Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tiada sentimen

Posted: 25 May 2011 12:35 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Ferguson buat perancangan rapi tebus kehampaan Rome 2009

TIADA ruang untuk sebarang sentimen apabila Sir Alex Ferguson membuat percaturan anak buahnya bagi menebus kehampaan di Rome dua tahun lalu, menjelang persiapannya membawa Manchester United bertemu Barcelona bagi final Liga Juara-Juara di Wembely, awal pagi Ahad ini.

Kekalahan di ibu kota Itali kepada Barcelona pada 2009 ibarat menelan hempedu buat Ferguson yang memburu kejuaraan elit pe­ringkat Eropah buat kali ketiga sebagai pengurus. Memiliki senarai pemain yang ramai bagi menurunkan barisan terkuat yang dianggap antara yang terhebat dalam Liga Perdana Inggeris, Ferguson juga kehilangan beberapa nama penting dalam kesebelasan utamanya apabila berdepan juara Sepanyol itu.

"Sebenarnya sukar untuk memilih sebuah pasukan kerana anda berurusan dengan aspek kemanusiaan dalam permainan ini," kata Ferguson. "Pemain sudah berusaha keras untuk pasukan ini sepan­jang musim dan segala-galanya berkaitan skuad.

"Malangnya saya terpaksa memberitahu akan ada yang tidak akan bermain. Ini bukan tugas mudah tetapi ia perlu dilakukan kerana kami mahu memenangi perlawanan ini. Pemain semua faham. Saya pilih pemain kerana alasan yang tepat dan saya pilih pemain gantian kerana alasan yang sama," katanya.

Yang pasti, Ferguson lebih bimbangkan untuk memilih barisan pemain sendiri berbanding me­­mikirkan cabaran Bar­celona kerana dia sudah mempunyai jawapan un­tuk menangani bintang sensasi Barca, Lionel Messi (kiri) yang turut bertanggungjawab menghampakan United di Rome, dua tahun lalu.
"Kami sudah bermain tiga kali dengan Barcelona dan Messi," katanya. "Ada jawapan bagi setiap pemain walaupun dia bagus. Harap-harap kami dapat jawapan itu Sabtu (awal pagi Ahad) ini. Mereka juga ada pemain lain yang bagus, begitu juga kami. Sebab itulah perlawanan ini cukup menarik."


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

6 atlit gagal hadiri ujian 'antidoping'

Posted: 25 May 2011 12:32 PM PDT

Sukan

ZOLKPLES (kiri) dan Dr Ramlan  mengulas isu ‘antidoping’ atlit, semalam.

ZOLKPLES (kiri) dan Dr Ramlan mengulas isu 'antidoping' atlit, semalam.

Harap mereka beri sampel kerana MSM, ISN mahu bersungguh pulihkan imej sukan

ENAM atlit olahraga kebangsaan mencetuskan kontroversi apabila gagal menjalani ujian 'antidoping' seperti diwajibkan sebelum dijadualkan berangkat menjalani latihan dan kejohanan di Bulgaria, 28 Mei hingga 3 Julai ini.

Begitupun lima daripada mereka sudah pun menjalani pemeriksaan kesihatan kelmarin, namun gagal hadir apabila diberitahu diwajibkan menjalani ujian berkenaan sejurus selepas itu. Perkara berkenaan nyata menimbulkan banyak persoalan buat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang tertanya-tanya punca 'kehilangan' mereka daripada menjalani ujian berkenaan.

"Di sini (kejadian kelmarin), mereka melakukan dua kesalahan iaitu gagal melapor untuk melakukan ujian antidoping dan kedua, gagal dihubungi apabila pihak ISN cuba menghubungi mereka.

"Jika kesemua ini gagal, maka ISN perlu memaklumkan kepada pihak persatuan untuk tindakan selanjutnya.

"Kita berharap semua atlit dapat memberi sampel seperti yang diperlukan. Kita mengambil masa bertahun-tahun untuk pulihkan imej sukan negara dan saya ingin memberi peringatan kepada semua atlit supaya mengambil sikap serius apabila diminta menjalani ujian antidoping," kata Dr Ramlan dalam sidang media, semalam.
Menurutnya, berdasarkan insiden mendukacitakan kelmarin, pihak kejurulatihan juga boleh dikenakan tindakan kerana mereka adalah orang paling rapat dengan atlit dan berhak memaklumkan pihak berwajib setiap kali atlit dikehendaki.

"Sekarang ini kalau ada masalah bukan saja atlit tetapi jurulatih juga boleh dikenakan tindakan. Oleh itu, kita mengharapkan kerjasama pihak jurulatih untuk mendapatkan atlit bagi menjalani ujian."

Dalam nada yang sama, Zolkples berkata, dia kecewa dengan sikap atlit berkenaan yang dianggap senior dan sudah berkali-kali menjalani ujian yang sama sebelum ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan