Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Detik genting

Posted: 13 Jun 2011 12:52 PM PDT

Sukan

Norshahrul (kiri), bersama Annuar Musa (tengah) dan Mohd Daudsu.

Norshahrul (kiri), bersama Annuar Musa (tengah) dan Mohd Daudsu.

Kelantan perlu bangkit pastikan tragedi Piala FA tidak berulang

Lupakan tragedi Piala FA! Itu permintaan penyerang Norshahrul Idlan Talaha yang mahu rakan pemain bersemangat tinggi apabila melayani Perak di Stadium Sultan Muhammad ke- IV malam ini, seterusnya mengukuhkan cengkaman untuk membawa pulang trofi berprestij Liga Super ke Kelantan buat julung kali.

Mengakui masih diselubungi kekecewaan gagal membawa pulang Piala FA ke negeri itu, penyerang kebangsaan itu berharap kekala­han kepada Terengganu 1-2 di pentas final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, tidak menjejaskan tumpuan ketika beraksi di laman sendiri. "Apa yang lebih penting kini ialah tumpuan terhadap perlawanan dengan Perak kerana ia akan menentukan hala tuju pasukan untuk memastikan status pendahulu liga. Saya harap penyokong tetap hadir untuk menyuntik semangat pemain," kata Norshahrul sebelum sesi latihan di Kota Bharu, semalam.

Dengan hanya dibezakan dua mata di depan Selangor dan tiga mata di depan Terengganu, situasi dalam pasukan Red Warriors ketika ini amat genting, lebih-lebih lagi Perak bimbingan jurulatih Norizan Bakar, pernah menundukkan Kelantan 4-0 di Ipoh pada pusingan pertama.

Malah, moral pemain yang berada pada tahap terendah memaksa Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa untuk hadir memberi kata-kata perangsang dan mengingatkan perjuangan bukan berakhir setakat Piala FA, sebaliknya masih ada Liga Super dan Piala Malaysia selepas ini.

Jurulatih Datuk M Karathu, berharap anak buahnya bangkit terutama ketika meniti saat kritikal untuk memastikan trofi Liga Super buat pertama kali musim ini.
"Saya tahu moral pemain sedikit menurun selepas gagal Sabtu lalu, tetapi ia tidak seharusnya melunturkan semangat mereka untuk bangkit, lebih-lebih lagi saingan Liga Super kini semakin ke kemuncaknya," katanya.

Ketika berdepan lawan lebih hebat, Terengganu yang masih dibuai kegembiraan menjulang Piala FA buat kali kedua, berdepan cabaran lebih mudah iaitu pasukan 'adik' T-Team tetapi pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim, mengingatkan anak buahnya supaya melupakan seketika pesta Piala FA dan berusaha mencari gol awal untuk memastikan rentak permainan tidak terjejas.

"Hanya Joseph (Kalang Tie) cede­ra tetapi pemain lain akan diturunkan untuk memastikan tiga mata dan memburu trofi Liga Super pula," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nasri, Fabregas kekal di Emirates

Posted: 13 Jun 2011 12:49 PM PDT

Sukan

Cecs Fabregas (kiri) bersama Samir Nasri.

Cecs Fabregas (kiri) bersama Samir Nasri.

Wenger tidak sedia lepaskan dua tonggak untuk hadapi musim baru

LONDON: Pengurus Ar­­senal, Arsene Wenger berkata, Samir Nasri perlu kekal di kelab itu dalam usaha untuk memenuhi potensi sebenar dirinya sebagai pemain bola sepak dan mendakwa kapten pasukan, Cecs Fabregas juga bercakap mengenai masa depan untuk kekal bagi 'tempoh yang lama'.

Nasri masih belum bersetuju dengan syarat kontrak barunya dan dengan ikatan kontrak kini akan berakhir musim panas akan datang, dia boleh meninggalkan kelab itu secara percuma jika Arsenal tidak menjualnya. Manchester United, Real Madrid dan Juventus dikaitkan dengan pemain Perancis itu, tetapi Wenger menegaskan dia mahu mengekalkan pemain 23 tahun itu di Emirates.

"Kami akan melakukan apa saja untuk mengekalkan Nasri di kelab ini. Harapan saya ialah dia kekal di sini," kata Wenger.

"Jika dia menoleh ke belakang, dia dapat melihat bahawa dia sudah agak lama bersama kami dan saya rasa masih ada sedikit yang perlu disumbang­kan olehnya. Kelab adalah pihak yang bertanggungjawab membina karier pemain."

Arsenal juga terpaksa berdepan dengan lebih banyak laporan kononnya Fabregas meminta untuk berpindah ke Barcelona musim panas ini, tetapi Wenger terus menyatakan bintang Sepanyol itu akan berada di Emirates untuk satu tempoh agak lama.
"Saya sangat jelas mengenai perkara ini. Bagi saya, Fabregas akan bersama Arsenal untuk satu tempoh yang lama dan dia akan kekal dengan Arsenal," kata Wenger. "Kadang kala berlaku khabar angin yang boleh menyebabkan perpindahan.

"Tahun depan akan menyaksikan sistem kewangan yang lebih bersih, yang akan me­ngehadkan perpindahan besar. Saya rasa inilah tahun terakhir musim panas yang hangat - sangat hangat." - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan