Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Capello mahu benam Switzerland

Posted: 04 Jun 2011 03:38 PM PDT

Sukan

Fabio Capello

Fabio Capello

England tekad tutup ruang Switzerland ke pusingan akhir Euro 2012

LONDON: Fabio Capello mahu England melakar kemenangan ke atas Switzerland malam ini, sekali gus menyukarkan laluan lawannya itu untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2012 dan sebagai tamparan kepada peminat nombor satu Switzerland yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter.

Kemenangan Three Lions di Wembley akan hampir pasti menutup ruang Switzerland ke pusingan akhir Euro 2012. "Ini adalah perlawanan bahaya kerana Switzerland memerlukan kemenangan.

"Ia perlawanan amat penting. Saya berharap kita akan bermain dengan baik di hadapan 90,000 penonton tetapi yang penting ialah untuk mencapai kemenangan," kata Capello.

FIFA mengesahkan Blatter akan berada di kediamannya di Zurich, dan berkemungkinan menyaksikan perlawanan Kumpulan G itu.

Bagaimanapun bos Switzerland, Ottmar Hitzfeld berkata Blatter yang tidak menerima sokongan FA England adalah hero bagi Switzerland.
"Di Switzerland, kami semua berbangga kerana mempunyai presiden FIFA. Saya gembira Blatter dipilih semula. Dia amat penting untuk bola sepak, untuk ekonomi dan aspek kesukanan."

Hitzfeld melaungkan amaran England akan tumbang di bawah tekanan dan harapan yang tinggi.

Dia berkata semua orang percaya England akan menang dan ini akan membuka peluang bagi pasukan mudanya mencipta kejutan besar dalam bola sepak.

"Tekanan dalam setiap perlawanan selalunya adalah terhadap pasukan pilihan. Dan bagi perlawanan ini, England jelas adalah pasukan pilihan.

"England merasakan mereka tidak boleh kalah. Jadi bagaimana mereka menangani tekanan itu. Tiada orang menjangkakan kita untuk menang tetapi saya dapat merasakan sesuatu yang baik bagi pasukan kami mengenai perlawanan ini," kata Hitzfeld. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SUKMA XIV KL: Johor kekal dahului pungutan pingat

Posted: 04 Jun 2011 03:36 PM PDT

Sukan

MOHD Nizam   menunjukkan pingat emas silambam  kategori  38-43kg lelaki yang dimenanginya, semalam.

MOHD Nizam menunjukkan pingat emas silambam kategori 38-43kg lelaki yang dimenanginya, semalam.

Terengganu berada di tangga kedua, NS buat kejutan lonjak ke kedudukan ketiga

JOHOR masih lagi di puncak teratas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2011 dengan mengumpul sembilan pingat emas, enam perak dan satu gangsa.

Pada hari ketiga semalam, Johor terus beraksi cemerlang dalam acara judo apabila separuh daripada pingat emas ditawarkan menjadi milik mereka menerusi kategori bawah 45kg wanita, bawah 60kg, lelaki dan bawah 66kg lelaki. Dua lagi pingat emas dihasilkan menerusi sukan kenu - 500M lelaki K1 dan lawan pedang - sabre individu lelaki.

Terengganu berada di tangga kedua dan semakin merapatkan jurang dengan jumlah pungutan pingat emas yang sama namun dibezakan dua pingat perak berbanding Johor.

Begitupun, Negeri Sembilan yang pada hari kedua temasya edisi ke-14 hanya memungut satu gangsa dan berada di tangga ke-11 membuat kejutan apabila kini menghuni tangga ketiga dengan memungut enam emas, dua perak dan lima gangsa.

Seperti yang dijangka, acara sukan subjektif menimbulkan kontroversi membabitkan pemarkahan juri dan semalam pasukan silambam Negeri Sembilan tidak berpuas hati dengan keputusan acara 38-43kg lelaki sehingga menyebabkan skuad itu memulau majlis penyampaian hadiah.
Atlit berkenaan, M Inderjith tewas 0.2 mata berbanding juara dari Sabah, Mohd Nizam Jamal yang mengumpul 32.6 mata sekali gus menimbulkan kekecohan antara ketua jurulatihnya, N Mooralitharan yang juga bapanya dengan pegawai teknikal.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKMA 2011, Datuk Ab Jalil Abdullah, berkata dia kecewa dengan tindakan memalukan jurulatih itu bersama pengerusi Persatuan Silambam Negeri Sembilan, Rasu Maniam yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada atlit muda.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen