datuk Lee Chong Wei apabila kedua-duanya tidak bertegur sapa, apa lagi bersalaman.

Malah, Chong Wei yang lebih awal meninggalkan majlis, mengelilingi mejanya bersalaman dengan atlet lain, tapi tidak dengan Misbun yang duduk di sebelah mejanya.


Mungkinkah Misbun tidak senang dengan Chong Wei yang tidak lagi membuat kenyataan mempertahankan bekas jurulatihnya itu, ataupun ada perkara lain yang berlaku antara mereka.

Selain Misbun dan Chong Wei, Nadzmi yang turut hadir di majlis itu mengesahkan Misbun tidak menghubunginya untuk membuat pengesahan untuk menerima tawaran BAM itu.


"Tidak, beliau tidak memberi apa-apa reaksi. Tak apalah, kita tunggu saja mesyuarat Exco nanti. Saya yakin dia akan menerimanya," kata Nadzmi.


Dalam perkembangan lain, Nadzmi mengesahkan Maybank sudah bersetuju untuk menjadi rakan penaja.


"Sebenarnya Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) berlangsung bulan ini, tapi saya tiada tarikh sesuai kerana terlalu sibuk. Jadi kami akan cuba dapatkan tarikh baru, mungkin bulan depan," kata Nadzmi.


Maybank dikatakan menaja BAM sebanyak RM5 juta untuk tempoh lima tahun.


Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai mengesahkan tajaan Maybank akan bermula di Kejohanan Dunia yang berlangsung di Birmingham Ogos depan.


"Di Kejohanan Dunia nanti, Maybank akan mula menjadi penaja kami. Logo syarikat perbankan itu akan tertera di dada pemain bersama logo Proton yang menjadi rakan penaja kita buat sekian lama," kata Chin Chai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Intai kilauan emas

Posted: 25 Apr 2011 12:00 PM PDT

USAHA mengatasi pencapaian enam pingat emas, enam perak dan empat gangsa pada Sukan Sea Laos menjadi tekad terbaru Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menjelang aksi temasya dwitahunan itu yang bakal berlangsung di Indonesia, November ini.

Perkara itu dinyatakan Presiden Datuk Seri Shahidan Kassim selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja bersama persatuan induk olahraga kebangsaan itu dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang sebelum ini tertangguh beberapa kali.


"Sasaran sebenar masih belum ditetapkan namun atlet kami akan cuba memberikan aksi terbaik bagi membaiki pencapaian dua tahun lalu. Sehingga kini enam atlet sudah melayakkan diri dan oleh kerana pelbagai kejohanan masih dan bakal berjalan, kami menjangkakan lebih ramai akan melepasi tahap kelayakan ditetapkan," katanya.

Namun, tugas itu dilihat sedikit sukar apabila KOAM dijangka kehilangan dua pemenang pingat emas Sukan Sea 2009 iaitu Mohd Zafril Zuslaini (400 meter lelaki) yang mengumumkan persaraannya baru-baru ini serta Lee Hup Wei (lompat tinggi lelaki) yang berehat panjang selepas menjalani pembedahan.


Harapan emas itu dijangka terus disandarkan kepada beberapa atlet senior yang sudah melayakkan diri seperti Noraseela Khalid, Teoh Boon Lim, Tan Song Hwa dan Roslinda Samsu (gambar) bagi mengulangi pencapaian dua tahun lalu.


Pada mesyuarat itu juga, 28 atlet dipilih berada dalam program elit persatuan itu serta mengekalkan semua 12 jurulatih sekali gus membolehkan kesemuanya mendapat elaun seperti sebelum ini, bermula minggu depan, termasuk elaun bagi bulan Mac.

"Atlet perlu dijaga dengan sempurna kerana mereka aset negara dan sukar bagi kami mencari atlet yang benar-benar mampu bersaing di peringkat antarabangsa seperti masa dulu.


"Saya fikir, tidak perlu kami tunggu terlalu lama (berbulan-bulan) untuk membolehkan mereka mendapat elaun dan saya mengharapkan sesetengah atlet cemerlang mendapat elaun lebih tinggi daripada sekarang," katanya. Selain itu, selepas hasrat menghantar atlet ke Ranau tertangguh akibat ketiadaan kemudahan asas mencukupi selain beberapa masalah lain, KOAM turut mencadangkan sejumlah atletnya menjalani latihan dan pertandingan di sekitar Eropah seperti Bulgaria, Jerman, Ireland dan Slovakia.

Namun, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong ketika memberikan reaksi balasnya berkata, penghantaran ke luar negara itu akan dibincangkan lebih lanjut dalam masa terdekat.


"Kami masih bersikap terbuka berhubung cadangan latihan di Ranau itu. Jika tempat itu memenuhi kriteria ditetapkan seperti mendapat sijil layak untuk diduduki (CF) dan trek bersesuaian, kami tidak mempunyai masalah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan