Berita Harian: Sukan |
Posted: 11 Jul 2011 04:28 PM PDT Sukan "BERMAIN dengan strategi bertahan bukan formula terbaik menentang lawan hebat seperti Arsenal. Jadi, kami akan bermain secara menyerang dan menyerang," kata jurulatih negara Datuk K Rajagobal menjelang pertemuan aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris itu, malam esok. Mengakui lebih meminati Manchester United dan menjadikan aksi persahabatan itu sebagai medan menguji pemain, Rajagobal mengharapkan pemain yang melangkah masuk ke Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti turun dengan 'berhati besar' dan tidak gentar dengan reputasi lawan itu. "Saya dan pemain tidak sabar menanti perlawanan ini kerana ia medan terbaik mereka memperagakan aksi masing-masing kerana saya menjadikan perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool (Sabtu) sebagai medan menilai keupayaan menjelang tugasan lebih penting menentang Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia," katanya dalam sidang media bersama pengurus Gunners, Arsene Wenger di Subang, semalam. Rajagobal yang mengakui berkongsi falsafah dengan Wenger mengenai bakat dan potensi pemain muda berjanji mencatur permainan menarik serta menghiburkan, sekali gus cuba memberi tentangan sengit kepada lawan yang diketuai Robin Van Persie.Penyerang terbanyak Piala AFF, Safee Sali tidak akan diturunkan kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan tetapi jurulatih Harimau Malaya itu mengakui ia bukan masalah besar kerana ada beberapa calon pengganti. "Begitu juga penjaga gol, Khairul Fahmi (Che Mat) yang sudah pulih dan sedia beraksi. Namun, saya mungkin memberi peluang kepada semua pemain untuk mengutip pengalaman berharga dalam perlawanan istimewa dalam karier mereka," katanya. Malaysia pernah menewaskan Arsenal 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada 1975 hasil jaringan Mokhtar Dahari, tetapi lawan menebus kekalahan itu dengan angka jaringan sama ketika pada 1999 menerusi Nicolas Anelka dan Emmanuel Petit. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmohd zailani Serang..jgn tak serang..jgn smpai kita mengerang sudah ! BERJUANGLAH PASUKAN MALAYSIA..BUKTIKAN ANDA SEMUA MAMPU BERSAING. sor x man perlawanan penting dan menghiburkan... jom tengok ramai2. Firdaus Ayuh Malaysia... apa2 pun boleh terjadi dalam bolasepak. Kembalikan kegemilangan pasukan Malaysia suatu masa dahulu! mahadzir.fadzil@gmail.com Allahyarham Mokhtar tetap terbaik.. Red Giant perlawanan menarik seperti ini ade siaran langsung ke? rudy setiap pendekar bola sepak negara malaysia.lawanlah apajua negara manapun buktikan malaysia mampu.buatlah tugasmu ngan baik pendekar harimau malaya.buttikan pendekar betul 2 wujud dimalaysia. Farz's Hama Go..go..pemain M'sia. Buktikan pd Wenger tu yg team Malaysia juga kuat. Ucapan mereka yg tidak mengenal pasukan kita harus kita hogahkan dengan sepakan gol yang bagus. Biaq terbeliak mata mrk yg senang2 menyindir kita. Sedangkan wktu Msia memenangi Piala Suzuki pemain dunia pun blh ucap tahniah.. mrk pula buat2 tk kenal pd team kita. Sahut cabaran mrk itu.Buktikan kecil2 cili api & diam2 ubi berisi. MAT LABUN JR GO MALAYSIA bedil arsenal terbaik nyeee zainudin b bujang memang pemain malaysia kesemua mereka ketika ini sangat bagus permainanan mereka dan mereka ini boleh pergi jauh lagi dlm bidang bolasepak jd saya ucapkan syabas kepada FAM kerana telah dapat mencukil bakat bakat baru yang berkualiti dalam sukan bola sepak yang sangat diminati oleh kebanyakan rakyat malaysia,dan syabas juga kepada kerajaan kerana sanggup menayang atau menyiarkan pelawanan yg membabitkan pasukan negara secara lansung menerusi tv1.cuma disini ingin saya peringatkan kepada pemain pemain malaysia,jangan trlalu mudah membuang bola tau menangkis serangan terutama dari hantaran jaug pihak lawan.ysng sebagusnya tenang dan lihat kemana hendak kita hantar bola tersebut,terima kasih. eyanbee sy stuju..diharap plawanan ini dpt mberi pglman dan pentas utk mguji tahap pmain kta agar dpt mperbaiki lg pmainan kta seung won chaiyok chaiyok Malaysia!!!!!! skyers Malaysia pernah mengalahkan Arsenal 1975 dan kalah 2-0 tahun 1999. Ironinya Aresene Wenger mengatakan tidak pernah mendengar nama pasukan MALAYSIA. Arsene Wanger membimbing Arsenal tahun 1996.Dia terlupa or nyanyuk ke?
papaimancomel Go malaysia, walaupun pasukan yang kuat ditentang, malaysia tidak akan gentar!!! Luqman Semoga ada sesuatu yang menakjubkan dari Harimau Malaya. HIDUP HARIMAU MALAYA. Awis Malaya Kalau dulu arwah Mokhtar Dahari telah menunjukkan semangat Tanah Tumpah darah ku dengan mengalahkan Arsenal 2-0 kenapa sekarang Malaysia tak boleh?? Buktikan wahai pemain Malaysia sekarang sekolah sukan gym stadium gaji semua cukup apatah lagi kebajikan pemain cuti dan mcm2 lagi. Sudah tiba masanya kamu tunjukkan taring dan belangmu yang lama tersimpan. Mana tau dengan bermain bersungguh2 salah atu pemain Malaysia dapat mendapat perhatian dan dapat bermain di EPL inshaallah..aminnn Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Red Warriors mantapkan jentera serangan Posted: 11 Jul 2011 04:25 PM PDT Sukan THE Red Warriors akan memantapkan jentera serangannya dengan barisan pemain sedia ada bagi mengharungi kempen mempertahankan Piala Malaysia September ini, sekali gus mengekalkan rekod kecemerlangan sepanjang musim.Ketua Jurulatih Datuk M Karathu juga mahu barisan pemain simpanan menonjolkan kemampuan masing-masing untuk membolehkan mereka diturunkan pada perlawanan penting nanti kerana berpendapat, saingan berprestij itu berbeza berbanding saingan Liga Super. "Kita harap pemain Kelantan yang menyarung jersi kebangsaan dapat meningkatkan prestasi dan pengalaman di peringkat antarabangsa untuk memberi kelebihan kepada The Red Warriors," katanya selepas perlawanan persahabatan menentang Kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin. Pada perlawanan itu, anak didik Karathu yang kebanyakannya pemain simpanan dan diturunkan kali pertama mampu berpuas hati apabila mengekang Pelita Jaya 1-1 di depan kira-kira 20,000 penyokong setia.Mengulas barisan pemain diturunkan itu, Karathu berkata, ia adalah ujian untuk melihat dan menilai kemampuan mereka termasuk pemain pertahanan undangan dari Croatia, Jocip Bonasil yang diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu. Dalam perlawanan itu, Liga Super 2011 itu mendahului dengan jaringan Mohd Izuan Salahuddin pada minit ke-72 tetapi pelawat menyamakan kedudukan pada minit terakhir permainan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan