Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Koo-Tan cemas

Posted: 10 Aug 2011 10:44 AM PDT

KOO Kien Keat-Tan Boon Heong yang hanya memulakan cabaran sulung selepas tiga hari Kejohanan Dunia berlangsung berdepan dengan saat getir sebelum melangkah ke pusingan ketiga hari ini.

Naib juara tahun lalu itu yang juga pilihan keempat kejohanan, menewaskan Liu Xiaolong-Qiu Zihan dalam pertarungan yang mengambil masa 66 minit sebelum menang dengan 21-6, 20-22, 21-15, semalam.


"Kami terpaksa menunggu lama sebelum giliran kami bermain hari ini (semalam) dan selalunya perlawanan pertama sentiasa sukar. Tapi, kami bermain tanpa tekanan cuma ada sedikit masalah kerana baru hendak mencari rentak," kata Kien Keat selepas perlawanan itu.

Di atas kertas, beregu negara itu yang mendapat bye pusingan pertama memang tidak menghadapi masalah menundukkan pasangan China yang bukan pilihan itu tapi mereka dikejutkan dengan persembahan sukar lawan, terutama pada set kedua apabila ia berlangsung dengan sengit.


"Punca kami tewas set kedua kerana kami terlalu banyak bertahan. Kami juga satu atau dua pukulan lebih lambat berbanding mereka," kata Boon Heong.


Mengenai perlawanan berikutnya, bertemu pemenang di antara Chen Hung Ling-Lin Yu Lang dari Taiwan dan pasangan Jerman, Ingo Kindervater-Johannes Schoettler, Boon Heong berkata mereka tidak kisah siapa yang bakal ditemui tapi perlu meningkatkan persembahan masing-masing.

"Yang pasti, kami mesti meraih dulu 11 mata pertama dan cuba bergerak dari situ," katanya.


Kien Keat pula berkata, fokus mental mereka perlu lebih kuat jika ingin mara lebih jauh. Jurulatih beregu, Rexy Mainaky berkata keputusan semalam tidak melambangkan apa-apa kerana yang penting anak didiknya menang.

"Pemain lawan bertahan baik pada set kedua manakala Koo dan Tan pula melakukan banyak kesilapan. Tapi, tidak mengapa kerana yang penting, mereka menang dan terus mara," katanya.


Sementara itu, acara beregu wanita menyaksikan pasangan utama negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui begitu hampir mara ke pusingan ketiga sebelum tewas 16-21, 24-22, 20-22 dalam aksi maraton yang dimenangi gandingan Jepun, Mizuki Fujii-Reika Kakiiwa yang juga pilihan keempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Waspada musuh lama

Posted: 10 Aug 2011 10:40 AM PDT

DATUK Lee Chong Wei menganggap Park Sung-hwan yang akan ditemui di pusingan ketiga hari ini sebagai musuh lama, tapi yakin untuk menunjukkan pemain Korea itu jalan keluar daripada Kejohanan Dunia ini.

Pemain nombor satu dunia itu yang menyifatkan dirinya sudah semakin menemui rentak selepas mendapat 'feel' menyatakan corak permainannya bertambah baik berbanding pusingan pertama.


"Sung-hwan seorang pemain berpengalaman yang mempunyai corak permainan baik. Tapi, saya yakin dapat menewaskannya," katanya selepas menewaskan Ville Lang dari Finland, 21-10, 21-10 dalam masa 29 minit di Arena Wembley, semalam.

Sung-hwan pula menewaskan rakan senegaranya, Shon Wan-ho dengan 21-14, 21-10, juga di pusingan kedua.


Kali terakhir Chong Wei dan Sung-hwan bertemu adalah di Piala Sudirman, pada Mei lalu, dengan kemenangan berpihak kepada pemain negara itu.


Ditanya sama ada Sung-hwan berupaya meningkatkan corak permainannya nanti seperti mana yang dilakukan ketika menyingkirkan Lin Dan di pusingan ketiga di Paris tahun lalu, Chong Wei berkata: "Saya tidak kisah.

"Yang penting saya fokus kepada diri saya sendiri. Saya akan memberi tumpuan kepada corak permainan saya sendiri tanpa perlu risaukan mengenai Sung-hwan." Ditanya lagi mungkin fokus ini boleh bertahan sehingga 14 Ogos ini yang juga tarikh perlawanan akhir, Lin Dan pantas menjawab: "Ya." Lang pula berkata, dia memang menjangkakan tidak mempunyai jawapan kepada Chong Wei kerana selaku pemain nombor satu dunia, pencabarnya itu memiliki kelebihan dari semua segi sehingga menyukarkannya untuk menggugat.


"Saya sudah cuba yang terbaik, tapi mungkin masih belum mencukupi untuk membuat kejutan ke atas Chong Wei. Dia dalam kelas tersendiri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan