Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kembali berbisa

Posted: 28 Aug 2011 12:23 PM PDT

Sukan

Kenny Dalglish

Kenny Dalglish

Usaha Dalglish pulih imej Liverpool mula berhasil

SELEPAS melabur lebih 100 juta pound (RM488.7 juta) dan menunggu hampir dua tahun, Liverpool mula menuai hasil apabila menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama, sekurang-kurangnya selama 24 jam.

Skuad bimbingan Kenny Dalglish menang 3-1 ke atas Bolton di Anfield kelmarin, dan usaha mahu mengubah imej The Reds mula membuahkan hasil selepas tenggelam dengan kehebatan Manchester United, Chelsea dan Manchester City musim lalu. Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut.

Zakry, Fairuzizuan belum pasti ke KLRC

Posted: 28 Aug 2011 12:21 PM PDT

Sukan

Walaupun sudah keluar BAM, mereka berlatih tiga kali seminggu dengan skuad kebangsaan

MOHD Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Tazari enggan terburu-buru dalam merencana masa depan mereka walaupun pemilik kelab Kuala Lumpur Rackets Club (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam sedia menerima pasangan itu menyertai kelab profesional berkenaan.

"Ya, kami sudah mengadakan perbincangan dengan wakil KLRC, tetapi kami masih belum membuat keputusan. Mungkin seminggu selepas Aidilfitri nanti, kami akan buat keputusan (sama ada menyertai KLRC atau tidak). Buat masa ini, kami mahu meraikan Aidilfitri terlebih dulu," kata Zakry, semalam. Zakry berkata, dia dan Fairuzizuan perlu mempertimbangkan banyak perkara supaya keputusan nanti tepat, sekali gus menjamin kerjaya mereka sebagai pemain profesional selepas bertindak keluar daripada naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), baru-baru ini.

"Walaupun kami sudah keluar BAM, tidak bermakna hubungan kami dengan badan induk itu berakhir. Sebaliknya, kami akan menjalani latihan bersama skuad kebangsaan tiga kali seminggu dan yakin ia akan membantu meningkatkan permainan kami," katanya.

Ditanya sasaran selepas keluar BAM, Zakry yang akan membentuk semula gandingan dengan Fairuzizuan selepas hampir setahun dipisahkan, berharap dapat layak ke Sukan Olimpik 2012 dan Piala Thomas, tahun depan.

"Walaupun sudah lama tidak bergandingan, kami yakin ia bukan masalah besar. Kami sudah menyenaraikan lapan kejohanan tahun ini, bermula Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia, Oktober nanti dengan sasaran berada dalam kelompok 20 terbaik dunia menjelang akhir tahun," kata Zakry.
Kelmarin, Andrew menegaskan KLRC sedia menerima Mohd Zakry dan Mohd Fairuzizuan kerana menyifatkan pasangan itu masih berbakat dan berpotensi besar menggegar dunia.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan