Kosmo Online - Sukan |
Singapura anggap tiada masalah Posted: Singapura anggap tiada masalahSKUAD Singapura menjalani latihan di Pusat Latihan Maybank, Bangi kelmarin. JURULATIH Singapura, Radojko Avramovic tidak menganggap beraksi di atas rumput sebenar di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok sebagai satu masalah besar buat anak-anak buahnya. Bagi pengendali dari Serbia yang lebih mesra dipanggil Raddy itu, para pemainnya tidak hanya mampu beraksi baik di atas rumput tiruan sintetik seperti di Stadium Jalan Besar yang menjadi kelebihan mereka ketika menundukkan Malaysia 5-3 pada Sabtu lalu. "Tak semestinya beraksi di padang rumput, kelebihan akan menjadi milik pasukan Malaysia pula. Kebanyakan pemain kami juga sebenarnya sudah biasa dengan rumput sebenar dan ia bukanlah masalah besar. "Berkelebihan dua jaringan, kami tetap akan turun dengan me- nganggap ini satu perlawanan baru. Setiap perlawanan pasti kami akan cuba mendapatkan sebanyak mana gol," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Padang Pusat Latihan Maybank, Bangi malam tadi. Sesi latihan tersebut hanya dibenarkan untuk ditonton pihak media Malaysia sebelum ia bermula dan sejurus ia berakhir. Namun menerusi 'intipan' dari tepi padang, kelihatan Raddy mengutamakan latihan sepakan percuma yang menghasilkan dua gol pertama mereka pada aksi Sabtu lalu selain latihan sepakan penalti pada penghujung sesi. Ditanya adakah padang latihan itu terletak pada lokasi yang jauh daripada hotel penginapan mereka, Hotel Hilton di Petaling Jaya, Raddy sekali lagi dengan bersahaja berkata: "Takkan ada semua yang ideal untuk kita dalam hidup ini." Raddy turut tidak begitu risau dengan corak permainan yang ditampilkan skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal yang disifatkannya tiada banyak berbeza pun. "Tak banyak beza pun apa yang saya jangkakan pada perlawanan pertama lalu. Lagipun kedua-dua pasukan sudah mengetahui corak permainan masing-masing. "Jadi saya menjangkakan satu lagi perlawanan yang menarik (esok), terutamanya apabila ia berlangsung di hadapan 80,000 penonton. Ia baik untuk perkembangan bola sepak di rantau ini," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Kapten skuad Singa curi tumpuan Posted: Kapten skuad Singa curi tumpuan
KAPTEN Singapura, Shahril Ishak tidak gentar dengan provokasi dari- pada penyokong Malaysia yang bakal dihadapinya pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok. Shahril, 27, sudah pasti akan menjadi sasaran utama ejekan kerana reaksi spontannya membuat isyarat tangan 'L' bermaksud looser kepada penyokong Harimau Malaya pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu. Insiden itu berlaku selepas gol keempat Singapura pada penghujung separuh masa pertama yang disusuli balingan bekas minuman ke atas padang oleh segelintir penyo- kong Malaysia. "Pada ketika itu saya berasa cukup kecewa melihat penyokong Malaysia bertindak berani membaling objek ke dalam padang di gelanggang kami sendiri. "Jadi saya membuat tindak balas spontan (dengan membuat isyarat tangan itu). Saya mohon maaf di atas kejadian itu," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Padang Pusat Latihan Maybank, Bangi malam tadi. Shahril yang beraksi sebagai penyerang kedua di belakang Aleksandar Duric turut melaungkan keyakinan bahawa dia ber- sedia sepenuhnya untuk turun beraksi di hadapan lebih 80,000 penyokong Malaysia malam esok. "Ini bukan perkara baharu bagi saya. Tiada masalah kerana di Indonesia saya sudah biasa beraksi di hadapan 100,000 penon- ton," katanya. Ditanya tentang peluang Singapura untuk layak ke pusingan ketiga setelah membawa bekalan kemenangan 5-3 di tempat sendiri, Shahril berkata, dia yakin rakan-rakan sepasukannya mampu meneruskan aksi cemerlang biarpun beraksi di tempat lawan malam esok. "Memang tekanan bagi pemain-pemain muda untuk beraksi di hadapan lebih 80,000 penyokong lawan tetapi saya nasihatkan mereka supaya fokus 110 peratus," kata Shahril. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Posted: Misi berjuang habis-habisanOleh WAN FAKHRUL BAKAR SKUAD bola sepak kebangsaan sudah dianggap terlalu sinonim mengharungi perjalanan sukar untuk meraih sesuatu kejayaan. Pertamanya, pada Sukan SEA 2009 di Laos, kekala- han 1-3 kepada Vietnam pada aksi peringkat kumpu- lan menyebabkan peluang untuk ke separuh akhir hampir tertutup kecuali perlu menewaskan Thailand. Ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Arthit Sunthorn- pit, Malaysia nyaris tersingkir sebelum mendapat dua gol lewat menerusi Mohd. Nasriq Baharom pada minit ke-81 dan Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan. Malaysia akhirnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam 1-0 di final setelah terlebih dahulu menyingkirkan Laos 3-1 pada peringkat separuh akhir. Keduanya, pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Malaysia berjaya menamatkan kemarau 32 tahun gagal ke pusingan kedua biarpun pada aksi terakhir peringkat kumpulan tewas 0-3 kepada China. Aksi itu penuh kontroversi apabila pengadil dari Australia, Ben Williams melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan. Hasrat mencipta satu lagi sejarah mara ke suku akhir bagaimanapun tidak kesampaian apabila Malaysia tewas 1-3 kepada Iran akibat kepincangan tiga tonggak utama yang digantung itu. Ketiganya, pada Piala Suzuki AFF 2010, Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung peringkat kumpulan. Ini menyebabkan skuad Harimau Malaya terpaksa bergantung harap kepada Indonesia pada aksi terakhir. Mujur Indonesia menewaskan Thailand 2-1. mana- kala Malaysia membelasah Laos 5-1, sekali gus berjaya mara ke separuh akhir dan akhirnya muncul juara setelah menumbangkan Indonesia dengan agregat 4-2 di final. Kini situasi dan skrip sama berulang lagi apabila peluang Malaysia untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 belum terjamin setelah tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu. "Kami akan turun ke padang (esok) dengan menta- liti untuk menang bagi melayakkan diri ke pusingan ketiga. "Para pemain telah membuktikan dalam situasi seperti ini sebelum ini yang mana mereka akhirnya berjaya juga bangkit dengan baik dan seterusnya mencipta kejayaan. "Cuma saya harap mereka jangan hilang fokus meskipun berjaya mendahului. "Saya tuntut fokus mereka melebihi daripada 90 minit permainan," kata jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan