Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Kini giliran kami pula'

Posted: 25 Jun 2011 01:06 PM PDT

Sukan

SAFEE  dinobatkan selaku penjaring terbanyak ketika Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, Disember lalu.

SAFEE dinobatkan selaku penjaring terbanyak ketika Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, Disember lalu.

Safee tekad terajui Harimau Malaya susuli kejayaan skuad Olimpik

"SEKARANG giliran kami pula tunjuk taring," kata Safee Sali.

Nada pertuturan penyerang skuad Harimau Malaya itu bermaksud mahu mencontohi jejak langkah anak didik Ong Kim Swee yang berjaya mara ke pusingan ketiga, kelayakan Olimpik tempoh hari. Penyerang Selangor yang kini beraksi dalam Liga Indonesia mewakili Pelita Jaya menyuarakan tekad besar mahu membantu pasukan senior negara pula merakamkan kemenangan apabila menentang Taiwan dalam kelayakan Piala Dunia di laman sendiri, Rabu ini.

"Pemain Harimau Muda negara sudah membuktikan kemampuan sebenar layak ke peringkat terakhir kelayakan Olimpik, kini tiba giliran kami (skuad senior) pula mengorak langkah sama dalam saingan kelayakan Piala Dunia nanti," kata Safee yang kini menjalani latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malaysia pimpinan Datuk K Rajagobal akan bertemu Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam Rabu ini, diikuti perlawanan timbal balik di gelanggang lawan pada 3 Julai ini. Jika melepasi halangan Taiwan, Harimau Malaya akan bertemu Singapura pada pusingan seterusnya.

"Kali ini keadaan sedikit berbeza. Pemain muda negara sudah menyuntik inspirasi kepada kami dalam skuad senior untuk mencatat kejayaan dalam saingan kelayakan Piala Dunia ini. Saya harap kami dapat mengikut jejak kejayaan mereka," katanya.
Safee yang dinobatkan selaku penjaring terbanyak ketika Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, Disember lalu, berpindah ke Jakarta untuk menyertai kelab Pelita Jaya FC yang rata-rata pemainnya masih muda dan kurang pengalaman.

"Selama berada di Jakarta, saya tidak pernah lupakan saat manis bersama skuad kebangsaan dan apabila sekali lagi diberi peluang mewakili negara, saya rasa gembira tidak terhingga. Saya berjanji akan membalas kepercayaan itu apabila turun beraksi di Bukit Jalil Rabu ini," katanya.

Namun sejak kehadiran Safee, kelab yang berada di tangga tercorot selepas tamat pusingan pertama saingan liga itu mendadak naik dengan bekas penyerang Selangor itu muncul sebagai penjaring utama pasukan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

rudy

pendekar bola sepak malaysiaku.buatlah tugasmu ngan baik.harapanku pendekar bola malaysia semuga siapapun lawanmu pasti pasukan lain kalah.aku harap pasukan bola malaysia terus kuat sampai bila 2.

masri silim

mari seluruh rakyat Malaysia..sama2 1Malaysia utk 1Doa semoga pasukan Harimau Malaya (pasukan senior bola sepak Malaysia) mencatat kejayaan gemilang dalam perlawanan menentang pasukan Taiwan pada 29 Jun & 3 Julai...kejayaan Harimau Malaya impian seluruh rakyat Malaysia..1Malaysia..Malaysia Boleh..

Poin

Marilah Rabu ini kita bahkan stadium BJ, kita beri sokongan padu kepada Harimau Malaya! MALAYSIA BOLEH!!!

aiman

saya berharap bekas penyerang selangor dapat menjaringkan gol pada perlawanan itu...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zulfahmi tebus hampa

Posted: 25 Jun 2011 01:03 PM PDT

Sukan

Raih dua mata selapas kecewa tiga perlumbaan

PELUMBA negara, Zulfahmi Khairuddin bangkit daripada kekecewaan pada sesi kelayakan kelmarin, untuk menamatkan perlumbaan kategori 125cc kejuaraan MotoGP Grand Prix Belanda di Assen, semalam di tempat ke-14, sekali gus meraih dua mata berharga dan menamatkan rentetan kegagalan meraih mata pada tiga perlumbaan sebelum ini.

Selepas mengharungi tujuh pusingan perlumbaan dalam kalendar kejuaraan MotoGP musim ini, Zulfahmi kini kembali ke tangga ke-17 keseluruhan dengan himpunan keseluruhan 13 mata. "Terima kasih kepada semua atas sokongan diberi," kata Zulfahmi mengulas kejayaannya, semalam.

"Pada pusingan pertama hujan menyebabkan pelumba memperlahankan tunggangan dan keadaan itu memudahkan saya memotong 12 pelumba pada selekoh pertama lagi. Saya gembira dengan prestasi saya, walaupun hujung minggu ini sebenarnya adalah sukar akibat hujan."

Pelumba AirAsia-SIC-Ajo Motorsport berusia 20 tahun dari Banting, Selangor itu sebelum ini gagal meraih sebarang mata pada perlumbaan di Le Mans, Perancis yang mana dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-25, diikuti gagal menamatkan perlumbaan di Catalunya, Sepanyol awal bulan ini dan tempat ke-18 di Silverstone, Britain selepas mencatat prestasi cemerlang bermula dari petak ke-14.

Dia menamatkan perlumbaan 26.954 saat di belakang juara, Maverick Vinales dari pasukan Blusens Paris Hilton Racing yang mencatat masa 25 minit 4.147 saat.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan