Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia waspada

Posted:

Malaysia waspada

Malaysia waspada

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


MAHALI tidak dapat beraksi malam ini kerana menjalani penggantungan perlawanan selepas menerima dua kad kuning.


MALAYSIA turun tanpa tonggak pertahanan, Mahali Jasuli pada aksi kedua pusingan Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Justeru, sesuatu perlu direncanakan oleh jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee selepas kehilangan khidmat 'kereta kebal' itu yang sebelum ini memperlihatkan ketahanan menyekat asakan lawan.

Mahali tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam ini selepas menerima dua kad kuning.

Kad kuning pertama tonggak pertahanan kanan berusia 22 tahun itu dikutip ketika aksi menentang Pakistan pada pusingan pertama 9 Mac lalu manakala kad kuning kedua diterimanya pada aksi pertama menentang Lebanon Ahad lalu.

Yang pasti, kehilangan Mahali itu sememangnya dirasai oleh Kim Swee memandangkan dia kini semakin terdesak dalam usaha menurunkan barisan terkuatnya terutama di bahagian pertahanan bagi mengelakkan kubu skuad negara dibolosi lawan.

"Mahali seorang pemain yang berpengalaman bukan sahaja beraksi bersama skuad Olimpik malah dia juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan.

"Kehilangan Mahali pasti akan kami (skuad Olimpik negara) rasai. Tanpa dia, kami kekurangan seorang pemain di bahagian pertahanan kanan yang sentiasa mempamerkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan," kata Kim Swee.

Kim Swee berkata demikian ketika sidang akhbar menjelang aksi kedua pusingan Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Bagaimanapun, Kim Swee tidak mahu terlalu cepat mengalah melihat situasi terkini yang melanda skuad Olimpik negara itu apabila menjelaskan bahawa dia mempunyai beberapa pilihan pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mahali itu.

"Memang kami merasai kehilangan Mahali tetapi saya mempunyai dua pemain yang dilihat mampu menggantikan pemain itu beraksi di bahagian pertahanan kanan.

"Ketika ini, dua pemain

berada dalam fikiran saya bagi menggantikan Mahali iaitu Hafizi (Faizal Mohammad) dan Fandi (Othman) namun saya hanya akan membuat

keputusan sebelum perlawanan bermula nanti," jelas Kim Swee.

Jika dibuat penilaian, Kim Swee dijangka memilih Hafizi bagi beraksi di bahagian pertahanan kanan memandangkan Fandi tampil dengan aksi konsisten beraksi di bahagian sayap kanan pada aksi pertama sebelum ini.

Dalam pada itu, Kim Swee turut mengakui bahawa anak-anak buahnya perlu memburu gol awal bagi memastikan keadaan lebih selesa memandangkan format perlawanan menyaksikan kelebihan gol di tempat lawan akan diambil kira jika perlawanan berakhir dengan seri.

Pada aksi pertama di Beirut Ahad lalu, skuad Olimpik negara seri tanpa jaringan dengan Lebanon.

Skuad Olimpik negara mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 pada Mac lalu.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow, Rusia, tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pen cerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Villas-Boas pengurus baharu Chelsea

Posted:

Villas-Boas pengurus baharu Chelsea

Villas-Boas pengurus baharu Chelsea



LONDON - Andre Villas-Boas (gambar) akhirnya dilantik menjadi pengurus ketujuh Chelsea dalam tempoh lapan tahun semalam.

Bekas pengurus Porto yang meletak jawatan di kelab itu kelmarin akan menyertai kelab Liga Perdana England tersebut dengan kontrak selama tiga tahun.

Villas-Boas, 33, yang seringkali disamakan dengan rakan senegara dan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho akan memulakan tugas serta merta di kelab London itu.

Villas-Boas akan menggantikan tempat Carlo Ancelotti sebagai pengurus di Stamford Bridge selepas penggendali dari Itali itu dipecat pada hari terakhir musim lalu.

Ancelotti dipecat selepas dia gagal membantu Chelsea memenangi sebarang gelaran musim lalu meskipun berjaya merangkul gelaran berganda iaitu trofi Liga Perdana England dan Piala FA pada tahun sebelumnya.

"Villas-Boas adalah calon terbaik untuk jawatan itu," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Chelsea semalam.

"Dia adalah pengurus muda paling berbakat dalam arena bola sepak hari ini dan sudah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam tempoh yang singkat.

"Cita-cita, gaya dan keazaman yang dimiliki Villas-Boas selari dengan Chelsea dan kami yakin dengan kepimpinannya, pasukan ini akan memperoleh keputusan yang lebih baik, sekali gus mencapai kejayaan dalam liga domestik serta Eropah."

Kontrak Villas-Boas bersama Porto telah ditamatkan selepas Chelsea membayar 15 juta euro (RM 65.4 juta) untuk membatalkan klausa daripada juara Portugal itu.

Oleh kerana Villas-Boas tidak pernah merasai saingan Liga Juara-Juara, pelantikan itu mungkin berdepan risiko kerana pemilik skuad The Blues, Roman Abramovich sudah lama menyimpan hasrat untuk memenangi kejohanan kelab elit Eropah itu.

Bagaimanapun, Villas-Boas dianggap sebagai calon yang paling sesuai kerana dia seringkali disamakan dengan Mourinho yang ketika ini membimbing Real Madrid.

Ketika ini, Mourinho boleh dianggap sebagai pengurus paling berjaya di Eropah.

Untuk rekod, Claudio Ranieri, Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Guus Hiddink dan Ancelotti pernah menduduki 'kerusi panas' itu sejak Abramovich mengambil-alih Chelsea pada tahun 2003.

- AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sharapova idam gelaran kedua

Posted:

Sharapova idam gelaran kedua

Sharapova idam gelaran kedua


SHARAPOVA mahu memenangi gelaran kedua Kejohanan Tenis Wimbledon bagi melupakan memori pahit yang dialami selama ini.


LONDON - "Saya perlu meraih kemenangan kedua Kejohanan Tenis Wimbledon kerana hanya itu sahaja cara terbaik untuk melupakan memori pahit yang saya alami selama ini."

Demikian tegas bekas juara Wimbledon, Maria Sharapova menjelang saingan di gelanggang Kelab Seluruh England itu minggu ini.

Pemain Rusia itu bergelut dengan pelbagai masalah kecederaan sejak dua tahun lalu dan situasi itu telah menjejaskan kedudukannya dalam ranking dunia.

Malah, situasi itu turut mencetuskan tanya tanya mengenai kemampuan Sharapova untuk terus bersaing hebat, sekali gus memenangi gelaran utama.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu seringkali menampilkan semangat juang yang tinggi dan sentiasa berazam untuk mengembalikan prestasi terbaiknya.

Sharapova yang kali pertama memenangi gelaran Wimbledon pada usia 17 tahun (2004) kembali melonjak di ranking keenam dunia selepas mara ke separuh akhir Terbuka Perancis.

Pemain pilihan kelima itu turut beraksi cemerlang dalam kempen terbaharu di Kelab Seluruh England apabila menewaskan rakan senegara, Anna Chakvetadze 6-2, 6-1.

Diletakkan selaku pemain pilihan untuk memenangi kejohanan ini, Sharapova menganggap ia sebagai mimpi yang menjadi kenyataan untuk memenangi gelaran Grand Slam pertama sejak Terbuka Australia 2008.

"Sudah tentu ia sangat penting. Ia bakal menjadi satu pencapaian yang menarik. Tetapi saya berasa sangat gembira untuk melakukan sesuatu yang saya sayang," kata Sharapova.

"Sudah tentu saya beruntung kerana memiliki keyakinan untuk merangkul trofi itu tanpa mengetahui betapa baik sekiranya saya dapat merealisasikan.

"Tetapi saya juga berfikir sebaliknya, jika kamu mahu sesuatu yang buruk dan menyebabkan kamu tidak boleh tidur, di mana kedudukan kamu?.

"Saya fikir, masa akan menentukan dan kamu hanya perlu bersabar serta terus bekerja keras. Lakukan yang terbaik dan selebihnya akan diperoleh dengan sendiri." - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan