Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Milik Man Utd

Posted: 07 Aug 2011 05:52 PM PDT

Sukan

Skuad Ferguson buka kempen musim baru dengan Perisai Komuniti

DUA gol Nani termasuk gol kemenanganpadasaatakhir membolehkan Manchester United mendabik dada untuk menjulang trofi Perisai Komuniti dalam saingan pembukaan musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Wembley, malam tadi.

Dikejutkan Manchester City pada babak pertama menerusi dua gol Joleon Lescott dan Edin Dzeko pada minit ke-38 dan 45, skuad juara bertahan bimbingan Sir Alex Ferguson tidak menunjukkan aksi panik apabila permainan babak kedua bersambung menerusi dua gol pantas untuk mengikat kedudukan.

Chris Smalling menjaringkan gol pertama United pada minit ke-52 sebelum Nani menyamakan kedudukan enam minit kemudian untuk kembali merancakkan saingan antara dua tetangga yang berazam mengesahkan kuasa bola sepak sebenar di bandaraya Manchester itu. Tatkala saingan memasuki masa tambahan, Wayne Rooney menghantar bola jauh untuk Nani meloloskan diri dan menewaskan penjaga gol Joe Hart serta meranapkan impian ribuan penyokong skuad Roberto Mancini dengan gol kemenangan buat juara liga 19 kali itu memulakan kempen musim baru dengan trofi pertama.
- Agensi
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peter Gade, Chong Wei senasib

Posted: 07 Aug 2011 05:50 PM PDT

Sukan

Masih belum menangi Kejohanan Dunia, Olimpik walaupun pernah duduki ranking No-1

PETER Gade Christensen dan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei harus ditakrifkan senasib!

Walaupun memenangi banyak kejuaraan pada zaman kegemilangannya dan pernah bergelar pemain nombor satu dunia, jaguh veteran Denmark itu masih belum mampu memenangi kejohanan utama termasuk Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.

Sama seperti Chong Wei yang memburu kejuaraan pertamanya pada Kejohanan Dunia di Arena Wembley bermula hari ini, pemain 35 tahun Denmark itu turut memiliki impian sama. "Pentas ini mungkin penampilan terakhir saya dalam Kejohanan Dunia dan saya akan bersara selepas Sukan Olimpik tahun depan.

"Jadi, saya harap penampilan kali ini mampu menamatkan impian besar saya memenangi kejohanan berprestij ini selepas gagal sebelum ini," katanya ditemui selepas latihan di Arena Wembley, semalam.

Pencapaian terbaik Peter Gade pada kejohanan itu adalah pada 2001 apabila memenangi pingat perak di Seville dan tiga penampilannya pada 1999 (Copenhagen), 2005 (Anaheim) dan Paris (2010) berkesudahan dengan gangsa.

Begitupun, berbanding Malaysia yang belum pernah memenangi Kejohanan Dunia, Denmark masih mampu bermegah apabila dua kali pernah memenanginya menerusi Flemming Delfs pada 1977 ketika kali pertama kejohanan itu diperkenalkan dan Peter Rasmussen (1997).
"Sememangnya Chong Wei dan jaguh China, Lin Dan menjadi pilihan untuk memenangi kejohanan kali ini, tetapi bukan mustahil saya mampu melakar kejutan menewaskan mereka," kata Peter Gade yang diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan