Kosmo Online - Sukan |
Arsenal teruja hadapi Malaysia Posted: Arsenal teruja hadapi MalaysiaOleh WAN FAKHRUL DARI kiri, Rajagobal, Wenger, van Persie dan Sagna bergambar bersama pada sidang media di Hotel Saujana, Subang petang semalam. "SAYA tak pernah menonton (rakaman video aksi skuad kebangsaan Malaysia). Jadi ia akan menjadi satu pengalaman baru buat saya." Demikian pengakuan jujur pengurus Arsenal, Arsene Wenger ketika diajukan soalan itu pada sidang media di Hotel Saujana, Subang petang semalam. Malah dua pemain Arsenal, Robin van Persie dan Bacary Sagna yang dibawakan khas untuk ditemu bual media tempatan turut menyatakan mereka langsung tidak mengetahui latar belakang skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal. "Saya tak tahu (tentang skuad Malaysia)," kata van Persie. Sagna pula berkata: "Saya juga langsung tak tahu tetapi sudah tentu apabila ia se- buah skuad kebangsaan, para pemainnya adalah yang terbaik." Situasi tersebut mengundang tanggapan bahawa Wenger dan anak-anak buahnya seolah-olah memandang rendah reputasi skuad kebangsaan yang kini merupakan 'Raja Asia Tenggara' setelah menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010. Ia pasti mampu membakar semangat para pemain kebangsaan untuk 'mengajar' keangkuhan Wenger itu dengan berusaha mencipta kejutan menewaskan Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok. Dalam pada itu, Wenger pada sidang media yang sama menyuarakan keyakinan bahawa Arsenal akan memastikan Cesc Fabregas dan Samir Nasri terus kekal bersama kelab itu meskipun diburu Barcelona, Manchester United dan Manchester City. "Adakah Fabregas akan terus bersama Arsenal? Saya kata ya. Keduanya, adakah dia akan menandatangani kontrak baru? Saya harap ya tetapi bukan saya yang me- nentukannya. "Saya rasa Fabregas cukup sayangkan kelab ini dan kami cukup berharap dia akan kekal. Nasri juga gembira bersama kami dan memberikan komitmen yang baik," ujar Wenger. Jelas beliau lagi, Arsenal tidak bercadang untuk membeli pemain baru di posisi perta- hanan kiri selepas Gael Clichy berhijrah ke Manchester City. "Saya sudah memiliki Thomas Vermaelen, Armand Traore dan Kieran Gibbs. Jadi tiada keperluan untuk membeli pemain baru di posisi itu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Pentas uji barisan MalaysiaOleh WAN FAKHRUL BAKAR
BIARPUN mungkin dianggap bukan perlawanan penting bagi Arsenal, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap menagih aksi terbaik dan menghiburkan daripada anak-anak buahnya. Arsenal yang baharu seminggu menjalani latihan pramusim di London tiba di ibu negara tengah hari semalam bagi program Jelajah Asia 2011 ke Malaysia dan China. Tatkala skuad bimbingan Arsene Wenger itu mungkin belum mencapai momentum terbaik, Rajagobal mahu menjadikan pertemuan dengan Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok sebagai pentas menilai para pemainnya. Ia bagi membolehkan Rajagobal mendapat bayangan kesebelasan terbaik untuk diturunkan pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura pada 23 dan 28 Julai ini. "Saya cukup teruja dapat berdepan Arsenal. Begitu juga para pemain kebangsaan. Kita akan gunakan sebaik mungkin peluang ini untuk persiapan menghadapi Singapura. "Saya harap para pemain tidak gentar berdepan Arsenal kerana inilah masa yang sesuai untuk saya menilai mana pemain yang layak untuk beraksi menentang Singapura. "Sama seperti ketika kita bertemu Manchester United pada 2009, saya mahu pemain beraksi lebih baik daripada itu dan menghiburkan para penyokong," kata Rajagobal pada sidang media di Hotel Saujana, Subang petang semalam. Pada Julai 2009, skuad kebangsaan yang ketika itu baru tiga bulan dibimbing Rajagobal tewas tipis 2-3 kepada United pada aksi pertama dan tewas 0-2 pada aksi kedua. Kali terakhir Arsenal berkunjung ke Malaysia adalah pada 1999 yang mana mereka menewaskan skuad kebangsaan 2-0 hasil jaringan Nicolas Anelka dan Emmanueal Petit. Rajagobal turut mengesahkan bahawa penyerang utama skuad kebangsaan, Safee Sali tidak akan beraksi malam esok kerana belum pulih sepenuhnya tetapi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sedia untuk diturunkan selepas pulih dari- pada kecederaan bahu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Noraseela terpaksa bersendirian Posted: Noraseela terpaksa bersendirianOleh HELMI TALKAH
MANA hilangnya jurulatih kepada atlet 400 meter lari berpagar wanita negara, Noraseela Mohd. Khalid? Persoalan tersebut menjadi tanda tanya apabila Noraseela meluahkan kekecewaannya selepas terpaksa menjalani latihan secara bersendirian sejak pulang ke Malaysia dari Afrika Selatan pada Jun tahun lalu. Malah atlet berusia 32 tahun itu turut mengakui bahawa ia merupakan salah satu faktor utama mengapa dia gagal menyerlah pada Kejohanan Olahraga Trek dan Balapan Asia (ATF) 2011 di Kobe, Jepun yang telah melabuhkan tirainya kelmarin. Menurut Noraseela, menjalani latihan secara bersendirian adalah suatu perkara yang sukar buat dirinya. "Pada mulanya, saya ingatkan masih mampu lagi menjalani lati- han biarpun tidak mempunyai jurulatih tetapi lama kelamaan baru saya sedar yang ia tidak menda- tangkan hasil yang positif terhadap prestasi saya. "Saya tidak kisah sekiranya tidak ada jurulatih ketika kejohanan berlangsung tetapi cuba bayangkan apabila menjalani latihan tanpa jurulatih yang sememangnya diperlukan bagi memberi bimbingan kepada saya. Ia memang suatu kesukaran buat saya. "Saya memang kecewa dengan prestasi saya di Jepun tetapi berdasarkan situasi yang saya alami ketika ini saya terima sahaja," kata Noraseela ketika dihubungi Kosmo! sebaik tiba di tanah air dari Kobe, Jepun semalam. Sepanjang menjalani latihan di Afrika Selatan sejak Disember 2008, Noraseela telah berada di bawah kendalian jurulatih dari negara tersebut, Henni Kriel. Pada ATF edisi ke-19 tahun ini, Noraseela sekadar berpuas hati dengan menamatkan saingan di kedudukan ketujuh selepas mencatatkan masa 58.53 saat. Sebagai rekod, pencapaian terbaik yang pernah dilakar Noraseela pada ATF adalah memena- ngi pingat perak pada 2005 di In- cheon, Korea Selatan dan edisi 2009 di Guangzhou, China. Dia turut merangkul pingat gangsa pada ATF 2000 di Jakarta, Indonesia. Sementara itu, tujuh lagi atlet olahraga negara yang turut mengambil bahagian pada ATF kali ini terus gagal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila hanya dua daripada mereka berjaya mengikut jejak langkah Noraseela mara ke final. Dua atlet tersebut ialah Rayzam Shah Wan Sofian (110 meter berpagar lelaki) yang menamatkan saingan di tempat keempat sele- pas mencatat masa 13.94 saat. Atlet lontar tukul besi wanita, Tan Song Hwa pula menduduki tempat kelima dengan lontaran sejauh 54.44 meter. Lima lagi atlet iaitu P. Yuvaraj (400 meter lelaki), Noor Amira Muhammad Nafiah (lompat kijang wanita), Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang lelaki), Melinda Kaur (5,000 meter wanita) dan Jacky Wong (lontar tukul besi lelaki) terkandas pada pusingan kelayakan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan