Kosmo Online - Sukan |
Iniesta terbayang aksi final di Wembley Posted: Iniesta terbayang aksi final di WembleyINIESTA (kiri) yakin Barcelona mampu menewaskan Real awal pagi esok. MADRID - Perancang Barcelona, Andres Iniesta mengakui dia sudah mula memasang impian untuk beraksi pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley. Iniesta menyuarakan keinginan itu menjelang aksi separuh akhir pertama menentang musuh tradisi, Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi esok. "Saya hanya impikan untuk beraksi di Wembely. Kami perlu menewaskan Real Madrid (pada aksi pertama) dan menjaringkan beberapa banyak gol. Kemudian pada aksi kedua, penyokong kami akan membantu kami mara ke Wembely," kata Iniesta. "Kami harus berjuang sehingga ke akhir. Ia akan menjadi satu pencapaian paling manis sekiranya berjaya memenangi dua lagi kejuaraan," katanya mengenai peluang merangkul gelaran Liga Sepanyol dan potensi menjulang trofi Liga Juara-Juara seperti tahun 1992, 2006 dan 2009. Barcelona yang beraksi dengan corak permainan pantas dianggap sebagai pasukan pilihan apabila berdepan skuad kendalian Jose Mourinho itu. Begitupun Iniesta mengakui pasukan itu tidak boleh memandang rendah keupayaan Real yang mengalahkan mereka pada final Piala Raja-Raja hasil tandukan Cristiano Ronaldo pada masa tambahan. "Kami perlu memberi tumpuan pada rentak permainan kami, cuba menguasai bola, bertahan dengan baik dan menjaringkan beberapa gol sekiranya mahu memiliki kelebihan. "Setiap perlawanan adalah berbeza, begitu juga dengan pertemuan ini dan juga aksi kedua nanti," kata Iniesta mengenai rekod pertemuan pasukan itu. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Kelantan benam ego SelangorOleh KHAIRI MOHAMAD NORSHAHRUL (kiri) dicabar pertahanan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi. Kelantan menang 1-0. PENGGEMPUR berbisa, Norshahrul Idlan Talaha dijulang sebagai wira apabila meledak gol ketika membantu Kelantan membenam pendahulu Liga Super, Selangor 1-0 malam tadi. Gol menerusi tandukannya seawal minit keempat pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu itu sudah cukup untuk Kelantan kembali bangkit menyaingi takhta liga. Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan terus melakukan asakan untuk mendapatkan gol awal dan Norshahrul yang tidak dikawal berjaya menanduk masuk bola menewaskan Saiful Amar Sudar di gawang Selangor. Segala-galanya berpunca daripada lontaran ke dalam oleh pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang ditanduk ke belakang oleh ketua pasukan, Badri Radzi sebelum Norshahrul mudah merobek gawang Selangor untuk gol tunggal perlawanan. Peluang Selangor hadir pada minit ke-23 menerusi pemain pertahanan, Nasriq Baharom yang menanduk bola hasil sepakan percuma Amri Yahyah, namun sedikit melepasi palang gol. Selang enam minit kemudian, Norshahrul sekali lagi mencemaskan benteng Selangor apabila rembatannya gagal ditangkap kemas oleh Saiful Amar tetapi bola tersebut bergolek keluar. Babak kedua perlawanan menyaksikan Selangor bermula garang menerusi rembatan Amri dari penjuru kanan gawang Kelantan yang mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat, namun ia sekadar singgah di tiang gol. Pemain sayap lincah Kelantan, Nurul Azwan Roya turut berpeluang mencatat nama sebagai penjaring, namun rembatannya selepas menerima umpanan Norshahrul dihalang pertahanan Selangor. Penghujung babak perlawanan, penyerang Selangor, Fadzli Saari mampu mengubah keputusan perlawanan, namun rembatan kencangnya sedikit tersasar. Kelantan yang 'dibantu' hampir 25,000 penyokong mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menyaksikan perlawanan tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Beng Hee buka langkah kananJAGUH negara, Ong Beng Hee membuka langkah kanan untuk memburu kejuaraan kelima pada Kejohanan Skuasy Individu Asia ke-16 apabila menewaskan pemain muda Korea Selatan, Nyeon Ho Lee pada pusingan kedua di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Pulau Pinang semalam. Selain Beng Hee, pemain lelaki negara yang lain - Mohd. Nafiizwan Adnan, Ivan Yuen Chee Wern, Elvinn Keo Jinn Chung, Choong Kam Hing, Kamran Khan dan Muhd. Asyraf Azan turut mara. Selepas gagal meraih sebarang gelaran pada dua kejohanan terakhir sebelum ini, Beng Hee yang menduduki ranking ke-27 dunia, hanya mengambil masa 35 minit untuk mengatasi lawannya dengan 11-5, 11-4, 11-9. Beng Hee akan berdepan dengan Kamran pada pusingan ketiga hari ini. "Adalah baik untuk melepasi perlawanan pembukaan," kata Beng Hee, 31, yang menjuarai kejohanan yang sama pada 2000, 2002, 2004 dan 2006. Nafiizwan, 25, pemain No. 3 negara, tidak menghadapi masalah untuk mengatasi pemain Hong Kong, Wong Hon Fung 13-11, 11-2, 11-6 dalam masa 30 minit untuk bertemu pemain Pakistan, Waqas Mehboob. Terdahulu, Waqas turut layak ke pusingan ketiga dengan menundukkan Lee Seung Taek dari Korea Selatan 11-7, 11-6, 11-8 dalam masa 28 minit. Dalam kategori wanita, pemain negara, Low Wee Wern melepasi pusingan pertama dengan menewaskan pemain Jepun, Chinatsu Matsui 11-7, 11-5, 11-3. "Walaupun pernah mengatasiya dalam beberapa pertemuan sebelum ini namun saingan hari ini agak getir," kata Wee Wern, yang menduduki ranking ke-13 dunia. Wee Wern akan menentang rakan senegaranya, Zulhijjah Azan pada pusingan kedua. Zulhijjah menempah tiket ke pusingan kedua apabila menumpaskan pemain China, Gu Jinyue 11-5, 13-11, 11-9 dalam masa 25 minit. Sementara itu, ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David akan memulakan kempen mempertahankan gelaran dengan menentang pemain Singapura, Jerryca Teo pada pusingan kedua hari ini. Nicol, selaku pilihan utama kejohanan dan pemain No. 1 dunia, menerima bye pada pusingan pembukaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan