Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Kami sedia bantu FAM'

Posted: 08 Jun 2011 03:37 PM PDT

Sukan

Aziz Azizan (kanan) dan Jelani Wilastra.

Aziz Azizan (kanan) dan Jelani Wilastra.

Dua bekas pemain negara mahu kerjasama bendung gejala rasuah yang hantui semula

KESAL dengan kesilapan sendiri dua bekas pemain kebangsaan - Aziz Azizan dan Jelani Wilastra - menyuarakan niat membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencegah skandal rasuah yang kini kembali menghantui kancah bola sepak negara.

"Kami sedia bekerjasama dengan FAM mencegah gejala terkutuk ini daripada berulang. Kami ingin kembali menjalani hidup seperti sebelumnya dan memberi sumbangan kepada bola sepak negara menerusi pengalaman dan pengetahuan yang ada," kata Aziz dan Jelani.

Bekas pemain Pulau Pinang itu adalah antara dua bekas pemain yang berani tampil berkongsi pengalaman dalam satu rancangan bicara sukan terbitan RTM, Stadium Angkasa, kelmarin. "Kami sudah serik dan insaf," kata mereka yang pernah didakwa atas tuduhan menerima rasuah untuk mengatur keputusan perlawanan Liga Malaysia pada era 90-an.

Pengakuan Aziz dan Jelani yang disiarkan secara langsung dari Pulau Pinang itu adalah yang pertama sejak 126 pemain Liga Malaysia dikenakan hukuman gantung permainan dan buang daerah pada 1994 dan 1995 sehingga menyebabkan kehancuran kepada bola sepak negara.

"Sakitnya masih terasa hingga ke hari ini," kata Aziz yang dikenakan hukuman buang daerah dan digantung daripada sebarang kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Penyeksaan ini bukan saja dirasakan oleh saya, tetapi turut membabitkan keluarga dan rakan-rakan.
"Sudah lama saya memendam perasaan ini, tetapi apabila terbaca mengenai pembabitan pemain muda dengan rasuah, kami rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman supaya perbuatan jenayah ini dihentikan segera. Percayalah, kami sudah melaluinya dan menyesal hingga ke hari ini."

"Dulu mungkin pemain mudah terpengaruh dengan hasutan bookie kerana kesempitan hidup," kata Jelani.

"Namun saya ingin tegaskan, kemewahan sementara itu hanya akan membawa kepada masa depan lebih gelap seperti yang kami lalui. Insaflah sebelum terlambat."

Aziz dan Jelani turut memohon Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membebaskan mereka dan rakan-rakan lain daripada hukuman 17 tahun dulu itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

DieHardFan

buang yang keroh ambil yang jernih..sama2 lah kita membangun kan bola sepak tanah air tanpa rasuah~

mantok

ambil yg jernih buang yg keroh....

aflatun

mafhum drpd hadis nabi ialah "setiap manusia berdosa dan sebaik2 yg berdosa adalah mereka yg bertaubat,menyesali serta insaf apa yang pernah dilakukannya dhulu",oleh itu brilah peluang kpd mreka utk meneruskan hidup baru.selagi hayat dikandung badan Allah tetap menerima taubat hambanya.

seerazee reeza

di harapkan niat baik bekas pemain d terima...hanya 1 kesalahan x kan nk gantung seumur hidup...ada org dh d jatuh hukum rasuah bleh jd pengerusi...

kamal_rnner

ada baiknya juga tidakan 2 bekas pemain ini, seharusnya FAM memberi kesempatan kepada mereka untuk mendidik pemain pada masa kini untuk lebih memahami bahaya rasuah,,setiap manusia mempunyai kesilapan,berilah peluang untuk mereka memulakan hidup baru yang lebih sempurna...

mohd syahrul

majulah sukan untuk negara..elak kan rasuh dan jauhi lah rasuah..maju lah pasukan bola sepak tanah air.

Untie Rasuah

Kasihan juga bila dengar cerita diaorang ni tapi tapi yg pasti manusia takkan lari dari sikap tamak haloba dan nak cepat kaya.

orangkecil

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian jadikan teladan

wan

amat sedih dengan gejala rasuah yang kembali menghantui biola sepak negara kita.Teramat sedih lagi bila suspek itu adalah jurulatih , yang sepatutnya menjadi tauladan kpd pemain.Andai ada hukuman yg lebih berat , buangja kerakyatan.negara x memerlukan pembelot yang meruntuhkan maruah, mutu dan perkembangan bola sepak negara.

man kecik

jauhilah rasuah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Chicharito tolak Real

Posted: 08 Jun 2011 03:35 PM PDT

Sukan

LONDON: Javier Hernandez akan menolak tawaran Real Madrid dan puncanya, penyerang lincah itu terhutang budi kepada pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Pemain itu sendiri tampil menyuarakan, semalam betapa dia tidak terpikat dengan tawaran daripada kelab gergasi Sepanyol itu yang ghairah mahu mencari penyerang berkualiti untuk memburu gelaran Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-10.

"Saya berterima kasih kepada Ferguson untuk membawa saya ke kancah kejohanan Eropah dan saya mahu memenangi banyak lagi trofi untuk pasukan yang melonjakkan nama saya musim ini," kata pemain Mexico berusia 23 tahun itu. "Motivasi saya amat tinggi selepas melalui satu musim hebat bersama United."

Sebelum ini Real meminta United meletakkan harga mereka ke atas pemain bergelar Chicharito itu tetapi bimbang dengan perkembangan itu, The Red Devils sanggup meningkatkan tiga kali ganda gaji mingguan kepada £75,000 (RM367,500).

Penyerang lincah itu yang dibeli dengan nilai £6 juta (RM30 juta) dari Chivas sudah menyumbat 20 gol musim ini. - The Sun

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

yus

MU hari 2 kena lauk hahahah

Alex Ajem

Bagus la dri Chelsea tu yg xdpat Piala thun nie,dh la xdpat piala pngurus kena pecat..Wlaupn Mu tim lauk,tp dpat Chmp EpL,Final UCL..Chelsea???liga super Mlaysia pn bleh kena

papa aiman

Ingat dia org bnyk duit bleh beli mana2 pemain? Tabik buat chicharito kerna tak kabur mate...mgimpikan kejuaraan pd musim2 yg akan dtg...glory2 manutd.

mangayau

main kat real nanti jadi simpanan saja bagus main ja kat mu

azulgrana

ok la sket MU dari RM musim ni..kalah pon bermaruah..drp RM main bola cm main ragbi..ape pon x bleh..

ali pang

kalau nak menang ucl selalu kena main kat Barcelona, tp kalau nak menang epl yg saingan x kuat tu main je kat MU..

fairuz maluda

chicharito masa final ucl aritu macam xde apa2...MU tim lauk kena ayam...ahahaha, go go barca!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan