Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Belum lagi

Posted: 22 Jun 2011 05:41 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Kim Swee tidak mahu pemain dibuai perbandingan dengan skuad Olimpik 1980

BELUM masanya untuk memasang angan-angan ke Sukan Olimpik 2012.

Itu kata jurulatih skuad muda kebangsaan, Ong Kim Swee yang mahu anak buahnya fokus mencari kemenangan ke atas Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, sebelum mengimpikan kejayaan lebih besar.

"Biar pemain melepasi halangan satu persatu dulu, dan selepas layak ke peringkat kelayakan kumpulan, barulah kita boleh letakkan sasaran itu," kata Kim Swee pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam. Skuad kendalian Kim Swee di landasan terbaik untuk mengulangi kejayaan skuad Olimpik 1980 yang layak ke temasya sukan terbesar dunia itu, selepas mengatasi Pakistan dengan agregat 2-0 pada pusingan pertama dan perlu merakam sekurang-kurangnya kemenangan 1-0 ke atas Lubnan malam ini untuk layak ke peringkat kumpulan.

"Saya faham keghairahan peminat bola sepak tempatan yang dahagakan kejayaan selepas kita menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010," kata Kim Swee. "Ini bermakna rakyat Malaysia kembali menaruh keyakinan terhadap kemampuan skuad kebangsaan.

"Namun kita perlu realistik dan memberi ruang kepada pemain untuk menggilap keyakinan dan kematangan dalam permainan mereka menerusi siri perlawanan antarabangsa seperti ini. Saya harap sokongan ini berterusan."

Malaysia perlu menang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk layak ke pusingan seterusnya selepas seri tanpa jaringan di Beirut, Ahad lalu dan Kim Swee yakin, anak buahnya yang cemerlang mengekang Lubnan di Beirut, mampu merakam kemenangan apabila berdepan lawan yang lebih berpengalaman di peringkat antarabangsa itu.
Kelebihan gelanggang sendiri, katanya, menjadi azimat penting buat skuad Olimpik dan dia berharap peminat tempatan membanjiri Stadium Nasional untuk membakar semangat wira muda negara.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Villas-Boas sah ke Stamford Bridge

Posted: 22 Jun 2011 05:38 PM PDT

Sukan

LONDON: Chelsea secara rasmi melantik Andre Villas-Boas sebagai pengurus baru menerusi perjanjian rekod baru, umum kelab itu semalam.

Bekas pengurus Porto berusia 33 tahun itu menjadi pilihan selepas dia meleraikan ikatan bersama kelab juara Liga Europa dari Portugal itu, dan menandatangani kontrak baru selama tiga tahun.

Villas-Boas bukan saja menjadi pengurus paling muda dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi juga menerima gaji paling lumayan selepas Chelsea membayar Porto 13.3 juta pound (RM14.1 juta) untuk melepaskan ikatan klausa dalam kontraknya. Chelsea menyifatkan Villas-Boas yang mengecap kejuaraan berganda musim lalu sebagai 'calon terhebat bagi tugas pengurus'.

"Dia adalah antara pengurus muda paling berbakat dalam bola sepak masa kini dan sudah pun mencapai banyak perkara dalam tempoh yang singkat," kata kenyataan kelab itu.

"Cita-cita, semangat dan azamnya setanding dengan matlamat Chelsea dan kami yakin kepimpinan Andre dalam pasukan ini akan menghasilkan kejayaan lebih besar dalam saingan di peringkat domestik dan Eropah."

Villas-Boas yang menggantikan Carlo Ancelotti kembali buat kali kedua ke Stamford Bridge, selepas pernah menjadi pembantu kepada Jose Mourinho. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan